Ads

“Esok call time jam 6.30 pagi. Anda semua diminta menepati masa untuk kita assist peserta kita”

Ini adalah tugas hakiki yang RichWorks perlu lakukan demi kesenangan peserta yang hadir pada Program Nak Ubah Hidup sepanjang 3 hari program ini berlangsung. Sebelum peserta sampai, kami perlu sampai awal dulu untuk sediakan keperluan peserta.

Sejak 29 Ogos lagi peserta kami dah berkampung di sana untuk pendaftaran awal peserta yang datang dari seluruh pelusuk negeri. Sebelum tarikh itu juga, team event dah mula sibuk memasang bunting dan menyediakan beberapa barang sebelum kami mula set up tempat pendaftaran dan bersedia untuk ‘berperang’ untuk Program Nak Ubah Hidup!  

Setiap hari Team RichWorks diingatkan untuk ‘pasak senyuman’ untuk semua 12 ribu peserta yang komited untuk hadir Nak Ubah Hidup. Ada yang tanya, “korang tak letih ke? Dari hari pertama hingga ke hari ni tak lekang dengan senyuman!” Alhamdulilah inilah nilai yang kami boleh berikan kepada anda semua. Letih? Sudah tentu. Tapi semangat berkobar-kobar dari peserta yang hadir Nak Ubah Hidup (NUH) cukup membuatkan kami menyerap tenaga positif itu!

Vibe negatif kita buang jauh-jauh. Kami faham ada di antara peserta yang sanggup bergadai harta dan menempuhi pelbagai liku untuk sampai ke program NUH ni. Ada yang sampai menangis hanya ditanya soalan, “Apa yang kami boleh bantu anda?” Soalan itu pun dah cukup buatkan mereka menitiskan air mata. Mungkin kami tak ada di tempat anda tapi kami faham ‘sakit’ yang anda hadapi itu. Moga anda semua dipermudahkan urusan!

All we ever do is go ya ya ya
And we don’t even care about what they say
‘Cause it’s ya ya ya ya
Blah blah blah blah

Ketika muzik dipasang, memang tak akan berganjak! Permulaan program yang penuh surprise ini menyaksikan ribuan peserta mula tumpu perhatian di depan stage! Ketika anda mula melangkah masuk ke dalam dewan, pasti susah nak keluar kerana pengisian content yang 10X lebih dari program terdahulu, IMKK.

Ada yang berdiri di atas kerusi menunjukkan betapa komitednya mereka untuk menuntut ilmu. Ini bukan concert tapi ini adalah seminar kejayaan yang menguasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes. Kami juga banyak dapat feedback positif dari peserta yang tak habis-habis memberikan komen positif kepada kami. Alhamdulilah…Apa yang boleh kami simpulkan di sini adalah semangat luar biasa yang kami dapat dari anda semua menyerap kepada kami Team RichWorks. Vibe positif inilah yang kami mahukan. Semangat luar biasa anda adalah kekuatan Team RichWorks. Kami mahu mudahkan anda. Kami harap dengan pertolongan yang kami berikan ini dapat membantu hidup anda. Jangan putus asa. Lakukan tindakan dan sentiasa komited. Inilah turning point untuk anda Ubah Hidup.

YES!!! YES!!! YES!!! Moga anda terus sukses!!! Let’s maintain the excitement!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>