Ads

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa dari kami di RichWorks!

Bulan Ramadhan dah tiba maksudnya Hari Raya semakin dekat. Itulah yang sering ditunggu-tunggu setiap tahun. Makin petang makin seronok, makin tak sabar nak balik cepat sebab nak pergi bazaar dan beli makanan untuk berbuka.

Tapi, ada sesetengah orang yang tak dapat nak balik cepat disebabkan tuntutan kerja di pejabat. Yang penting, tak berbuka dalam keadaan seorang diri. Lepas berbuka pula, masing-masing segak dan cantik dengan telekung untuk ke masjid dan tunaikan solat sunat Terawih dengan keluarga.

Ada satu je perkara yang anda kena buat untuk bulan puasa ni selain berpuasa. Walaupun anda puasa, jangan pula anda biarkan bisnes anda pun ikut ‘berpuasa’ juga… Bulan puasa ni lah anda boleh berniaga sebaik-baiknya supaya masa raya nanti tak sakit.

Berniaga tu adalah satu ibadah bila dilakukan dengan niat yang baik. Lebih baik bila berniaga pada bulan Ramadhan sambil beribadah. Nak berniaga pada bulan puasa ni taklah susah mana, kena ada plan yang betul je. Kalau anda dah ready sebelum puasa, mesti anda tak rasa susah pada bulan puasa ni.

Macam kami di RichWorks, bulan puasa pun kami tetap beri yang terbaik untuk bantu orang yang nakkan ilmu dan lebih banyak manfaat untuk anda. Lebih-lebih lagi, anda yang nak ubah hidup. Tonton ucapan puasa daripada kami, RichWorkians untuk anda!

Kalau anda nak kami bantu anda untuk ubah hidup, layari www.NakUbahHidup.com atau PM kami di bit.ly/pm-azizanosman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>