Zaman sekarang ni, mana-mana je boleh nampak produk kecantikan dan kesihatan yang makin femes kan? Tapi kan..kalau dah banyak sangat produk macam ni ada dalam pasaran, 3 usahawan ni boleh je? Baca kisah mereka sekarang..

3-usahawan-founder-produk-kecantikan

Kisah pertama ni akan buatkan korang fikir bukan wanita je boleh jual produk kecantikan dan kesihatan..Nak tahu siapa? Inilah Tuan Muhammad Bin Mohd Ridzuan, pemilik kepada produk jenama Aydeer.

Tuan Muhammad ni pernah bertugas sebagai seorang Eksekutif di sebuah syarikat perladangan, kini mula ambil alih bisnes keluarga..Betul, memang ni bisnes keluarga tapi tak mudah bila tak ada ilmu yang betul. Walaupun Tuan Muhammad mula berniaga sejak 15 tahun..

Sebelum ni, bisnesnya hanya setakat bisnes. Hajat hatinya nak membahagiakan ibu tinggal setakat hajat sahaja, tak mampu nak capai sangat bila jualan hanya setakat RM40,000 sebulan je..Itupun ada naik dan turunnya juga.

Muhammad dipermudahkan jalan lepas dah hadir ke program RichWorks dan konsisten untuk belajar, banyak peningkatan berlaku dalam bisnesnya sendiri..Jualan setakat bulan 6 ni je dah capai RM1.4 juta! Baek, kan?

Kisah kedua ni pula tentang pengusaha kecantikan dan kesihatan..pun lelaki juga! Dia ni lah pengarah urusan Deina Global Sdn Bhd yang keluarkan produk Diena Slimax Juice – Tuan Che Eddie Asuan..

Pada usia 25 tahun je Tuan Eddie dah sanggup buat apa sahaja untuk ubah kehidupan dan tingkatkan tahap kewangan keluarga. Masa zaman belajar lagi sebenarnya dia dah terpengaruh dalam bidang perniagaan ni, walaupun jual powerbank dan monopod je..

Bila dia jejakkan kaki pertama kali ke program RichWorks, dari situlah dia makin semangat nak bantu keluarganya. Sejak tu jugalah wujudnya produk keluarannya sendiri tapi sebenarnya tak bersedia pun..

Dari situ Tuan Eddie belajar sesuatu yang rupa-rupanya, walaupun dah ada jenama sendiri bukannya setakat upgrade ilmu je..tapi kena upgrade cara berfikir dan cara bertindak juga.

Lepas tu Tuan Eddie kembali hadir ke Program Richworks dengan hala tuju yang baru..Sehingga kini, Tuan Eddie dah buktikan dengan Deina Global bukan setakat bantu pengguna tapi juga beratus ejen dan stokisnya…

Tak kisahlah jual produk apa, tapi mesti ada usaha dan hasil untuk bagi manfaat pada ramai orang juga kan…Sekarang ni nak beralih pada kisah terakhir pula, korang dah ready nak baca? Jom, baca!

Kisah ketiga ni pula tentang wanita yang dikira legend juga dalam industri ni..Bukan apa, dah founder Beautyspells ni pun dah cantik dan manis! Kali ni kisah tentang Puan Norsidayati Mustari atau lebih senang dengan panggilan Bell.

Puan Bell ni dah pernah cuba banyak kerja cuma berniaga je belum..“Bukan apa, berniaga kena keluarkan modal besar. Nak berniaga apa je? Siapa yang datang beli?” Ini lah antara persoalan-persolan yang menghantui Puan Bell bila cakap pasal berniaga..

Walaupun dia takut untuk berniaga, tapi itu juga yang dipilihnya..bermula dengan mencari kilang, modal yang besar tapi semua tu macam langgar dinding je katakan…

Puan Bell ada juga cuba ikut atau ‘tiru’ macam produk tempatan lain buat, tapi hasil dia tak sama pun..Paling paling pun dalam sebulan jualan boleh dapat dalam RM5000 hingga RM10,000 je..Paling tinggi pun RM15,000.

Dari situ dia mulakan langkah ke program RichWorks..Puan Bell ingatkan Dr Azizan Osman hanya mengajar ilmu bisnes je, tapi sebenarnya mengajar tentang kehidupan yang berjaya membuka mata Puan Bell..

Bayangkanlah dari seorang suri rumah yang berniaga dari meja makan dapur rumah dengan sales sebulan paling tinggi RM10 ribu dan RM15 ribu je sekarang untuk setakat bulan Jun ni, Beautyspells capai RM1.9 juta

Bukan masalah tak boleh buat atau salah produk untuk buat bisnes sendiri tapi kemahuan dari diri sendiri. Kalau nak, mestilah kena buat juga kan? Macam mereka bertiga ni, masing-masing ada sebab tersendiri…

Amacam? Berapa ramai antara anda yang ada produk kecantikan dan kesihatan yang nak dibantu macam Tuan Muhammad, Tuan Eddie dan Puan Bell ni? Kalau nak, komenkan ‘saya nak juga’ di bawah atau layari www.NakUbahHidup.com

Come on beb, nak tunggu bila lagi nak ubah hidup? Sekaranglah masanya, jangan rugikan diri sendiri tak dapatkan tawaran pecah dewan..Bagitahu rakan anda yang lain juga okay?

#TeamRichWorks
#NakUbahHidup
#ResultMatters
#TakNakUbahHidupLagiKe

Orang kata darah muda ni lain macam sikit, semua benda nak ikut kehendak dan kemahuan sendiri je. Masa muda-muda ni lah semua benda nak best-best je, smartphone paling latest, lifestyle yang gempak. Tapi, usahawan muda macam mereka ni tak macam tu…

Susah sebenarnya nak tengok orang muda ni masuk bidang perniagaan ni… Bukan apa, bisnes ni memang tak mudah dan setiap orang ada cabarannya sendiri. Apa yang penting, masing-masing ada matlamat tersendiri yang mereka nak capai.

Seperti anak muda yang lain, Cik Mehrun Najua juga ada impiannya sendiri. Beliau nak sambung belajar supaya ada sesuatu yang boleh dibanggakan Mak. Tapi, lain pula yang jadi… Rupa-rupanya, Maknya mengharapkan Mehrun untuk ambil alih tempatnya di Gerobok Budget.

Of course mula mula tu Mehrun memang tak nak, dia masih lagi tetap dengan hasrat untuk sambung belajar… Tapi, lepas datang ke program RichWorks je, dia terus rasa confident untuk bantu Maknya.

Mehrun sedar selama ni dia cuma nak buat Mak gembira, sebab tu dia tinggalkan impian untuk belajar demi tunaikan impian Mak. Dalam masa beberapa bulan je, dia dapat capai RM200,000 pada usia 19 tahun, beb…. Apa korang rasa bila Mehrun pun boleh buat sebanyak tu dalam masa sekejap je?

Bagi Tuan Ozir Zuri pula, dia merupakan seorang trainer dan consultant ejen melalui nama Krupers Global Resources. Masa jadi student lagi dia dah dedahkan diri dengan bidang bisnes, padahal orang lain masa belajar fikir nak have fun je…

Semuanya bermula dengan niat nak bantu dan balas jasa keluarganya je… Apa yang membimbangkan Ozir ialah, akaunnya pernah tinggal RM100 je sedangkan boleh buat RM40,000 sebulan. Itu yang buatkan Ozir buat keputusan untuk belajar lebih banyak tentang bisnes.

Sejak tu, Dr Azizan Osmanlah kebanggaan dan idola baginya. Dia bercita-cita nak bantu orang ramai sama macam Dr Azizan Osman buat dalam bantu ramai orang menjadi usahawan berjaya. Berkat usahanya sendiri, hasilnya meningkat hingga lebih RM400,000 untuk sepanjang 2019 ni je.

Tak kisahlah berniaga apa pun, yang penting boleh bantu keluarga dan orang ramai… Tuan Shazarul Ismail yang baru berusia 21 tahun buat RM1.09 juta, jual pop corn je weh! Dulu dia bantu bapa keluarganya di pasar dengan gaji RM900 Mana cukup zaman sekarang ni kalau banyak tu je…

Hanya sebabkan dia ternampak mesin pop corn Mak untuk makan sendiri je, dan sebabkan bau popcorn yang sedap tu juga jiran jiran mula bertanya. Sampailah jadi satu bisnes dan batu loncatan Zarul mulakan bisnes sendiri.

Amacam? Hebat kan mereka ni boleh buat bisnes di usia muda dengan mudah je… Mereka tak lahir dalam keluarga yang memang senang, semuanya mereka usahakan sendiri untuk diri sendiri dan orang sekeliling mereka.


Kalau anda kenal orang muda kat luar sana yang tak patut give up dalam berniaga, minta mereka PM sosial media Team RichWorks supaya kami boleh bantu mereka. Ataupun layari je www.NakUbahHidup.com

Siapa Kata Doktor Tak Boleh Jadi Macam Usahawan Lain? Yeke… Macam mana pula dengan Puan Kartikawati, Dr Jue dan Dr Reza yang masing masing dari bidang professional? Nak tahu kisah mereka? Nantikan posting yang seterusnya…

#TeamRichWorks
#NakUbahHidup
#ResultMatters
#TakNakUbahHidupLagiKe

Berapa ramai dari anda yang rasa hidup anda sekarang dah selesa, dah cukup ada semuanya dan dah lengkap? Berapa ramai yang rasa cukuplah dengan apa yang ada sekarang dan berapa ramai pula yang rasa masih banyak benda yang anda perlu capai dalam hidup tapi anda tak tahu nak bermula dari mana?

Sebahagian dari kita mungkin akan rasa, dah cukup lengkap hidup kita. Jika benar, syukurlah tapi cuba fikir what if kita boleh gandakan 10 kali ganda hidup kita dan dapat gunakannya bukan setakat untuk diri sendiri dan keluarga tapi juga untuk manfaat yang lebih besar kepada orang di sekeliling?

Dan sebahagian lagi mungkin berfikir mereka nak ubah hidup, tapi mereka tak tahu macam mana nak bermula, dan langsung tak boleh bayangkan macam mana tahap dan keadaan bila hidup dah makin meningkat, let say 10 kali ganda? Boleh bayangkan?

Perkara macam ni yang menyebabkan kami di RichWorks bersama Founder kami Dr Azizan Osman ingin membantu lebih ramai orang untuk Ubah Hidup dan capai lebih banyak kejayaan dalam hidup mereka sehingga melimpah manfaat yang dapat dikongsi kepada orang lain.

Syukur Alhamdulillah, malam tadi di Berita Utama TV3, temubual Dr Azizan Osman telah disiarkan di mana Dr Azizan Osman telah melancarkan Program Nak Ubah Hidup yang akan berlangsung dari 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC), Shah Alam.

Semenjak minggu lepas hampir 6000 tiket telah diisi…dan kami mensasarkan penyertaan sebanyak 15,000 untuk kali ini. Dan jika anda juga nak jadi dari sebahagian mereka yang mahu ubah hidup menjadi minima 10 kali ganda lebih baik, anda boleh daftarkan sekarang penyertaan anda di www.nakubahhidup.com di mana kami masih buka tawaran tajaan 2 tiket dengan setiap pembelian 1 tiket so anda boleh hadir bersama 2 lagi rakan bisnes anda, orang anda tersayang atau orang yang anda nak lihat mereka pun turut ubah hidup menjadi 10 kali lebih baik.

Jika anda pernah hadir ke Program IMKK, Program Nak Ubah Hidup BUKAN program IMKK tetapi 10 kali ganda lebih baik dari IMKK.

Salam 5 Ramadhan untuk anda semua. Semoga terus dirahmatiNya

#TeamRichWorks
#SalamKayadanBerjaya

Setiap hari kita bangun pagi, berat rasa nak bangkit tinggalkan katil. Otak terus terfikir, banyak benda yang nak kena settlekan hari ni. Nak tak nak, kita seret kaki. Pergi uruskan diri seadanya, start enjin dan redah trafik jam pagi-pagi.

Dan bila tengahari, kita pergi makan. Sembang dengan kawan-kawan, nak bayar makan pun berkira. Ambik lauk ikut agak-agak yang paling murah. Time dah masuk 3 minggu lepas gaji, mula lah tak makan. Biskut kering pun dah cukup lah…Duit yang ada hanya cukup-cukup je nak teruskan hidup sampai akhir bulan. Pening kepala nak fikirkan perbelanjaan ahli keluarga lagi….

Paling teruk bila terpaksa berhutang untuk teruskan hidup setiap bulan. Pinjam sana sini. Bila petang, kita redah trafic jam, dan roda hidup kita pun berputar sekali lagi. Setiap hari kita hadapi cabaran yang sama, masalah yang sama, tekanan hidup yang sama. Setiap hari kita ulang-ulang benda yang sama. Soalan kami nak tanya – sampai bila?

Bila fikirkan semua, ramai orang yang pernah hadapi situasi ni…dan ramai orang yang dah pernah berjaya keluar dari keadaan hidup yang sesak dan tertekan macam ni.

Dr Azizan Osman pun pernah lalui zaman sukar dalam hidup. Bisnes yang dia buat dulu banyak yang tak jadi, dia terjebak dalam masalah hutang sehingga terpaksa gadaikan rumah emak sendiri.

Kemudian, dia jumpa mentor yang beri nasihat untuk dia belajar bagaimana nak ada bisnes yang berjaya dan Dr Azizan Osman pun mula bekerja buat door to door sales sehingga satu masa dia dah berjaya..

Tapi masalah lain pula muncul.. bila asyik bekerja dan kejar sales hidup pun terabai, semua aspek utama dalam hidup pun huru hara.. dan masa tu lah, beliau mula terfikir untuk ubah diri dia..dan bila dah berjaya dia nak bantu lebih ramai orang untuk jadi insan yang lebih bermanfaat.

Semua orang sebenarnya boleh ubah hidup menjadi lebih baik. Masalahnya nak dengan tak nak je..Tapi sampai bila nak biarkan hidup dalam keadaan tertekan, teruk dengan pelbagai masalah..tertekan dengan masalah hutang, masalah kewangan, hati yang tak bahagia dan tenteram…? Takkan nak hidup macam tu selama-lamanya.

Kami di RichWorks nak membantu 15,000 peserta yang bakal hadir ke Program Nak Ubah Hidup yang baru dilancarkan secara rasminya hari Sabtu lepas di mana program ini bakal membantu anda 10 kali gandakan semua aspek dalam kehidupan termasuk kewangan, kebahagiaan, kekayaan, dan banyak lagi..jika anda komited untuk hadir selama 3 hari dari 30 Ogos ke 1 September di Setia City Convention Center (SCCC) Shah Alam dan komited buat tindakan berdasarkan ilmu yang anda perolehi..InsyaAllah, anda mampu ubah hidup anda.

Ramai orang NAK UBAH HIDUP, tapi mereka tak tahu macam mana nak design perjalanan hidup mereka untuk capai kejayaan..semuanya akan anda dapat jawapannya di Program Nak Ubah Hidup.,

Dah lebih 2000 orang mendaftar dalam tempoh tak sampai 48jam! Pastikan anda tak terlepas untuk hadir..kalau anda nak ubah hidup anda, dan taknak berada di tahap yang sama untuk tahun-tahun akan datang.

#TeamRichWorks

Berapa ramai dari anda yang selalu review balik pencapaian anda setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun?

Kalau nak tahu, ini sebenarnya perkara yang orang berjaya dalam bisnes dan hidup selalu buat.  Mereka selalu cek balik, apa pencapaian mereka setakat ini dan adakah ianya semakin membawa mereka ke pencapaian yang lebih besar.

Inilah rahsia yang orang lain yang dah berjaya, tak nak kongsikan dengan anda. Sikap mereka yang selalu REVIEW apa pencapaian mereka menjadikan mereka selalu ‘on track’ untuk capai kejayaan yang lebih besar.

Kalau anda tak perasan, sekarang dah masuk bulan April? Nak cek dengan anda 5 perkara ini, duduk dan fikirkan sekejap.

  1. Bagaimana tahap peningkatan kerjaya atau bisnes anda sehingga hari ini? Adakah lebih baik dari tahun lepas?
  2. Bercakap tentang tahap bisnes, adakah anda dah capai jumlah sales yang anda mahu capai?
  3. Bagaimana persediaan anda untuk capai tahap kewangan dan bisnes dalam keadaan ekonomi yang mencabar? Apa senarai persediaan yang dah dibuat?
  4. Adakah bisnes anda ‘on track’ dan di atas landasan yang betul untuk anda capai apa yang anda nak capai sepanjang 2019?
  5. Adakah anda sudah capai beberapa perkara yang anda mahu lakukan untuk membahagiakan keluarga, orang tersayang dan diri anda sendiri?

Apa pun jawapannya, anda sendiri yang boleh nilaikan prestasi anda. Tapi kami nak tawarkan peluang untuk anda tonton sesi Live dari Dr Azizan Osman –   Bagaimana Nak Ubah Tahap Kewangan & Bisnes Di Dalam Keadaan Ekonomi Yang Mencabar? Review Quarter 1 2019.

Siapa yang nak join dan dibimbing secara percuma, anda boleh sertai Facebook Group Nak Ubah Hidup dengan klik www.nakubahhidup.com atau PM kami DISINI dan pastikan anda bersedia untuk tonton sesi live malam ini, pukul 9.00 malam di Facebook Group Eksklusif – Nak Ubah Hidup.

Nak berjaya, tak seronok seorang-seorang je, jangan lupa ajak juga rakan-rakan, team agen stokit anda dan ahli keluarga yang nak berjaya dalam bisnes untuk join Facebook Group- Nak Ubah Hidup dan tonton bersama-sama malam ini.

Salam Kejayaan
#Team RichWorks