Kami selalu lihat ramai peniaga yang berniaga separuh jalan. Mula-mula bersemangat. Lepas tu mula famous, produk mula meletop, viral sini-sana tapi lepas tu…. senyap, krik-krik dan hilang macam kena sorok bunian!

Kami dapati ada 5 sebab kenapa perkara ni berlaku:

1) Bila mereka stop bina matlamat yang lebih besar – mereka rasa dah cukup berjaya bila produk mereka viral. “Cukuplah setakat ini!” kemudian dia tak tahu nak bina matlamat baru yang lebih besar.

2) Mereka tak ada ilmu baru – apa yang mereka buat selepas itu semua tak berapa jadi atau, mereka terus tak tahu nak buat apa sebab mereka stuck dengan pengetahuan lama yang mereka ada.

3) Mereka hilang fokus– Ramai orang mudah hilang fokus. Nampak bisnes orang makin berjaya, mereka pun nak tukar bisnes juga..Sedangkan bisnes yang ada kat tangan belum buat cukup baik lagi. Mereka sendiri tak tahu potensi bisnes mereka dan sendiri give up dengan bisnes sendiri.

4) “Api yang membakar dah padam” – Dulu masa buat bisnes, mereka bersemangat, ada rasa bengang yang tinggi, ada kejayaan yang mereka perlu buktikan… tapi lama kelamaan.. bila dah berjaya sikit mereka biarkan api tu padam! Mereka tak terus curahkan minyak dam terus bakar… mereka dah jadi katak sejuk dalam bikar yang ada ais…selesa!

5) Tak ada mentor untuk buatkan mereka terus bina matlamat lagi besar, bantu beri ilmu baru, terus fokus dan terus terbakar. Kalau ada mentor atau ada ilmu baru pun, mereka suka ada mentor yang tepuk-tepuk dan belai mereka, ilmu baru yang mereka ada pun tak mencabar sangat, mungkin mereka dah tahu tapi mereka rasa ini ilmu baru supaya menyedapkan hati sendiri.

Tugas mentor atau coach adalah untuk buatkan anda tak selesa dengan keadaan anda sekarang dan mereka akan terus berikan ilmu baru, teknik baru, paksa anda untuk fokus dengan ‘laser fokus’, serta setkan anda untuk target yang lebih besar.

Sebenarnya 5 perkara di atas, semua orang dah tahu tapi ramai yang masih rasa “itu bukan aku” “aku OK..” walaupun tak ada peningkatan dalam jumlah sales bulanan atau ambil masa bertahun-tahun untuk capai RM1 juta atau juta-juta yang mereka mahu, atau mereka terpaksa beroperasi secara besar-besaran, dengan kos yang besar kerana mereka tak tahu macam mana nak capai cita-cita dengan lebih mudah, lebih cepat dan jauh lebih baik.

Ada orang boleh buat RM5 juta dalam masa 5 tahun dengan 3 cawangan tapi dalam masa yang sama dengan mentor yang dah ada proven results ada #AnakDidikDrAzizan yang boleh buat RM5 juta, dengan 1 cawangan dan dalam masa 1 tahun je…

Tuan Mohd Sufian dan Puan Siti Fatimah- Pemilik Jenama Fesyen Muslimah,  Sabella – boleh buat lebih dari RM 4.2 juta setakat tahun 2018 ini hanya dengan jualan secara online berbanding hanya RM1.6 juta sahaja sepanjang tahun 2017.

Tuan Eddie Assuan – Pemilik Deina Slimax juice – boleh buat RM 3.5 juta sepanjang tahun 2018 ini berbanding hanya RM 995,000 di tahun 2017. Dan dia hanya fokus kat 1 produk ni je..

Puan Siti Aisyah Kamaruddin – Pemilik Ayaq Mangga World boleh buat lebih RM 3 juta setakat tahun 2018 ini berbanding RM1.7 juta sepanjang tahun 2018 dan dia dulu hanya lah peniaga  air balang di pasar malam yang buat sales setakat RM8,000 je sebulan.

Yang mana lebih bagus? Yang mana anda rasa lebih berkesan? Terpulang kepada anda jika anda rasa matlamat anda penting dan perlu untuk di capai.