Ads

Tarikh 14 November adalah tarikh keramat untuk insan yang diberi nama Dr Azizan Osman yang mana menyambut kelahirannya ke-44 tahun. Kena pula dengan program IMKK yang juga ke-44 kali dan yang terakhir berlangsung pada 2 – 4 November lalu. Siapa sangka insan yang pernah gagal dalam hidupnya sebelum ini berjaya menjadi antara insan yang berjaya di Malaysia. Alhamdulilah!

Sempena kelahiran beliau pada hari Rabu lalu, semua buku hasil penulisannya dijual dengan hanya harga RM10 ringgit sahaja! Tambah menarik, beliau turut memberikan buku PERCUMA kepada pengunjung yang singgah ke Wisma Richworks pada hari kelahirannya itu. Bukan itu sahaja, buku kedua yang mereka mahu beli hanya dijual dengan harga RM10 ringgit sahaja. Kepada orang terawal yang datang ke wisma Richworks juga akan mendapat tandatangan daripada beliau. Kesemua staf Richworks juga turut mengambil peluang ini untuk bergambar dan menerima tandatangan daripada bos dan juga mentor yang mereka sayangi ni. Bertuah bukan?

Jom kita ‘selongkar’ sikit biodata Dr Azizan Osman ni. Beliau adalah seorang Jurulatih Kejayaan No 1 Asia yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan.

“Saya “ter”lahir di Kota Bharu kerana ketika itu ayah saya yang bertugas sebagai juruteknik Jabatan Parit dan Tali air ditugaskan bekerja di sana dan kami sekeluarga tinggal di sana untuk seketika,” ujar beliau.

Ibunya berasal dari Telok Mas, Melaka manakala arwah ayahnya berasal dari Jeram, Kuala Selangor. Beliau dibesarkan di Pontian, Johor selama hampir 15 tahun semenjak kecil. Beliau kemudian bersekolah di sekolah Cina dan sekolah agama Johor sehingga tamat tingkatan 3, sebelum dipindahkan ke Sekolah Menengah Pay Fong untuk tingkatan 4 di kampung maknya di Melaka.

“Sebenarnya saya hampir-hampir belajar di Victoria Institution untuk tingkatan 4 dan sebenarnya saya telah mengambil peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran) secara private (belajar sendiri) dan lulus dengan cemerlang ketika saya di tingkatan 2. Semua ini ada kisah di sebaliknya,” jelas beliau.

Beliau menetap dan tinggal bersama keluarganya di rumah kecil di Bandar Melaka. Bagi anda yang belum mengenali rapat Dr Azizan Osman ni, sememangnya beliau sejak kecil memang berjiwa besar dan sangat bersemangat dan suka nak berniaga ni. Dan disebabkan minat kepada perniagaan, dah bermacam jenis perniagaan beliau cuba sehinggalah beliau jumpa apa ‘passion’ beliau dalam menjalankan perniagaan iaitu dengan memberi manfaat kepada orang lain dengan mewujudkan Richworks!

Menurut beliau, orang yang yakin bahawa dirinya layak dan perlu berada di tahap yang lebih baik sahaja akan mencari jalan untuk mencapai apa yang dia percaya atau inginkan.

Itu apa yang beliau percaya sejak berusia 8 tahun. Sejak beliau mula tahu bahawa “kerja” yang boleh beri banyak duit adalah berniaga, dan ia semakin jelas ketika umur beliau 18 tahun, apabila beliau mengisi masa dengan menjadi jurujual Vacuum Cleaner jenama “Rainbow” ketika sedang menunggu keputusan SPM.

“Saya percaya yang saya layak untuk bina kehidupan dan kewangan yang luar biasa. Ketika itu saya pun tidak tahu bagaimana tetapi saya mulakan dengan yakin, percaya serta berusaha mencari jalan mencapai apa yang saya percaya,” akuinya yang mendapat kepercayaan itu daripada arwah ayah dan juga ibunya yang selalu menyuruhnya untuk buat terbaik dalam setiap apa yang beliau lakukan.

Tambah beliau, ia juga kepercayaan yang datang melalui apa yang beliau baca dan dengan siapa beliau berkawan. Keluarga beliau bukan orang senang dan beliau tidak mahu terus ikut jejak perjalanan hidup ayahnya. Beliau mahu bina sesuatu yang mampu gembirakan mereka dan beri mereka sedikit kesenangan.

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Alhamdulilah, beliau kini berjaya meneraju Richworks yang kini banyak memberi manfaat kepada lebih 700,000 ribu orang di luar sana. Percayalah, lebih banyak perancangan yang akan berlaku di masa hadapan. Mungkin orang cakap, ketika usia kita meningkat naik, hanya istilah ‘rehat’ saja ada dalam kepala. Betul betul? Tapi lain bagi Dr Azizan Osman apabila usianya semakin meningkat, semakin banyak pulak plan ‘gila’ yang beliau mahu capai demi membantu lebih ramai usahawan di luar sana!

Mempunyai misi dan visi lebih padu, Dr Azizan mempunyai idea dan semangat  baru untuk beliau lontarkan kepada usahawan yang sentiasa dahagakan ilmu. Niat untuk membantu orang luar semakin membuak-buak. Mungkin perjalanan beliau menimba ilmu di luar negara memberi satu kuasa baru untuk beliau terus bangun dan bangkit dengan lebih bertenaga!

Energi dan jiwanya besar dan fokus! Moga Dr Azizan Osman sentiasa diberkati dan menjadi ikon yang boleh membantu lebih ramai usahawan selepas ini. Kejayaan anda adalah kepuasan beliau dan juga kami di Richworks.

Tanya diri anda sendiri, adakah anda puas hati dengan apa yang anda ada? Anda puas hati dengan situasi dan keadaan hidup anda? Anda puas hati dengan tahap kewangan anda? Anda puas hati dengan tahap sumbangan anda kepada komuniti? Tepuk dada tanya diri sendiri!

Selamat Hari Lahir sekali lagi Dr Azizan Osman! Moga lebih dirahmati dan Allah S.W.T panjangkan umur dan dapat memberi lebih banyak manfaat kepada insan yang memerlukan ilmu dalam berbisnes!

Ads

One comment

  • Saiful amir
    Saiful amir
    Reply

    Assalamualaikum
    Terima kasih kerana mewujudkan blog utk memajukan diri dan perniagaan.
    Semoga ia dpt mengubah minda dan cara berfikir bg org mcm saya….

    Selamat maju jaya
    Jumpa di syurga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>