Zaman sekarang ni, mana-mana je boleh nampak produk kecantikan dan kesihatan yang makin femes kan? Tapi kan..kalau dah banyak sangat produk macam ni ada dalam pasaran, 3 usahawan ni boleh je? Baca kisah mereka sekarang..

3-usahawan-founder-produk-kecantikan

Kisah pertama ni akan buatkan korang fikir bukan wanita je boleh jual produk kecantikan dan kesihatan..Nak tahu siapa? Inilah Tuan Muhammad Bin Mohd Ridzuan, pemilik kepada produk jenama Aydeer.

Tuan Muhammad ni pernah bertugas sebagai seorang Eksekutif di sebuah syarikat perladangan, kini mula ambil alih bisnes keluarga..Betul, memang ni bisnes keluarga tapi tak mudah bila tak ada ilmu yang betul. Walaupun Tuan Muhammad mula berniaga sejak 15 tahun..

Sebelum ni, bisnesnya hanya setakat bisnes. Hajat hatinya nak membahagiakan ibu tinggal setakat hajat sahaja, tak mampu nak capai sangat bila jualan hanya setakat RM40,000 sebulan je..Itupun ada naik dan turunnya juga.

Muhammad dipermudahkan jalan lepas dah hadir ke program RichWorks dan konsisten untuk belajar, banyak peningkatan berlaku dalam bisnesnya sendiri..Jualan setakat bulan 6 ni je dah capai RM1.4 juta! Baek, kan?

Kisah kedua ni pula tentang pengusaha kecantikan dan kesihatan..pun lelaki juga! Dia ni lah pengarah urusan Deina Global Sdn Bhd yang keluarkan produk Diena Slimax Juice – Tuan Che Eddie Asuan..

Pada usia 25 tahun je Tuan Eddie dah sanggup buat apa sahaja untuk ubah kehidupan dan tingkatkan tahap kewangan keluarga. Masa zaman belajar lagi sebenarnya dia dah terpengaruh dalam bidang perniagaan ni, walaupun jual powerbank dan monopod je..

Bila dia jejakkan kaki pertama kali ke program RichWorks, dari situlah dia makin semangat nak bantu keluarganya. Sejak tu jugalah wujudnya produk keluarannya sendiri tapi sebenarnya tak bersedia pun..

Dari situ Tuan Eddie belajar sesuatu yang rupa-rupanya, walaupun dah ada jenama sendiri bukannya setakat upgrade ilmu je..tapi kena upgrade cara berfikir dan cara bertindak juga.

Lepas tu Tuan Eddie kembali hadir ke Program Richworks dengan hala tuju yang baru..Sehingga kini, Tuan Eddie dah buktikan dengan Deina Global bukan setakat bantu pengguna tapi juga beratus ejen dan stokisnya…

Tak kisahlah jual produk apa, tapi mesti ada usaha dan hasil untuk bagi manfaat pada ramai orang juga kan…Sekarang ni nak beralih pada kisah terakhir pula, korang dah ready nak baca? Jom, baca!

Kisah ketiga ni pula tentang wanita yang dikira legend juga dalam industri ni..Bukan apa, dah founder Beautyspells ni pun dah cantik dan manis! Kali ni kisah tentang Puan Norsidayati Mustari atau lebih senang dengan panggilan Bell.

Puan Bell ni dah pernah cuba banyak kerja cuma berniaga je belum..“Bukan apa, berniaga kena keluarkan modal besar. Nak berniaga apa je? Siapa yang datang beli?” Ini lah antara persoalan-persolan yang menghantui Puan Bell bila cakap pasal berniaga..

Walaupun dia takut untuk berniaga, tapi itu juga yang dipilihnya..bermula dengan mencari kilang, modal yang besar tapi semua tu macam langgar dinding je katakan…

Puan Bell ada juga cuba ikut atau ‘tiru’ macam produk tempatan lain buat, tapi hasil dia tak sama pun..Paling paling pun dalam sebulan jualan boleh dapat dalam RM5000 hingga RM10,000 je..Paling tinggi pun RM15,000.

Dari situ dia mulakan langkah ke program RichWorks..Puan Bell ingatkan Dr Azizan Osman hanya mengajar ilmu bisnes je, tapi sebenarnya mengajar tentang kehidupan yang berjaya membuka mata Puan Bell..

Bayangkanlah dari seorang suri rumah yang berniaga dari meja makan dapur rumah dengan sales sebulan paling tinggi RM10 ribu dan RM15 ribu je sekarang untuk setakat bulan Jun ni, Beautyspells capai RM1.9 juta

Bukan masalah tak boleh buat atau salah produk untuk buat bisnes sendiri tapi kemahuan dari diri sendiri. Kalau nak, mestilah kena buat juga kan? Macam mereka bertiga ni, masing-masing ada sebab tersendiri…

Amacam? Berapa ramai antara anda yang ada produk kecantikan dan kesihatan yang nak dibantu macam Tuan Muhammad, Tuan Eddie dan Puan Bell ni? Kalau nak, komenkan ‘saya nak juga’ di bawah atau layari www.NakUbahHidup.com

Come on beb, nak tunggu bila lagi nak ubah hidup? Sekaranglah masanya, jangan rugikan diri sendiri tak dapatkan tawaran pecah dewan..Bagitahu rakan anda yang lain juga okay?

#TeamRichWorks
#NakUbahHidup
#ResultMatters
#TakNakUbahHidupLagiKe

Orang kata darah muda ni lain macam sikit, semua benda nak ikut kehendak dan kemahuan sendiri je. Masa muda-muda ni lah semua benda nak best-best je, smartphone paling latest, lifestyle yang gempak. Tapi, usahawan muda macam mereka ni tak macam tu…

Susah sebenarnya nak tengok orang muda ni masuk bidang perniagaan ni… Bukan apa, bisnes ni memang tak mudah dan setiap orang ada cabarannya sendiri. Apa yang penting, masing-masing ada matlamat tersendiri yang mereka nak capai.

Seperti anak muda yang lain, Cik Mehrun Najua juga ada impiannya sendiri. Beliau nak sambung belajar supaya ada sesuatu yang boleh dibanggakan Mak. Tapi, lain pula yang jadi… Rupa-rupanya, Maknya mengharapkan Mehrun untuk ambil alih tempatnya di Gerobok Budget.

Of course mula mula tu Mehrun memang tak nak, dia masih lagi tetap dengan hasrat untuk sambung belajar… Tapi, lepas datang ke program RichWorks je, dia terus rasa confident untuk bantu Maknya.

Mehrun sedar selama ni dia cuma nak buat Mak gembira, sebab tu dia tinggalkan impian untuk belajar demi tunaikan impian Mak. Dalam masa beberapa bulan je, dia dapat capai RM200,000 pada usia 19 tahun, beb…. Apa korang rasa bila Mehrun pun boleh buat sebanyak tu dalam masa sekejap je?

Bagi Tuan Ozir Zuri pula, dia merupakan seorang trainer dan consultant ejen melalui nama Krupers Global Resources. Masa jadi student lagi dia dah dedahkan diri dengan bidang bisnes, padahal orang lain masa belajar fikir nak have fun je…

Semuanya bermula dengan niat nak bantu dan balas jasa keluarganya je… Apa yang membimbangkan Ozir ialah, akaunnya pernah tinggal RM100 je sedangkan boleh buat RM40,000 sebulan. Itu yang buatkan Ozir buat keputusan untuk belajar lebih banyak tentang bisnes.

Sejak tu, Dr Azizan Osmanlah kebanggaan dan idola baginya. Dia bercita-cita nak bantu orang ramai sama macam Dr Azizan Osman buat dalam bantu ramai orang menjadi usahawan berjaya. Berkat usahanya sendiri, hasilnya meningkat hingga lebih RM400,000 untuk sepanjang 2019 ni je.

Tak kisahlah berniaga apa pun, yang penting boleh bantu keluarga dan orang ramai… Tuan Shazarul Ismail yang baru berusia 21 tahun buat RM1.09 juta, jual pop corn je weh! Dulu dia bantu bapa keluarganya di pasar dengan gaji RM900 Mana cukup zaman sekarang ni kalau banyak tu je…

Hanya sebabkan dia ternampak mesin pop corn Mak untuk makan sendiri je, dan sebabkan bau popcorn yang sedap tu juga jiran jiran mula bertanya. Sampailah jadi satu bisnes dan batu loncatan Zarul mulakan bisnes sendiri.

Amacam? Hebat kan mereka ni boleh buat bisnes di usia muda dengan mudah je… Mereka tak lahir dalam keluarga yang memang senang, semuanya mereka usahakan sendiri untuk diri sendiri dan orang sekeliling mereka.


Kalau anda kenal orang muda kat luar sana yang tak patut give up dalam berniaga, minta mereka PM sosial media Team RichWorks supaya kami boleh bantu mereka. Ataupun layari je www.NakUbahHidup.com

Siapa Kata Doktor Tak Boleh Jadi Macam Usahawan Lain? Yeke… Macam mana pula dengan Puan Kartikawati, Dr Jue dan Dr Reza yang masing masing dari bidang professional? Nak tahu kisah mereka? Nantikan posting yang seterusnya…

#TeamRichWorks
#NakUbahHidup
#ResultMatters
#TakNakUbahHidupLagiKe