Ads

Tenang dan cool! Dua perasaan ini yang dapat kami lihat pada riak wajah salah seorang staf RichWorks, Nur Hanani Herman yang berjaya menunaikan impian dia bersama ayahnya untuk menunaikan umrah pada Ahad 9 Disember 2018 hingga 20 Disember 2018.

Tenangnya beliau ketika menerima perkhabaran bahawa dia terpilih dalam cabutan nama #RichWorksGoldenDream yang dilancarkan pada awal November lalu di RichWorks yang mana setiap staf diberi peluang untuk menunaikan impian.

Impian memang boleh jadi kenyataan. Tanyalah mana-mana #AnakDidikDrAzizan dan peserta program RichWorks, berapa ramai dari mereka yang dah mampu capai impian yang dulunya macam susah sangat atau kelihatan macam tak logik je nak dicapai, tapi alhamdulilah kami menerima perkhabaran seorang demi seorang bahawa mereka sudah mencapai impian mereka. Kuncinya adalah ilmu, mentor, tindakan dan impian.

Berapa ramai dari anda yang membaca ni, dah mampu capai impian pergi umrah, setelah anda ada ilmu, bertindak dengan penuh komited dan tak mudah putus asa sehingga dapat hasilkan bisnes yang berjaya?

Setiap masa, kami sentiasa terima ucapan terima kasih dan doa-doa dari peserta program RichWorks yang dah berjaya capai impian. Terlalu banyak….

Di RichWorks, tak semestinya impian peserta program saja yang tercapai. Tapi impian team RichWorks juga boleh tercapai. Jika pada Ramadhan lalu, RichWorks dah realisasikan impian 9 Team RichWorks yang dah lama berkhidmat untuk memiliki kereta mewah BMW atau Mercedes, kali ini pula kami realisasikan impian Team RichWorks untuk tunaikan umrah.

Setiap dari kami boleh tulis impian kami dan letakkan dalam satu kotak. Dan sempena sambutan Harijadi Founder dan Co Founder Richworks bulan lepas, Dr Azizan Osman dan Tuan Jerry telah mencabut 3 Golden Dreams dari Team RichWorks.

Salah satunya ialah impian seorang team kami, Nur Hanani untuk menunaikan umrah bersama ayahnya.

Kami di RichWorks juga turut mengambil kesempatan untuk menghantar ‘ahli keluarga’ kami menunaikan umrah. Alhamdulillah! Syukur sangat. InsyaAllah di masa akan datang lebih banyak impian akan ditunaikan.

Terima kasih kepada pihak lembaga pengarah Dr Azizan Osman, Tuan Jerry Rizal, Puan Hasdiana dan pihak pengurusan tertinggi RichWorks.

Kami di RichWorks juga mendoakan impian anda semua untuk menunaikan umrah jadi kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>