Ads

Sejuta bintang di angkasa,

Sinarnya mempesona,

Sebutir bintang di taman seni,

Cahayanya berseri,

Biar bertahun masa beredar,

Satu wajah satu nama takkan pudar.

*Petikan lirik lagu Lagenda – Datuk Sheila Majid

Satu wajah, satu nama yang takkan pudar dari ingatan setiap orang yang mengenali seorang insan bernama Haji Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal. 23 November, tarikh bermakna buat Jerry yang menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-46.

Bagi yang tidak mengenali Jerry, sekadar melihat personaliti, gaya hidup, kemewahan dan senyuman yang terukir di bibir beliau pasti orang akan anggap Jerry seorang yang dari asalnya dilahirkan mewah, senang dan lengkap serba serbi.

Tapi hakikatnya anak kelahiran Ipoh, Perak yang pernah mendapat pendidikan awal di St. Michael’s Institution, Ipoh ini juga pernah melalui zaman remaja sama seperti kebanyakan remaja yang bertungkus lumus mencari hala tuju, erti sebuah kehidupan dan kerjaya.

Ini apa yang pernah dikongsikan oloh Jerry sendiri:

Masa umur 16 & 17 I dah mula kerja, jaga gerai burger milik bapa kawan I.

Lepas habis exam SPM dulu I nak cari pengalaman lain. Terus ke KL. Jadi Sales Assistant di Metrojaya. Menyewa bilik di Wisma Dato Dagang, Kg Baru. Kerja 12 jam sehari. Upah pulak tak ingat tapi cukuplah untuk makan, sewa bilik dan kasi Mak duit.

Tapi waktu tu Abah tak suka, dia kata I bebas sangat kat KL. Dia suruh I balik Ipoh. I terfikir nak buat apa bila balik Ipoh. Bukan banyak pilihan sangat. I cuba-cubalah minta jadi Kerani di mana-mana aje yang ada.

Masa balik Ipoh tu, I taknak sambung kerja jual burger. I mintak kerja jadi Receptionist di Lotte Hotel Ipoh. Hotel biasa-biasa aje. Gigih belajar how to check-in guest, how to check-out guest dan belajar kemas bilik.

Tapi Abah tak tau, Mak aje yang I kasitau. I kerja senyap-senyap. Seronok kerja masa tu. Tengok gelagat orang. Pelbagai ragam. Dalam pada masa yang sama I polish my communication skill. Belajar how to interact with people. Polish my English too. My customers are all adults so I learn how to say sorry, thank you & please effortlessly. Belajar beradab dan bersopan-santun. Kalau ada Starbucks atau Coffee Bean, mau I kerja sana juga agaknya.

Tetapi bagaimana Jerry menjadi Jerry yang sekarang? Apa yang pasti adalah semua ini lahir dari hasil kerja keras beliau sendiri yang sentiasa mahukan kehidupan yang terjamin untuk masa depannya. Dan semestinya semua usaha beliau tidak akan membuahkan hasil tanpa doa ibu tercinta beliau Che Norian binti Mat Din atau lebih mesra digelar oleh Jerry sebagai ‘Permaisuri Agong.’

Hari ini, Jerry adalah Penasihat Kewangan, Pengasas Bersama dan Pengarah Serantau RichWorks International, penganjur program Keusahawanan terbesar di Asia. Jerry pernah berkhidmat sebagai konsultan perniagaan di Singapura dan London untuk beberapa tahun sebelum beliau pulang ke Malaysia.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang perakaunan, percukaian, pelaburan hartanah dan pensyarikatan serta pernah berkhidmat di syarikat-syarikat korporat terbesar antarabangsa.

“CHANGE will only happen until you ALLOW it to happen to YOURSELF first” – Jerry Rizal.

Sempena ulangtahun kelahiran Jerry juga, kami nak kongsikan 11 perkara tentang Tuan Jerry Rizal yang orang ramai tidak tahu. Tak ramai yang tahu tentang 11 fakta ni.. istimewa sempena ulangtahun kelahiran Jerry kami kongsikan.

1. Selepas Allah, Ibu adalah kedua paling utama dalam hidup dan punca kehidupannya..

2. Sentiasa akan 10 langkah ke hadapan berbanding orang lain dalam banyak sudut..

3. Tak suka kepada pujian..

4. Menggemari makanan/masakan Chinese. Antara menu favourite Jerry adalah Dim Sum.

5. Seorang yang protective terhadap orang-orang yang rapat dengannya..

6. Walaupun banyak ilmu namun Jerry sentiasa open untuk belajar dan upgrade ilmu-ilmu baru..

7. Sangat sayang kepada haiwan peliharaan.. sangat sangat sayang! Jerry nampak garang dan tegas, tapi dalam hati ada taman ye..

8. Suka tolong orang tapi tak nak orang yang ditolong tu tau..

9. Tabiat tidak boleh tengok rumah bersepah dan tidak berada dalam keadaan sepatutnya. Contoh macam susunan terlari sikit, frame gambar senget sikit, kasut tidak tersusun, “sakit mata” katanya.

10.  Sangat geometrical dan structured dalam semua aspek kehidupan dari dulu lagi. Contoh – Jerry akan pastikan tidak akan ada benang terkeluar dari pakaian dia, rambut tidak tercacak walau sehelai apatah lagi terkena telinga dia, itu belum cakap tentang kualiti kerja yang yang tidak ada koma, alignments, tidak tahu purpose objective dalam setiap tugas dan sebagainya. itu tanda-tanda akan mengundang. Mengundang apa? Nak tahu boleh PM tepi.

11. Jerry puasa hampir setiap hari. Yes betul, tapi Jerry sebenarnya suka makan dan suka mengunyah. Untuk play different game Jerry korbankan banyak perkara terutama benda yang Jerry suka.

Lebih istimewa juga sempena Ulangtahun kelahiran Jerry, beliau turut melancarkan 2 buah buku terbaru hasil penulisan beliau iaitu:

1. 8 Tips Urus Cashflow dan

2. 46 Things Just Go Better With Jerry Rizal

Selamat Hari Lahir Tuan Jerry Rizal! Moga lebih dirahmati dan Allah S.W.T panjangkan umur dan dapat memberi lebih banyak manfaat kepada insan yang memerlukan ilmu dalam berbisnes!

#SexyAccountant

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>