“Bisnes kecil-kecilan je, saya pun tiada kemahiran dalam bab pengurusan kewangan terutama yang melibatkan perakaunan ni.. apa yang saya perlu buat? Kalau saya tak uruskan kewangan dengan betul, mesti ada kesan buruk pada perniagaan saya nanti.”

Ini antara soalan yang biasanya akan ditanyakan pada kami terutamanya usahawan-usahawan kecil dan yang baru mulakan perniagaan. Jawapan yang kami beri mudah saja, setiap usahawan perlu dan harus menguruskan kewangan perniagaan dan syarikat mereka.

Persoalannya bagaimana? Saya mana ada background tentang akaun. Adakah semua jenis perniagaan kena buat pengurusan kewangan ni? Kalau dah nama kita menjalankan perniagaan, tak kira apa jenis perniagaan yang dijalankan kena ada pengurusan kewangan yang betul. Tujuan kita menjalankan perniagaan dah tentu sebab nak ada duit, isunya bagaimana kita nak ada duit kalau kita tidak uruskan kewangan dengan baik.

Ada 7 petua pengurusan kewangan untuk bisnes kecil yang kami ingin kongsikan dan caranya amat mudah. Apakah petua tersebut? Jom baca..

  1. Buka satu akaun bank untuk syarikat
  • Walaupun kita berniaga secara kecil-kecilan kita wajib mengasingkan duit peribadi daripada duit perniagaan dengan cara membuka akaun bank untuk perniagaan dan mengasingkan wang peribadi anda daripadanya.
  1. Rekod setiap transaksi dan simpan setiap dokumen dengan baik
  • Semua rekod transaksi hendaklah direkod walaupun hanya dalam excel. Penyata bulanan bank adalah dokumen terpenting dalam perniagaan kita. Dengan penyata inilah kita boleh melihat tahap “kesihatan” perniagaan kita. Untuk yang nak memohon kemudahan kewangan sama ada daripada bank atau mana-mana agensi, penyata bank adalah dokumen yang paling penting yang akan disemak untuk menentukan samada kita layak atau tidak.
  1. Kos Belian (purchase cost)
  • Kos belian adalah kos yang kita gunakan untuk membeli barang-barang yang kita akan jual atau nama lain nya stock/inventory. Rekod kesemua kos tersebut dengan lengkap contohnya seperti tarikh, item, kuantiti, harga, nama penjual/supplier. Pastikan kita menyimpan resit bagi semua transaksi yang kita buat.
  1. Kos Jualan (sales)
  • Rekod setiap transaksi jualan kita, sama juga seperti belian. Untuk setiap jualan, kita perlu rekod maklumat berikut seperti tarikh, item, kuantiti, harga, diskaun (jika ada), nama pembeli. Pastikan setiap transaksi direkod dengan menyimpan resit atau slip pembayaran. Pastikan duit yang diterima daripada jualan dimasukkan ke dalam bank sekerap yang boleh. Sebaik-baiknya minta pembeli bank-in terus bayaran ke dalam akaun kita.
  1. Kos-kos lain (Expenses)
  • Expenses ialah segala kos yang ditanggung dalam perniagaan selain daripada kos membeli bahan yang berkaitan dengan perniagaan kita (direct cost). Ini termasuklah pengangkutan, postage, printing, bil elektrik/air/telefon, sewa pejabat, gaji pekerja, marketing, packaging, dan sebagainya. Guna cek untuk membayar bil, gaji pekerja dan supplier supaya transaksi ini boleh kita trace semula jika berlaku kehilangan resit melalui bank statement.
  1. Ambilan dan Modal
  • Ambilan dan Modal adalah pertukaran barang jualan dengan akaun peribadi. Contohnya, jika kita ingin mengambil satu produk yang kita jual ini dikira sebagai ambilan. Begitu juga jika kita mengambil wang daripada akaun perniagaan untuk digunakan secara peribadi. Ini juga wajib direkod. Modal pula adalah menggunakan wang peribadi untuk kegunaan perniagaan. Ini juga wajib direkod supaya kita tahu berapa banyak modal yang telah kita keluarkan untuk perniagaan kita.
  1. Petty cash
  • Petty cash adalah tunai yang kita siapkan untuk pembayaran kepada hal-hal yang emergency contohnya seperti repair atau maintenance dari kontraktor yang kecil-kecil. Tapi sebolehnya kurangkan simpan duit dalam bentuk petty cash melainkan untuk beberapa expenses yang tertentu sahaja. Menyimpan petty cash yang banyak boleh meningkatkan nafsu kita untuk mengambil duit tersebut untuk kegunaan peribadi.

Ingat kita seharusnya membiasakan diri menyimpan rekod perniagaan yang lengkap walaupun perniagaan kita masih kecil. Dengan menyimpan rekod perniagaan secara konsisten, kita dapat mengkaji untung rugi perniagaan dan memudahkan kita mengembangkan perniagaan di masa hadapan.

Anda tidak perlu menjadi seorang akauntan bertauliah untuk lakukan semua perkara ini, cukup sekadar anda belajar, faham dan patuh pada undang-undang yang ditetapkan. Ilmu pengurusan kewangan juga antara yang kami ajar di dalam Classroom by Richworks. Layari www.nakurusnbisnes.com untuk maklumat lanjut.