Ads

Kami pasti dah ramai orang yang pernah experience event dari RichWorks sejak tahun 2008 sampailah sekarang. Kalau anda dah lama mengikuti RichWorks, pasti anda dah rasa banyak perubahan yang berlaku di RichWorks terutamanya bila anda berikan feedback kepada kami.

Ramai orang terlepas pandang tentang pelanggan. Pelangganlah individu dan penyumbang terbesar dalam perniagaan anda. Tanpa mereka, bisnes anda tak mungkin maju dan berkembang.

Jadi, cuba anda fikirkan balik adakah anda betul-betul hargai pelanggan anda? Atau anda meletakkan jurang antara mereka? Hanya sekadar pembeli dan penjual? Berapa ramai antara anda yang ingat nama customer anda? Dan ingat apa contribution anda kepada mereka?

Feedback pelanggan adalah informasi dari pengalaman yang dirasai oleh pelanggan terhadap produk atau servis bisnes anda sama ada mereka berpuas hati atau mereka tidak berpuas hati. Feedback jugalah yang membantu anda untuk buat perubahan lebih baik pada bisnes anda.

Dah tentu anda nakkan pelanggan yang setia dengan anda. Ini ada 4 cara nak buat pelanggan anda repeat order dan berikan feedback yang baik untuk bisnes anda.

1. Fast response dan wujudkan engagement

Ini adalah titik permulaan untuk create kepercayaan pelanggan anda. Ada banyak peniaga yang jual produk macam anda, tapi pelanggan akan tertarik kepada peniaga yang reponse dengan lebih cepat. Faham ke faham?

Cuba bayangkan anda teruja berhubung dengan peniaga bisnes online untuk bertanya harga, tapi mereka berikan respon yang lambat. Apa agaknya perasaan anda masa tu? Mesti rasa nak marah dan rasa macam dah tak nak berurusan lagi dengan peniaga seperti ini. Jadi anda sepatutnya bukan sekadar memberikan respon yang pantas, tapi anda juga perlu beri pengalaman yang terbaik dan wujudkan engagement dengan mereka.

2. Jangan jadi penjual tapi jadi ‘problem solver’

Anda mesti dah dengar ‘di mana ada masalah, di situ ada peluang’ banyak kali. Inilah yang dinamakan ‘problem solver’. Anda mesti beri tanggapan pada mereka yang anda boleh selesaikan isu dan masalah mereka melalui produk atau servis yang anda tawarkan. Cara nilah yang paling berkesan untuk dapatkan pelanggan yang setia!

3. Jangan paksa pelanggan

Ehhhhh! Jangan paksa orang kalau dia tak nak, nanti dia lari! Inilah cara yang patut anda elakkan sebaik-baiknya. Lagi-lagi bila menjual sesuatu. Bila anda terlalu tekankan pada produk, pelanggan anda mungkin akan lari dan terus jadi ‘turn off’ dengan bisnes anda. Pasti anda tak nak pelanggan anda ada experience macam ni kan?

4. Kuasa feedback dan influence

YES! Pelanggan dah beli produk dan mula percayakan servis anda! Apa yang anda patut buat lepas mereka dah mula percayakan bisnes anda? Inilah masanya untuk anda minta feedback daripada mereka.

Cara ni yang paling terbaik untuk membantu anda menambahbaik mengikut cadangan dan keperluan pelanggan. Bila pelanggan berpuas hati, dah tentu mereka akan recommend bisnes anda kepada orang lain dan sebarkan brand anda.

Macam mana? Dah tentu anda dah dapat sesuatu yang lebih lagi daripada artikel ni. Nak pelanggan setia dengan anda, ingat kata-kata ni: ‘A satisfied customer will stay with you, an unhappy customer will eventually leave you’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>