Ads

Kami masih ingat 2 tahun lepas bila kami mahu memulakan Live Talk Show Nak Ubah Hidup. Ketika itu kami menyahut cabaran Founder kami – Dr Azizan Osman untuk mula mengadakan rancangan Talk Show sendiri. Pada awalnya, susah kami nak bayangkan, bagaimana dengan team dan teknologi yang kami nak gunakan untuk buat Talk Show sendiri?

Di mana studionya? Apa equipmentnya? Siapa pengacaranya? Apa contentnya? Siapa tetamunya?

Takut, risau tapi dalam masa yang sama kami rasa excited kerana nak lakukan sesuatu yang baru. Kami masih ingat lagi, tetamu kami yang pertama Tuan Aizat Zulhaili, Founder King’s Char Kuey Teow.

Masa tu Host kami Tuan Radz Mohd pun tak ada kenyakinan untuk bercakap depan kamera. Kami perlu sediakan skrin khas untuk dia baca skrip. Nampak sangat tak naturalnya masa tu!

Equipment dan teknologi pula sangat limited. Knowledge pun tak ada sangat, hanya harap ilmu dari Google dan YouTube. Tapi kami cuba.

Ada masa, Live Talk Show kami tersangkut-sangkut sebab internet tak kuat. Kami terpaksa tarik internet dari unit pejabat kami di sebelah dengan kabel panjang. Ada masa jugak, langsung tak ada suara. Entah mana silapnya, microphone buat hal.

Tuan Radz bersama Tuan Aizat ketika Talk Show Mudahnya Berniaga

Tapi, hari demi hari kami cuba perbaiki. Talk Show Nak Ubah Hidup menjadi semakin popular.  Tuan Radz selaku Host dah makin pandai bergurau dan soalan yang ditanyakan lebih padu dan natural. Ada banyak waktu dia mampu buatkan tetamu kami mengalirkan air mata.

Kami dah pandai buat Live dan Showcase juga. Hanya dengan menggunakan teknologi mudah, iPhone, internet dan beberapa software, makin hari sesi Live, Showcase dan Talk Show kami semakin bagus.

Masalahnya, bila di RichWorks kami diajar untuk lakukan perkara yang berbeza, yang ‘out of this world’, yang lebih bagus dari yang sekarang dan sebelumnya.

‘Studio’ yang diwujudkan team RichWorks suatu ketika dahulu bagi menjayakan Talk Show pertama di RichWorks

“Eh! Camon lah, kita RichWorks kot, kalau student kita pun dah biasa buat Live takkan kita nak buat Live biasa-biasa jugak…” Terngiang-ngiang suara Executive Director, Puan Hasnita Ahmad di telinga kami.

“Apa lagi benda yang kita boleh buat berbeza? Live dan Showcase tu dah biasa… apa lagi, aku percaya korang mesti ada idea nak buat benda ni..” kata Puan Suley Nordyana, Assistant Senior Vice President kami dalam meeting harian.

“Kita akan dapat 2 Awards di Dubai, dan Dr Azizan akan bagi Keynote Address …” kata Karini, Manager Branding kami.

Seisi ahli yang hadir meeting pagi tu bertepuk tangan – teruja!

“Dan kita nak buat Live ketika Dr bagi ucapan dan ketika terima anugerah dari Dubai…!”

Semua team yang ada diam… pandang satu sama lain… BOLEH! Yang lain menganggukkan kepala. Ada juga yang diam sahaja tapi dengan mata yang excited.

Cuma dalam kepala masing-masing tengah berfikir, macam mana nak lakukan semua ni? Macam mana nak buat Live telecast ni? Selalu yang buat hanya stesyen TV dan Broadcasting yang besar, yang menganjurkan siaran langsung perlawanan bola, siaran langsung sukan SEA, atau acara-cara yang besar?

Kami? Office di Jalan Badminton ni? Macam mana nak buat ni?

Tapi dah perangai ‘dak-dak RichWorks’ kami cakap BOLEH dulu. Yang lain, bahagian teknikal kami fikir kemudian.

Tak cukup dengan tu, kami dikejutkan lagi dengan idea nak buat RichWorks Megalive – di mana kami akan bersiaran selama 3 jam dan ada beberapa sesi lintas langsung dari Dubai ke Shah Alam.

“Kita kembali ke rakan setugas di Shah Alam —perghh dah lama aku nak cakap ayat ni…” itu kata-kata Tuan Radz. Rupanya, memang dah jadi impian dia selama ni untuk buat live telecast.

Bersiaran 3 jam dari Dubai dan RichQ Shah Alam – WOW! Memang menarik, tapi macam mana nak buat?

Kami mulakan dengan keluarkan intisari rancangan. Pukul berapa nak Live di Shah Alam, pukul berapa nak lintas langsung ke Dubai, apa contentnya. Dan kemudian kami adakan beberapa sesi ‘test’ untuk pastikan segalanya lancar.

Tuan Hafiz dan Puan Suhaili ketika menjalankan RichWorks MegaLive di RichQ

Tapi tak semua yang kita rancang boleh berjaya dengan sekali percubaan. Sehari sebelum RichWorks Megalive berlangsung, kami adakan sesi ujian, malangnya sesi Live direct telecast Dubai – Shah Alam tak dapat diadakan. Ada beberapa masalah teknikal yang berlaku.  Kami cuba cari solusi, mungkin internet tak cukup kuat? Mungkin team tak tahu teknikal part? Mungkin ada silap di mana-mana sehinggalah kami dapat tahu di mana ada beberapa aplikasi menyekat video / voice call dari Dubai!

Ini masalah besar! Melibatkan isu keselamatan negara mungkin! Kami hanya nak Live kan sesi Founder dan Co-Founder kami dapat anugerah antarabangsa – macam mana ni?

Whatever it takes!

Itu attitude RichWorkians… kami cuba dan cuba lagi. Kami test beberapa aplikasi. Kami gunakan beberapa cara. Masa dah makin suntuk, 3 jam sebelum RichWorks Megalive bermula pada pukul 6.00 petang pada 16 Disember 2019, kami masih belum jumpa solusi.

Kecut perut, nak termuntah, nak pitam… semua ada. Host kami di Dubai – Tuan Radz, menahan sabar dan stress dalam gelaknya. Host kami di Shah Alam – Tuan Hafiz dan Pn Suhaili, pun sama… senyum je, tapi dalam hati bukan main cuak lagi.

Antara team RichWorks yang menjayakan RichWorks MegaLive

Biar apapun yang terjadi, RichWorks Mega Live 3 jam mesti berlaku!

Helaian skrip mereka baca entah berapa kali. Nak menghilangkan cuak dan risau melihatkan team teknikal masih tak dapat cari solusi.

Kadang-kadang, kita tak berjaya buat sesuatu sebab kita tak nampak blindspot atau cara solusi di luar kotak. Tapi Tuan Aizzuan Ali – Senior Vice President kami, yang ketika ini juga sedang menguruskan satu projek besar, dapat melihat apa blindspotnya.

Dan atas cadangannya, team kami cuba untuk gunakan aplikasi lain dan BOM! Ia berhasil!

Sepanjang sesi RichWorks Megalive… kami berjaya buat beberapa lintas langsung dari Dubai dan Shah Alam. Dan kami juga berjaya Live kan sesi ‘Keynote Address’ dari Dr Azizan Osman dan sesi penerimaan awards yang kami ambil secara langsung dari YouTube pihak penganjur.

Bukan 3 jam tapi 4 jam Tuan Hafiz Jasmi, Tuan Radz dan Pn Suhaili Live tanpa henti. Kalau ada pun hanya untuk memberikan laluan untuk azan maghrib dan break sekejap untuk membasahkan tekak. Kami juga bawakan Tuan Nasrul Hadi sebagai tetamu jemputan. 

Alhamdulillah, untuk 4 jam RichWorks Megalive bersiaran langsung dari RichQ dan Dubai kami dapat cecah 15,000 viewers dengan lebih dari 2,000 komen dan 600 share.

Again! RichWorks breakthrough a new record. 

‘Teamwork makes the impossible Possible.’

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>