Ads

Shah Alam – Pada 9 Oktober 2018 lalu telah berlangsung program Pengurusan dan Penyimpanan Dokumen Penting Perniagaan di Wisma Richworks, Seksyen 13, Shah Alam. Program ini adalah antara salah satu daripada 6 program di bawah Classroom by Richworks.

Soalan yang sering ditanya pada kami adalah; betul ke penting kena simpan dokumen perniagaan? Tak boleh ke kalau semua dokumen ni kami tak simpan? Apa kepentingan simpan dokumen-dokumen ni?

Berbezanya program ini adalah bukan sahaja mengajar para peserta tentang kepentingan penyimpanan dokumen penting perniagaan, tetapi patuh pada undang-undang dan akta yang telah ditetapkan.

Penyimpanan dokumen penting perniagaan ini sebenarnya tertakluk kepada beberapa akta seperti:

  1. Seksyen 61, Akta Kerja 1955
  2. Seksyen 42, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991
  3. Seksyen 103A, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
  4. Seksyen 50, 245, Akta Syarikat 2016
  5. Seksyen 82, 82A, Akta Cukai Pendapatan 1967
  6. Seksyen 24, Akta Cukai Jualan 2018
  7. Seksyen 24, Akta Cukai Perkhidmatan 2018

Kepentingan menyimpan dokumen perniagaan yang teratur adalah merupakan amalan perniagaan yang baik kerana maklumat yang diperolehi membolehkan anda memantau kemajuan perniagaan. Selain itu juga, apabila tiba masa mengisi Borang Nyata Pendapatan, maklumat yang diperlukan telah sedia ada dan apabila Lembaga Hasil memilih kes anda untuk diaudit, adalah memudahkan sekiranya semua maklumat senang diperolehi dengan cepat iaitu tanpa gangguan yang minimum.

Selain dari pematuhan, program ini juga membantu peserta yang hadir dapat meningkatkan kesedaran betapa pentingnya pengurusan dan penggunaan sistem fail yang baik dan ekonomikal. Peserta juga dapat meningkatkan kemahiran dalam mentadbir rekod di syarikat masing-masing.

Program ini juga membantu peserta meningkatkan pengetahuan asas mengenai pengurusan rekod secara teori dan praktikal bagi melaksanakan tanggungjawab merekod dokumen penting perniagaan serta memahami tugas-tugas memproses rekod dari aspek penyusunan, penyimpanan, pemeliharaan, pengesanan serta pelupusan.

Dalam program ini juga peserta berpeluang bertanya soalan secara terus kepada speaker program iaitu Tuan Nasrul Hadi. Rata-rata feedback dari peserta mereka suka dengan konsep classroom yang dianjurkan oleh Richworks kerana mereka lebih fokus dan mendapat jawapan yang jelas dari Tuan Nasrul mengikut setiap masalah yang mereka hadapi.

Program Classroom by Richworks akan berlangsung setiap bulan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut tentang jadual program, boleh layari www.nakurusbisnes.com.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>