Ads

Telur atau ayam dahulu? Nak pilih mana dulu pun dah boleh buat gaduh kan? Sebab semua rasa dua-dua ni betul. Sama seperti kita yang kadang-kadang atau selalu tertukar dan keliru antara emosi dan pemikiran. Tak percaya? Teruskan baca artikel ini.

Kenapa dalam bisnes pun ada emosi? Sebab dalam bisnes anda akan sentiasa berurusan dan berkomunikasi dengan manusia. Dan, sudah semestinya manusia ada emosi tak dapat dipisahkan. Setuju tak?

Setiap orang termasuk anda ada banyak emosi dan emosi ini akan beri pengaruh terhadap cara kehidupan anda dan cara anda berinteraksi dengan orang sekeliling anda. Pernah tak selepas berlaku suatu keadaan yang buruk, anda rasa menyesal kerana terlalu ikutkan apa yang anda rasa, emosi anda?

Ini bermakna diri anda diperintahkan oleh emosi ketika itu. Pilihan yang anda buat, tindakan yang anda ambil, dan persepsi yang anda miliki, semuanya dipengaruhi oleh emosi yang anda alami pada ketika itu.

Pada kebanyakan masa, anda sebagai usahawan begitu mudah keliru dengan keperluan emosi sendiri. Sebagai contoh, semasa anda membangunkan produk baru, anda akan memberi nilai rasa kepada pelanggan sama ada produk anda melegakan kekecewaan atau memberikan kegembiraan kepada mereka dan ini didorong oleh emosi.

Kejayaan dalam mana-mana perniagaan bergantung kepada pemahaman tentang emosi. Nak tahu kenapa?

Kalau anda sendiri membeli suatu barang mesti ada emosi kan? Begitulah pelanggan anda! Ini kerana emosi sangat kuat dalam mendorong tindakan manusia. Emosi yang baik menarik pelanggan anda lebih dekat dengan produk anda, manakala emosi negatif mendorong pelanggan anda untuk membeli produk anda hanya untuk melegakan ketidakselesaan mereka atau lebih malang mereka berpindah kepada produk lain. Sedih kan? Hanya kerana emosi yang tak kuat anda kehilangan pelanggan…

Jadi, nampak tak keseluruhan hidup kita adalah satu siri tindakan yang didorong oleh emosi? Emosi termasuklah kegembiraan, kemarahan, ketakutan, kesedihan, kejutan, kepercayaan dan harapan. Ini semua sering kali wujud dalam bisnes. Dan, itu akan mempengaruhi banyak benda termasuk pemikiran, tindakan dan keputusan sama ada ke arah positif atau negatif.

Ini 4 tip menawan hati pelanggan

1. Kenali pelanggan anda

Untuk pastikan pelanggan suka produk anda perkara pertama yang anda perlukan adalah tahu apa keinginan mereka. Bila dah tahu, anda boleh penuhi kehendak mereka. Ini lebih baik untuk menarik dan mengekalkan pelanggan sasaran anda. Apabila pelanggan mendapat apa yang mereka inginkan, mereka akan lebih bahagia.

2. Bersabar

Bila bakal pelanggan datang kepada anda, jangan terburu-buru nak mereka dapatkan produk anda. Dengan masalah dan penjelasan mereka. Jangan sesekali berkasar atau menganggap pendapat mereka tidak penting.

3. Tawaran istimewa

Setiap orang sukakan diskaun, sales atau special deals. Apabila mereka dapat lebih daripada kos yang dibelanjakan, pada masa akan datang mereka akan tetap cari produk dari anda. Walaupun tawaran ini mungkin menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan sejumlah modal, tapi repeat sales dari pelanggan boleh buat anda untung lebih.

4. Maklumkan sebarang update

Maklumkan kepada pelanggan jika bisnes anda ada info atau maklumat baru, sebarang event atau perkara-perkara menarik yang sedang berlaku. Ini membuatkan pelanggan anda rasa seronok dan menghargai anda.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>