Ads

Tahniah dan terima kasih atas komitmen anda sepanjang satu hari di Live Seminar Bina Bisnes Berjaya 2020, Rabu.

Dalam masa sehari, terlalu banyak strategi dan tips yang dikongsikan MenThor Dr Azizan Osman kepada usahawan yang hadir demi membantu mereka bina bisnes lebih berjaya di tahun 2020.

Kata MenThor, apa yang kita buat dalam bisnes mestilah sustainable dan scalable. Marketing? Hanya sebahagian kecil tapi penting untuk kita belajar. Sebab walaupun marketing power, bisnes boleh musnah kalau tak pandai nak manage.

Untuk capai perubahan pada masa akan datang anda kena tahu apa yang berlaku sekarang ini.

Di seminar semalam,Dr Azizan Osman sharekan perjalanan beberapa #AnakDidikDrAzizan yang terdiri dari Titanium dan Spire iaitu yang mendapat sesi mentoring khas dari Dr Azizan Osman atau dari Team RichWorks.

Sebagai contoh sharing dari Spire Puan Hellymazuin dari Johor yang menjual songket tenun. Dulu dia berniaga pada tahun 2015 sales hanya berjumlah RM700,000 setahun tapi setelah konsisten berguru sekarang sales dah mencecah RM2 juta.

Dulu, susah sangat dia nak buat sales sebab dia tak tau dengan jelas target audience dan dia tak tau marketing channel yang betul yang sesuai dengan target audiencenya.

Berbeza pula dengan Titanium, pemilik Sugarsista Sdn Bhd yang juga adik-beradik Puan Nurrussiila dan Puan Yusmaniza Zulkifli.  

Coaching yang dikatakan 1 jam selesai dalam 17 minit sahaja dan nasihat MenThor sangat simple. Sehinggakan mereka rasa “Itu je?” 

Tapi dalam ragu-ragu dan tak percaya mereka tetap buat dan ikutkan saja apa yang disarankan MenThor.

Hasilnya, sales mereka yang stuck pada RM1.2 juta meningkat kepada RM4 juta dalam masa setahun. 

Ada ramai lagi masalah usahawan dari pelbagai industri telah dibantu dan dibimbing oleh MenThor. Dan hasilnya, bisnes yang biasa-biasa boleh jadi luar biasa, dari zero hingga juta-juta. 

Kata-kata akhir Dr Azizan Osman, “Jangan Pulang Tanpa Saya”

Salam Kejayaan.

Ads

One comment

  • Fazura Abu
    Fazura Abu
    Reply

    nk join thn 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>