
Ruginya buat bisnes tapi anda tak tahu cara yang betul nak jaga dan urus duit bisnes anda. Buang masa hari-hari penat buat sales, jual produk, offer servis tapi end up tak nampak pun untung.
Nak urus dan kawal Cashflow tak penting pun untuk anda jadi akauntan atau pandai dalam matematik sangat. Apa yang paling penting adalah melibatkan EMOSI. Kelemahan ramai orang adalah nak kawal emosi dari terlebih berbelanja. Nampak je duit bisnes ada banyak, macam-macam nak dibeli dan dibelanjakan.
Ini antara isu usahawan ataupun founder yang hadir di Entrepreneur Foundation Program (EFP) pada 31 Januari – 2 Februari 2020. Speaker, Tuan Haji Nasrul Hadi turut kongsikan topik Pengurusan Aliran Tunai Perniagaan (Cashflow) serta 9 topik penting lain dalam EFP yang dipelajari oleh peserta yang hadir. Antaranya Penubuhan Entiti Perniagaan, Cashflow, Kos dan Harga, Percukaian, dan beberapa topik lagi.
Bukan itu sahaja, kehadiran usahawan-usahawan ini juga membuka mata mereka apabila Tuan Haji Nasrul turut menerangkan berkenaan tentang perintah gaji minimum baru yang dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran yang sudah diwartakan dan akan berkuat kuasa 1 Februari ini.
Inilah pentingnya majikan, founder, bisnes owner untuk datang kelas dan belajar supaya tak terlepas banyak info terbaru melibatkan pengurusan bisnes anda. Undang-undang juga boleh berubah, jadi penting kena upgrade ilmu.
Jumlah bisnes yang gagal memang tinggi. Lagi-lagi bisnes yang baru nak up. Kebanyakan bisnes ini akan lingkup tanpa sedar sebab terlalu kejarkan sales sampaikan anda sendiri terlebih spend melebihi bajet anda! Mula lah pening kepala, sampai tak balik modal. Ada juga bisnes yang nak rolling duit pun tak cukup sampaikan terpaksa meminjam rakan, Ah Long untuk cover kos tu. tapi sampai bila nak bina bisnes macam ni je kan? Penat!
Inilah kesalahan yang ramai usahawan di luar sana tak tahu. Main langgar jer nak bina bisnes. Bangga kononnya sales mereka banyak dari orang lain tapi tak sedar yang kos mereka pun sama banyak dengan sales. Akhirnya memang terkubur layu je bisnes anda.
Anda yang terlepas peluang nak hadir ke EFP kali ini, boleh klik https://nakurusbisnes.com/ untuk team kami bantu anda tentang EFP yang akan dianjurkan selepas ini. Jangan biarakan bisnes anda lingkup sebelum anda capai RM1 juta pertama anda!
#TeamRichWorks
#EntrepreneurFoundationProgram
#EFPJan2020
#PanduanAsasUntukSemuaUsahawan