Ads

Satu moment yang tidak dapat dilupakan oleh lebih 13,000 peserta yang hadir ke Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 dan seluruh warga Richworks International apabila mendapat kunjungan tak rasmi daripada Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Ini juga boleh dikatakan satu sejarah yang tidak mungkin dilupakan sepanjang 12 tahun (2008 – 2020) RichWorks menganjurkan program untuk para usahawan dan jutawan. Dan, ini adalah satu penghormatan untuk seluruh warga RichWorks terutamanya bagi Pengasas & Master Coach, Dr Azizan Osman.

Kata Tun M, sama-sama bangkit bangsaku, hanya dengan berniaga boleh jadi jutawan.

‘’Orang di bandar biasanya kaya, orang di luar bandar biasanya miskin. Tapi kalau kita BELAJAR macam mana nak berniaga, maka kita juga akan dapat pendapatan yang sama malah lebih daripada yang terdapat di bandar-bandar,’’ kata YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedatangan beliau bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah dan diiringi Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Ketika lawatan tidak rasmi Tun M, beberapa usahawan dalam Titanium RichWorks yang lahir dan berjaya bina bisnes mereka dengan bimbingan MenThor Dr Azizan Osman dan RichWorks berpeluang memperkenalkan diri dan pencapaian bisnes mereka di hadapan Tun M, Tun Siti dan Datuk Seri Rina.

Antaranya pemilik Nurraysa, Faith Fleur, Bantal Hotel DAG, Momentum Internet, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Jamumall, Mamasab Bakery, Husmat Furniture, Unlimited Dreams dan ramai lagi.

Program NUH 2020 yang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam, Shah Alam pada 25 – 27 Januari baru-baru ini turut mendapat liputan pelbagai media tempatan termasuk termasuk TV3, Bernama TV, RTM, Astro Awani, Berita TV9, Berita Harian, MStar, Siakap Keli dan pelbagai media lain dan blogger. Anda boleh saksikan di link yang telah kami kongsikan kepada anda.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>