
Jika ramai orang lain yang dah berjaya dalam bisnes boleh pilih untuk nikmati kehidupan sendiri dan nikmati kejayaan yang ada, dia pilih untuk berkongsi ilmu dan pengalaman demi untuk pastikan lebih ramai anak bangsa berjaya dalam bisnes seterusnya dapat tingkatkan tahap kewangan dan kehidupan.
Jika ramai orang lain pilih untuk bina kejayaan sendiri-sendiri, dia pilih untuk bina kejayaan seramainya anak bangsa demi melahirkan usahawan yang dapat membantu lebih ramai orang.
Jika ramai orang lain pilih untuk belajar demi nak nak pandai sendiri-sendiri, dia pilih untuk tak putus-putus belajar supaya beliau dapat kongsikan ilmunya dengan orang lain dan usahawan di luar sana.
Dr Azizan Osman, satu nama yang bukan setakat berpengalaman membina bisnes sendiri dari kosong, dari tak ada apa-apa hingga berjaya juga berpengalaman membantu ramai usahawan di luar sana membina bisnes mereka dari kosong hingga mencapai jualan jutaan ringgit sebulan. Antara contoh jenama yang terhasil dari bimbingan beliau ialah Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Najib Asaddok, Rempah Mak Siti, Arwana Perhentian Resort, Jamumall. Com, Faith Fleur, King’s Char Kuey Tiaw, Sabella, Hasnuri, dan ramai lagi dari pelbagai jenis industri.

Kesungguhan beliau untuk sentiasa menuntut ilmu sehingga peringkat tertinggi dan dari pakar-pakar di luar negara supaya sentiasa lebih ke hadapan, lebih terkini dan supaya dapat dibawa pulang dan dikongsikan dengan para peserta program RichWorks adalah sesuatu yang menuntut kesabaran, komitmen dan pengorbanan yang bukan sedikit.
Tapi, setiap perjalanan menuntut ilmu yang beliau lalui disertakan dengan niat yang tulus ikhlas, demi nak melihat lebih ramai anak bangsanya berjaya dalam bisnes. Tiada apa yang lebih memuaskan hati beliau selain dari melihat peningkatan hidup anak didiknya, yang asalnya hidup penuh masalah, perniagaan yang dah nak melingkup tetapi akhirnya berkat kesungguhan dan dengan izin Allah, bisnes masing-masing berjaya keluar dari keadaan yang teruk sehingga mampu mencipta jenama, nama dan jumlah sales mencecah jutaan ringgit sebulan.
Semuanya dilakukan demi nak menjadikan RichWorks satu tempat untuk bantu melahirkan sangat ramai usahawan jutawan di Malaysia, demi nak memberikan jalan keluar kepada anak bangsa untuk ubah hidup menjadi jauh lebih baik dari segi peningkatan tahap kewangan dan keluar dari kemiskinan melalui perniagaan yang berjaya.

TAHNIAH! Dr Azizan Osman atas kejayaan menerima Master of Science (MSc) in Marketing dari University of Salford, Manchester. Kami di RichWorks sangat terinspirasi dan kagum serta menghargai kegigihan Dr Azizan Osman, segala pengorbanan dan kesungguhan yang Dr Azizan curahkan.
“Never stop upgrading yourself & never stop learning! The more you learn, the more you grow! The more you learn, the more you earn!” – Dr Azizan Osman
Semoga kejayaan Dr Azizan Osman ini menjadi penyuntik semangat kepada anda untuk upgrade ilmu anda dan seterusnya perbaiki dan tingkatkan kejayaan dan pencapaian dalam hidup.

Salam Kejayaan
Team RichWorks
DAO terbaik…..