Apa makna IMKK bagi anda? Mungkin bagi sebahagian dari anda, ini adalah kali pertama anda mendengar tentang IMKK. Mungkin bagi sebahagian lain, program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan atau lebih dikenali IMKK ini pernah menyelamatkan anda malah ada yang menganggap IMKK adalah penyebab kehidupan mereka berubah dan menjadi lebih berjaya.

Setiap yang bermula pasti akan ada akhirnya. Setelah kami buka pendaftaran ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) November 2018 semenjak bulan Mei lalu, akhirnya sudah sampai masa kami terpaksa tutup pendaftaran memandangkan dewan telah penuh.

Selari dengan matlamat Richworks untuk pergi lebih jauh, kemudian kami telah ambil keputusan untuk menjadikan Program IMKK kali ini yang terakhir kerana kami ada perancangan lebih besar yang akan kami jalankan di masa hadapan.

Pada awalnya kami hanya sasarkan untuk menerima seramai 8,000 ribu peserta sahaja tetapi semakin hari semakin banyak pendaftaran yang kami terima dan memandangkan ini IMKK Terakhir, jadi kami ambil keputusan untuk tambahkan jumlah penyertaan.

Semenjak kami umumkan ini bakal menjadi IMKK Terakhir, telefon di Bahagian Khidmat Pelanggan kami tidak henti berdering dan menerima banyak panggilan. Manakala Team Sosial Media kami pula turut menerima banyak rayuan untuk membuka lagi pendaftaran dan ada yang merayu supaya jangan ditamatkan IMKK. Betul! Ini IMKK terakhir dan ini bukan main-main atau gimik.

Tahukah anda, IMKK ini bakal menjadi satu catatan sejarah kerana ianya pasti akan jadi yang paling berbeza kerana banyak perancangan telah kami buat untuk para peserta. Ianya juga bakal menjadi IMKK Terakhir setelah diadakan secara rasminya semenjak 2010, ianya juga telah memecahkan rekod pendaftaran terbanyak sebelum ini yang dulunya pernah mencecah 9,000 peserta sahaja.

Dan kami yakin, IMKK kali ini juga bakal menjadi satu ingatan terbaik kepada semua peserta. Ia juga bagaikan sesi reunion di kalangan #AnakDidikDrAzizan dan para peserta yang pernah hadir ke Program Richworks terutamanya IMKK sebelum-sebelum ini di mana ramai antara mereka telah berjaya ubah hidup, tingkatkan tahap kehidupan dan kewangan setelah memulakan langkah kejayaan pertama di IMKK.

Dari IMKK jugalah lahirnya beberapa jenama besar seperti Nurraysa Beauty, Bantal Hotel DAG, Mood Republik, DeXandra Perfume, Restoran Temerloh Ikan Patin, Roket Emel, Sifu FBAds, Kings Char Kuey Tiaw, Charms Foundation, dan banyak lagi jenama yang pada mulanya kecil tapi kini berkembang menjadi besar dan berjaya.

Kebanyakan mereka hadir ke IMKK tanpa ada apa-apa ilmu, tanpa cita-cita untuk mulakan bisnes dan ada juga yang datang dengan pelbagai masalah hidup. Tapi Alhamdulillah dengan adanya Mentor, Ilmu, Sistem Tindakan dan Impian mereka berjaya memperbaiki tahap kehidupan.

IMKK juga tempat di mana ramai selebriti tempatan hadir untuk mencari ilmu seperti Rozita Che Wan, Zain Saidin, Fynn Jamal, Erra Fazira, Datin Ziela Jalil, Norman Hakim, Memey, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Yatt Hamzah, Azza Elite, Amy Search, Shajiry, Nad Zainal, Heliza Helmi, Cat Farish, Dato Seri Vida, Lan Pet Pet, Ayu Raudhah dan ramai lagi yang telah datang bersama untuk belajar dan memeriahkan lagi program IMKK.

Kami ingin mengalu-alukan kedatangan 11,000 ribu peserta yang telah mendaftar untuk hadir ke Program IMKK Terakhir yang akan diadakan pada 2-4 November 2018. Tahniah! Kepada anda yang serius mahu ubah diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan. Buktikannya dengan komitmen anda untuk hadir dan fokus sepanjang 3 hari di IMKK Terakhir ini.

Untuk yang terlepas peluang terakhir ini, anda boleh Follow dan Likes Facebook Azizan Osman untuk dapatkan maklumat program lain dari kami atau sertai Facebook Group Khas Nak Ubah Hidup untuk anda dapatkan ilmu dan perkongsian menarik dari kami. Klik link berikut >> bit.ly/nuh-fbgroup

Terima kasih atas sokongan anda. Kami akan terus wujud dan semakin teguh untuk membantu lebih ramai anak bangsa membina tahap kewangan dan kehidupan yang lebih baik.