
Hmmm. Rasanya baru je terima gaji kelmarin, pejam celik pejam celik dah nak habis duit gaji. Bila gaji atau sales masuk, sedar-sedar habis macam tu je. Di mana silapnya ya..? Betul ke cara kita menguruskan duit tu? Cuba check jap..
Kalau kita buat simpanan dan jaga kewangan dengan baik dan sistematik. Tak mungkin duit kita habis macam tu je. Akhirnya cukup hujung bulan, makan Maggi dan sanggup tunggu gaji seterusnya walaupun 2 atau 3 minggu lagi baru dapat gaji.
Itu kalau mereka yang dah bekerja. Kalau yang berniaga pula macam mana, entah bila pula sales akan masuk? Tak stress ke hidup macam tu? Anak-anak bini macam mana? Nak makan apa kalau kita tak ada duit lebihan? Rasa-rasa kita boleh survive?
Jadi, macam mana nak elak duit gaji dari kehabisan? Bayar semua komitmen yang ada sehingga kita lupa untuk buat simpanan masa hadapan dan simpanan di waktu kecemasan. Di sini kami nak berikan pada anda tentang 5 Jenis Simpanan Terbaik Yang Wajib Anda Tahu, terutamanya bagi anak muda yang bekerja atau berbisnes.
1. Amanah Saham Berhad (ASB)
Anda boleh mulakan pelaburan anda sedikit demi sedikit. Tetapkan matlamat pelaburan ASB seperti untuk membeli rumah, perbelanjaan perkahwinan atau nak melancong ke luar negara.
Seterusnya, anda perlu bezakan antara pelaburan ASB dan pinjaman ASB. Bezakan antara “force saving” dan simpanan ASB. Anda kena ingat, pinjaman ASB akan menjurus kepada “force saving”, manakala pelaburan ASB biasa ialah simpanan ASB.
Kemudian, pelaburan yang kita buat itu mesti mengikut kemampuan. Kita boleh menentukan komitmen bulanan kita sendiri, sebab hanya kita je tahu berapa pendapatan kita sebulan, dan hanya kita lebih tahu kemampuan bulanan kita. Sebagai contoh, kita mampu membuat simpanan ASB sebanyak RM 1,000 sebulan.
Kita boleh pecahkan kepada dua bahagian iaitu Force Saving (RM700) dan Simpanan ASB (RM300). Ingat! Simpanan ASB biasa pun penting juga, ‘incase’ kalau ada apa-apa emergency yang berlaku. Boleh guna dulu duit dalam simpanan ASB tu dan jangan sesekali tamatkan pinjaman ASB anda tanpa alasan yang munasabah.
2. Tabung Haji
i. Modal awal yang rendah
ii. Modal simpanan dijamin
iii. Kos yang rendah
iv. Pemberian dividen dan bonus kompetitif
v. Dividen dan bonus dikecualikan cukai
vi. Zakat dibayar pihak Tabung haji
vii. Simpanan dan pengeluaran tanpa had
viii. Patuh syariah
ix. Simpanan untuk menunaikan haji
3. Private Retirement Scheme (PRS) / Skim Persaraan Swasta
i. PRS ini melengkapkan plan simpanan persaraan wajib seseorang melalui KWSP.
ii. KWSP + PRS = Pelan Persaraan Mantap!
iii. Sebagai simpanan tambahan untuk persaraan. Simpanan ini dapat melawan inflasi dan berpeluang mendapat pulangan pelaburan yang baik.
iv. Tambahan kepada Simpanan Persaraan. Simpanan Persaraan PRS akan melengkapkan simpanan persaran KWSP seseorang.
v. Pelepasan Cukai individu. Pengecualian sehingga RM3,000 setahun penilain (tambahan kepada potongan sumbangan KWSP) bagi 10 tahun pertama.
vi. Tak ramai yang tahu ada peruntukan bajet 2017 untuk anak muda lingkungan umur 20-30 an. Kerajaan mengumumkan pemberian sumbangan RM1,000 one-off di bawah Private Retirement Scheme (PRS) Youth Incentive.
vii. Paling penting sekali, pastikan kualiti hidup yang terjamin ketika bersara!
4. Emas

Simpan Emas Untuk Dana Pendidikan
Cuba kira berapa nisbah gram emas yang diperlukan untuk belanja pengajian universiti hari ini. Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA iaitu RM6,500 setahun,
6500 × 5 tahun = RM32,500
Maka jumlah pinjaman sekitar RM32,500. Jadi kita boleh andaikan, kos pengajian universiti tempatan sekitar RM35,000 hingga RM40,000 pada hari ini. Ia bersamaan nilai dalam lingkungan 210 hingga 240 gram emas.
Kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18 hingga 20 tahun untuk cukupkan emas sebanyak itu. 20 × 12 = 240 gram
Dan simpanan itu kalis inflasi. Pendek kata, 240 gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak walau apa pun berlaku kepada ekonomi dan ringgit. Dan anak itu tak perlu ambil pinjaman PTPTN seperti kita.
Tak perlu ajar anak -anak kita berhutang seusia muda lagi sebab tabiat berhutang adalah tabiat yang kurang baik.
Kalau simpan 1 gram sebulan sejak hari kelahiran, pada umur 18 tahun setiap anak akan memiliki 240 gram emas dengan nilai hari ini sekitar RM43,200 (RM180 x 240 gram). Ia cukup untuk kos pengajian universiti tempatan tanpa perlu pinjaman PTPTN!
Cara Terbaik Simpan 1 Gram. Persoalan seterusnya, di mana nak beli emas 1 gram ini?
Untuk makluman anda semua, gold bar 1 gram harga per gramnya sangat mahal. Ini disebabkan kos pembuatan emas bersaiz kecil memang mahal.
Kosnya dalam linkungan RM210 – RM250 mengikut syarikat-syarikat yang berlainan.
ALTERNATIF:
Cara terbaik untuk simpan emas 1 gram sebulan, dah siap disediakan oleh PUBLIC GOLD untuk orang-orang yang berpendapatan sederhana melalui akaun GAP.
Walaupun ia akaun emas, tetapi ianya boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri (kalau mahu). Dan yang pastinya, harganya termurah di pasaran Malaysia sekarang. Kita boleh buka satu akaun untuk setiap anak (dengan nama ibu / bapa sebagai pemilik bersama).
5. Tabung Warna
1) Cara yang paling menarik, mudah dan untung
2) Cara ini adalah sesuai untuk golongan yang mempunyai disiplin tinggi dan ingin menyimpan secara tetap.
3) Tetapkan dahulu warna tabung yang anda inginkan. Contohnya, jika pilih warna hijau dan oren (RM5 dan RM20), jadi anda perlu menyimpan duit kertas RM5 dan RM20 setiap kali anda terima duit tersebut.
4) Anda tak boleh belanjakan dengan menggunakan duit RM5 dan RM20 tersebut untuk perbelanjaan harian anda.
5) Menyimpan duit mengikut warna bukan sahaja kelihatan menarik, malah mendidik kita untuk lebih berjimat dan menghargai setiap duit yang kita terima.
6) Apabila hujung tahun, anda boleh keluarkan duit simpanan tersebut dan laburkan di tempat yang betul.