Ads

Titan Summit Inner Circle Meeting Desaru (ICM) di The Westin Desaru Coast & Resort baru sahaja melabuhkan tirai dengan lebih 200 Ahli Titanium baru dan lama komited hadir selama 3 hari bermula 25 – 27 November 2019. Inner Circle Meeting (ICM) kali ini adalah yang terakhir bagi 2019 sebelum mereka berjumpa kembali pada Mac 2020.

Selepas sesi coaching one on one berlaku selama 1 bulan lebih, akhirnya kesemua Titanium dipertemukan di program ini. Ramai yang sangat excited dan gembira untuk bertemu dengan rakan-rakan bisnes dan paling membuatkan mereka teruja adalah apabila dapat bertentang mata dengan MenThor kesayangan mereka iaitu Dr Haji Azizan Osman. Apa yang mengujakan adalah kehadiran ahli Titanium yang baharu. Selepas mereka tamat sahaja sesi New Titan Interview (NTI), Dr Azizan Osman terus menjemput mereka untuk hadir pada ICM kali ini.

Banyak input yang telah diketengahkan pada ICM kali ini. Tetapi menurut Dr Azizan Osman, untuk tahun ini beliau banyak tekankan kepada topik ‘Leadership’. Ia adalah topik yang sangat penting dalam sesebuah bisnes. Ramai usahawan yang gagal dalam bisnes mereka disebabkan tidak ada leadership yang betul. Staf tak terjaga dan menyebabkan ramai yang ‘lari’ dari syarikat mereka.

“Tahun ni adalah tahun leadership titan yang sangat gila agresif” – Dr Azizan Osman

Menurut beliau, beliau mahu bantu bina leadership yang power bagi ahli Titaniumnya. Dalam Titan beliau banyak emphasize tentang leadership. Ada 3 proses penting iaitu yang pertama, bagaimana untuk bina leadership anda sendiri, yang kedua untuk membina team leadership dan yang ketiga adalah membina organizational leadership. Ketiga-tiga perkara ini adalah sangat penting kepada perlembangan sesuatu organisasi.

Hidup ini satu ‘battle’! Orang lain di luar sana mungkin fikir bagaimana untuk hidup ‘seperti biasa’ sama seperti hari-hari lain, tapi kami di RichWorks mengajak ramai orang di luar sana untuk berjuang mendapatkan hidup yang jauh lebih baik. Berapa ramai yang masih teragak-agak hidup di luar sana dengan tahap bisnes yang biasa-biasa. Orang lain dah berlumba-lumba untuk mengejar sales juta-juta, tapi yang lain masih stuck di dalam bisnes yang biasa-biasa sahaja.

Tak kira sama ada dalam urusan hidup seharian, urusan bisnes dan lebih-lebih lagi dalam urusan dengan Tuhan, sepatutnya kita berjuang untuk memberi yang terbaik supaya kita dapat ganjaran terbaik. Anda saksikan sendiri kemeriahan #GangTitan kami menuntut ilmu bersama MenThor mereka Dr Azizan Osman – meriah dengan ilmu dan meriah dengan berbagai acara juga.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>