
Zakaria merupakan bekas pensyarah di Institut Perguruan Guru. Kepakaran beliau adalah mengajar cara belajar Al-Quran melalui kaedah ‘menari’. Dengar pun dah unik tapi ini adalah usaha dan pendekatan berbeza yang diambil untuk membantu yang zero Al-Quran tapi malu nak baca depan orang lain atau takut ditanya tentang hukum tajwid dan tiada masa nak belajar Al-Quran.
Tercetusnya idea pembelajaran tajwid secara menari ini adalah kerana melihatkan masyarakat sekarang lebih suka belajar dengan keadaan santai dan mudah. Beliau mengambil inisiatif dan jadikan ini satu peluang untuk bantu orang ramai belajar Al-Quran. Maka dari situ wujudlah Usrah Haraki Sdn Bhd.
Cara pendekatan yang mudah dan santai ini terbukti berkesan apabila seorang mualaf pun boleh mengaji dengan baik hanya dalam masa dua hari sahaja! Ketika awal-awal kaedah ini diperkenalkan, Zakaria merantau ke seluruh pelusuk negeri untuk mempromosikan bisnesnya.
Namun, sebelum ini beliau merasakan bisnes yang dibinanya seperti ‘syok sendiri’ kerana kurang mendapat sambutan. Zakaria sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama
dua bulan untuk hadir ke program RichWorks dan dapatkan ilmu terkini tentang bisnes. Beliau membuat keputusan untuk menyertai SPIRE, salah satu program Mentoring yang dianjurkan oleh RichWorks. Tak lama selepas itu, sales beliau meningkat berkali ganda sehingga melayakkan beliau ke Titanium Circle.
Melalui bimbingan MenThor Dr Azizan Osman, beliau pelajari pelbagai strategi marketing melalui Facebook Live. Beliau tidak perlu lagi bersusah payah untuk merantau ke pelusuk negeri semata-mata untuk mempromosikan bisnesnya.
Bahkan, dengan cara ini, ia lebih mudah dan efisien untuk beliau mendekati golongan sasaran beliau. Kini jumlah tontonan beliau mencecah 10 ribu apabila beliau mengajar kaedah tersebut secara live. Jelas beliau, beliau mahu mendidik masyarakat untuk membaca Al-Quran terlebih dahulu sebelum membuka laman sosial sejurus bangun dari tidur.
Hingga kini, beliau masih konsisten menggunakan kaedah Facebook Live. Beliau gembira dapat mengajar orang yang ‘buta’ Al-Quran dapat membaca Al-Quran dalam masa yang singkat. Semoga usaha murni beliau mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Dalam masa setahun hasil jualannya meningkat kepada RM955 ribu setahun.
Menarik kan kisah Ustaz Zakaria ni. Korang patut tonton jika anda nak ketahui kisah bagaimana seorang bekas pensyarah agama dah bantu ribuan pengikutnya untuk mendalami Al Quran melalui Facebook. Lagi Best!
Anda nak bantu beri manfaat kepada ramai orang seperti Ustaz Zakaria, klik www.richworks.com/wasap SEKARANG!
#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#ResultMatters
#BangkitBerniagaBangsaku