Ads

Kata Dr Azizan Osman di Inner Circle Meeting (ICM) Terengganu, “Do more good things kepada pasangan, keluarga dan ibu bapa. Jangan mengeluh, akan sampai momentnya nanti mereka akan bangga dengan apa yang kita buat”

Berapa ramai dari kita yang susah nak bina hubungan yang baik dengan keluarga? Tunggu raya je baru nak bermaaf-maafan. Berapa ramai yang bermasam muka dengan adik beradik atau pasangan? Dan berapa ramai yang tak ada hubungan yang baik dengan ibu bapa sendiri, ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan kita ni?

Pagi ini di sesi hari ketiga ICM Terengganu, topik perbincangan sangat mendalam. Ianya adalah tentang bagaimana nak tingkatkan diri kita. Dan ianya hanya akan berlaku bila kita mampu tingkatkan emosi dan tingkatkan minda.

Makin banyak masalah orang yang kita mampu handle, maknanya makin banyak income yang kita mampu capai. Makin susah masalah yang kita mampu selesaikan, makin pakar kita akan jadi dalam bidang tersebut.

Tapi ianya tak mudah jika anda sebagai usahawan tak mampu nak handle otak dan emosi sendiri. Apa yang berlaku dalam hidup sepatutnya kita syukuri kerana kalau anda fikir balik, perkara itu lah yang membawa anda kepada siapa anda sekarang. Betul tak? Cer fikir sekejap?

Inilah yang terjadi kepada Cik Nor ‘ain Bt Abdul Hamid, Rakan Kongsi kepada Seri Lady Empire Sdn Bhd yang mengeluarkan produk kesihatan wanita. Asalnya, beliau adalah seorang akauntan. Bukan lah satu pekerjaan yang biasa-biasa, tapi beliau merasakan bila bekerja beliau tiada kebebasan masa. Dan apa yang paling menyedihkan bila fikirkan pengorbanan emak yang membesarkan 7 anak perempuan seorang diri setelah ayah mereka meninggal dunia.

Cik Ain ingat kembali saat paling mengecewakan bila emaknya kata teringin nak pergi jalan-jalan makan angin, dia hanya mampu tersenyum kelat, dan tahan sebak kerana dia tak mampu nak tunaikan impian emaknya. Dan ini adalah momeng paling bengang dalam dirinya.

Tapi semuanya berubah bila dia ambil keputusan nak bersama rakan kongsinya untuk berniaga. Perniagaan yang bermula kecil dengan sales hanya sekitar bawah RM30,000 kemudiannya semakin berkembang. Kemudian dia mahu berkembang lebih besar dan menjadikan bisnesnya lebih bersistem dan pada masa inilah dia terjumpa RichWorks dan mula sertai program RichWorks.

Alhamdulillah, dengan ilmu dan tindakan, beliau terus tekun bermentorkan dengan Dr Azizan Osman dan akhirnya dari Januari hingga Jun tahun ni beliau dah buat sales mencecah RM477 ribu berbanding hanya RM258 ribu pada tahun 2018. Apa yang lebih manis, bila dia mampu bawa emaknya makan angin ke mana saja yang dia nak pergi. Dan tempat pertama dia bawa emaknya ialah ke Turki.

“Manisnya saya rasa bila emak saya cakap dia nak pergi Turki dan saya terus boleh belikan tiket untuk ke sana, tanpa perlu risau tentang macam-macam.”

Bestkan kalau boleh buat macam tu? Jadi anak yang penuhi impian ibu bapa? Tapi sebenarnya berapa ramai yang mampu dari segi kewangan dan ada masa untuk penuhi impian ibu bapa? Ada yang sampai mereka dah tiada, tapi banyak impian mereka kita tak mampu tunaikan…? Sedih kan..?

Selagi kita tak tingkatkan tahap kehidupan dan kewangan dan ubah hidup menjadi lebih baik, susah untuk kita capai segalanya.

Untuk mengingatkan anda, programNak Ubah Hidup akan diadakan pada:

Dan jika anda nak kami bantu anda mulakan langkah kejayaan seperti Cik Ain, boleh komen “Nak Ubah Hidup” dan team kami akan bantu.

#TeamRichWorks
#ICMTerengganu2019
#ResultsMatters
#NakUbahHidup

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>