Berapa ramai dari anda yang rasa hidup anda sekarang dah selesa, dah cukup ada semuanya dan dah lengkap? Berapa ramai yang rasa cukuplah dengan apa yang ada sekarang dan berapa ramai pula yang rasa masih banyak benda yang anda perlu capai dalam hidup tapi anda tak tahu nak bermula dari mana?

Sebahagian dari kita mungkin akan rasa, dah cukup lengkap hidup kita. Jika benar, syukurlah tapi cuba fikir what if kita boleh gandakan 10 kali ganda hidup kita dan dapat gunakannya bukan setakat untuk diri sendiri dan keluarga tapi juga untuk manfaat yang lebih besar kepada orang di sekeliling?

Dan sebahagian lagi mungkin berfikir mereka nak ubah hidup, tapi mereka tak tahu macam mana nak bermula, dan langsung tak boleh bayangkan macam mana tahap dan keadaan bila hidup dah makin meningkat, let say 10 kali ganda? Boleh bayangkan?

Perkara macam ni yang menyebabkan kami di RichWorks bersama Founder kami Dr Azizan Osman ingin membantu lebih ramai orang untuk Ubah Hidup dan capai lebih banyak kejayaan dalam hidup mereka sehingga melimpah manfaat yang dapat dikongsi kepada orang lain.

Syukur Alhamdulillah, malam tadi di Berita Utama TV3, temubual Dr Azizan Osman telah disiarkan di mana Dr Azizan Osman telah melancarkan Program Nak Ubah Hidup yang akan berlangsung dari 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC), Shah Alam.

Semenjak minggu lepas hampir 6000 tiket telah diisi…dan kami mensasarkan penyertaan sebanyak 15,000 untuk kali ini. Dan jika anda juga nak jadi dari sebahagian mereka yang mahu ubah hidup menjadi minima 10 kali ganda lebih baik, anda boleh daftarkan sekarang penyertaan anda di www.nakubahhidup.com di mana kami masih buka tawaran tajaan 2 tiket dengan setiap pembelian 1 tiket so anda boleh hadir bersama 2 lagi rakan bisnes anda, orang anda tersayang atau orang yang anda nak lihat mereka pun turut ubah hidup menjadi 10 kali lebih baik.

Jika anda pernah hadir ke Program IMKK, Program Nak Ubah Hidup BUKAN program IMKK tetapi 10 kali ganda lebih baik dari IMKK.

Salam 5 Ramadhan untuk anda semua. Semoga terus dirahmatiNya

#TeamRichWorks
#SalamKayadanBerjaya

Setiap hari kita bangun pagi, berat rasa nak bangkit tinggalkan katil. Otak terus terfikir, banyak benda yang nak kena settlekan hari ni. Nak tak nak, kita seret kaki. Pergi uruskan diri seadanya, start enjin dan redah trafik jam pagi-pagi.

Dan bila tengahari, kita pergi makan. Sembang dengan kawan-kawan, nak bayar makan pun berkira. Ambik lauk ikut agak-agak yang paling murah. Time dah masuk 3 minggu lepas gaji, mula lah tak makan. Biskut kering pun dah cukup lah…Duit yang ada hanya cukup-cukup je nak teruskan hidup sampai akhir bulan. Pening kepala nak fikirkan perbelanjaan ahli keluarga lagi….

Paling teruk bila terpaksa berhutang untuk teruskan hidup setiap bulan. Pinjam sana sini. Bila petang, kita redah trafic jam, dan roda hidup kita pun berputar sekali lagi. Setiap hari kita hadapi cabaran yang sama, masalah yang sama, tekanan hidup yang sama. Setiap hari kita ulang-ulang benda yang sama. Soalan kami nak tanya – sampai bila?

Bila fikirkan semua, ramai orang yang pernah hadapi situasi ni…dan ramai orang yang dah pernah berjaya keluar dari keadaan hidup yang sesak dan tertekan macam ni.

Dr Azizan Osman pun pernah lalui zaman sukar dalam hidup. Bisnes yang dia buat dulu banyak yang tak jadi, dia terjebak dalam masalah hutang sehingga terpaksa gadaikan rumah emak sendiri.

Kemudian, dia jumpa mentor yang beri nasihat untuk dia belajar bagaimana nak ada bisnes yang berjaya dan Dr Azizan Osman pun mula bekerja buat door to door sales sehingga satu masa dia dah berjaya..

Tapi masalah lain pula muncul.. bila asyik bekerja dan kejar sales hidup pun terabai, semua aspek utama dalam hidup pun huru hara.. dan masa tu lah, beliau mula terfikir untuk ubah diri dia..dan bila dah berjaya dia nak bantu lebih ramai orang untuk jadi insan yang lebih bermanfaat.

Semua orang sebenarnya boleh ubah hidup menjadi lebih baik. Masalahnya nak dengan tak nak je..Tapi sampai bila nak biarkan hidup dalam keadaan tertekan, teruk dengan pelbagai masalah..tertekan dengan masalah hutang, masalah kewangan, hati yang tak bahagia dan tenteram…? Takkan nak hidup macam tu selama-lamanya.

Kami di RichWorks nak membantu 15,000 peserta yang bakal hadir ke Program Nak Ubah Hidup yang baru dilancarkan secara rasminya hari Sabtu lepas di mana program ini bakal membantu anda 10 kali gandakan semua aspek dalam kehidupan termasuk kewangan, kebahagiaan, kekayaan, dan banyak lagi..jika anda komited untuk hadir selama 3 hari dari 30 Ogos ke 1 September di Setia City Convention Center (SCCC) Shah Alam dan komited buat tindakan berdasarkan ilmu yang anda perolehi..InsyaAllah, anda mampu ubah hidup anda.

Ramai orang NAK UBAH HIDUP, tapi mereka tak tahu macam mana nak design perjalanan hidup mereka untuk capai kejayaan..semuanya akan anda dapat jawapannya di Program Nak Ubah Hidup.,

Dah lebih 2000 orang mendaftar dalam tempoh tak sampai 48jam! Pastikan anda tak terlepas untuk hadir..kalau anda nak ubah hidup anda, dan taknak berada di tahap yang sama untuk tahun-tahun akan datang.

#TeamRichWorks