Ads

Buat bisnes tak kiralah apa jenis produk dan perkhidmatan pun anda kena faham satu perkataan ni iaitu MARGIN. Apa margin ni? Ada orang cakap yang margin ni macam mark up harga, tapi bahasa mudah yang senang untuk semua orang faham margin adalah UNTUNG atau secara spesifiknya adalah UNTUNG KASAR.

Apa saja produk dan perkhidmatan yang ditawarkan untung kasarnya mestilah setinggi atau semaksimum yang boleh. Tak boleh ada mentaliti nak untung sikit-sikit je.. itulah yang buatkan bisnes anda tak ada untung langsung nanti.

Macam mana nak kira MARGIN ni?

Harga Jual – Cost of Goods Sold (COGS)

= MARGIN

Apa itu COGS? COGS atau Harga Pokok Penjualan adalah semua biaya yang muncul dalam rangka menghasilkan suatu produk hingga produk tersebut  siap dijual. Sebelum anda tanya bagus atau tak nak jual barang ni atau buat servis ni ke tak, anda kena tau dulu apa kos dia. Asas penting untuk pengawalan kos dan penetapan harga adalah kawal kos dulu, baru anda boleh letak harga.

Bagus ke tak kalau sales setahun RM 1 juta, tapi expenses RM 1.2 juta? Anda rasa?

Selalu, usahawan akan tanya:

“Macam mana nak tetapkan harga barang yang nak dijual?”

“Macam mana nak pastikan harga yang diletak tu tak merugikan?”

Ada banyak tools dan cara yang boleh digunakan. Tapi antara yang paling simple adalah kita cari Break Even Point atau Titik Pulang Modal (TPM) dulu.

Inilah TPM yang kami maksudkan. Tujuannya ialah nak check sama ada berbaloi atau tak harga yang kita letak tu. Titik Pulang Modal (TPM) sebenarnya merupakan satu point di mana jumlah hasil sama dengan jumlah kos.

Dalam kata lain, kuantiti pengeluaran tidak memberikan sebarang keuntungan atau kerugian, dan jumlah hasil hanya cukup untuk menampung jumlah semua kos.

Bergantung pada jenis perniagaan, dapat tahu TPM unit pun sudah mencukupi. Yang penting, kena telus dan pastikan semua kos-kos yang digunakan dimasukkan dalam pengiraan. Terutamanya bagi mereka yang berniaga kecil-kecilan dirumah. Minta orang lain untuk double check kos-kos sekiranya ada yang tertinggal.

Apa antara kos-kos yang terlibat dalam perniagaan? Ada 2 yang kami boleh kongsikan iaitu:

  1. Kos Tetap – iaitu kos yang tak berubah walaupun jumlah pengeluaran bertambah atau berkurang. Contohnya seperti sewa, insuran, cukai, gaji.
  2. Kos Berubah – iaitu kos yang berubah mengikut jumlah pengeluaran. Contohnya seperti kos bahan mentah, utiliti, kos pengangkutan dan lain-lain.

Apa antara kegunaan lain Titik Pulang Modal (TPM)?

  • Menentukan kuantiti/nilai yang perlu dijual untuk elakkan kerugian.
  • Dapat kira jumlah kerugian atau keuntungan pada tahap pengeluaran/penjualan tertentu.
  • Menjadi asas untuk menetapkan target jualan, dan berapa banyak anda nak capai! Jadi dalam bisnes bukan penting perlu tahu tentang marketing dan sales saja. Banyak lagi aspek dalam pengurusan bisnes yang biasanya ramai usahawan terlepas pandang dan itulah yang menjadi blindspot dalam bisnes mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>