Ads

Siapa sangka bisnes kecil-kecilan mampu jana jutaan ringgit? Mesti ramai daripada kita teringin nak miliki pendapatan lumayan setiap bulan. Bukan setakat seribu dua jer, mestilah nak ratusan ribu. Kalau dapat jutaan tu memang lagi WIN! Tapi, jangan jadi angan-angan Mat Jenin je, kalau tak usaha macam mana duit tu nak datang kan? Nak tunggu jatuh dari langit?

Kalau anda nak tahu, zaman sekarang semakin maju, dengan adanya telefon bimbit dan internet yang laju, anda dah boleh berniaga. Hanya di hujung jari sahaja. Banyak platform yang tersedia antaranya Facebook, Instagram, Shopee dan sebagainya. Antara nak dengan tak nak je. Macam Dr Azizan cakap, kalau setakat cakap, tanpa tindakan, memang tak kemana lah anda! Dari sini lah anda perlu grab peluang keemasan ni.

Anda patut contohi kisah salah seorang ahli Titanium, Puan Balkis Mohd Soib, pemilik Pekasam Daging Hakak Maneh dari Bagan Serai, Perak yang dahulunya hanya seorang kerani sekolah biasa berjaya capai RM1 juta ringgit dengan hanya menjual pekasam daging secara part time je. Fuhh, macam tak percaya kan?

Kami kongsikan cerita kejayaan ini kepada anda ketika berlangsungnya Sesi One-On-One Zoom Coaching bermula pada 21 Oktober 2019 dan dijangkakan berakhir pada 18 November 2019. Lebih dari 100 orang ahli Titanium terlibat dan Puan Balkis adalah salah seorang ahli Titanium yang membuatkan Dr Azizan Osman sendiri bangga dengan apa yang dia lakukan.

Semua ini bermula selepas dia menghadiri Millionaire Marketing Mastery daripada Dr Azizan Osman sejak awal 2018. Cerita ini digarap terus daripada penulisan Dr Azizan Osman sendiri.

“Abang agak terperanjat semalam! Kerani sekolah mampu buat ratusan ribu ringgit sebulan berniaga Pekasam Daging secara part-time! Kau?

Seorang Titan baru ini nama dia Balkis, dia capai jualan ratusan ribu tahun lepas dan tahun ini selepas hadir MMM (Millionaire Marketing Mastery) dan sampai sekarang dia masih bekerja sebagai kerani sekolah.

Dia sangat stress sehingga sakit sebab pagi hingga petang kerja kerani sekolah then lepas kerja nak kena uruskan bisnes pekasam daging dia lagi.

Abang tanya, kenapa tak berhenti? Dia cakap, guru besar tak bagi berhenti! Huh??

Kenapa? Dia cakap sebab Guru Besar takut tak ada kerani lain ganti kerja dia. Abang tergelak besar! Then Abang tanya, kenapa dia mulakan bisnes dan kenapa dia berniaga pekasam daging ini?

Dia cakap dia nak mulakan bisnes 2 tahun lepas selepas suami dia, seorang pemandu lori asyik kemalangan kerana tertidur ketika memandu lori sehingga patah patah tulang semua. Dia sangat sedih dan dia nak ubah hidup dia serta dia nak suami dia ada pendapatan lain tidak perlu memandu lori lagi!

Abang terkesima dengar betapa besarnya jiwa dan kasih sayang dia kepada suami dia. Jarang Abang dengar luahan jujur macam ni.”

Menurut perkongsian Puan Balkis bersama Dr Azizan, dia mengakui tidak pernah ada sejarah berniaga sebelum ini tapi suka tengok pengisian video Dr Azizan dan tekad untuk mula berniaga berbekalkan ilmu yang ditontonnya.

Hebat Puan Balqis ni. Tak ramai yang tekad nak ubah hidup macam ni.

Dia kata dalam video tu cakap, kalau nak bisnes, mulakan dengan “Apa yang ada di tangan”….

Dan ketika dia tonton video tu, apa yang ada di tangan dia adalah pekasam daging yang dia tengah makan. Kebetulan, dia tahu buat pekasam daging. Jadi dia pun buat beberapa pek untuk cuba-cuba nak tanya ada tak kawan-kawan yang nak beli.

Hanya menonton video-video percuma dari Dr Azizan Osman, Puan Balqis berjaya meraih pendapatan lumyan dari bisnes pekasamnya.

Tak sangka daripada hanya nak cuba-cuba, 50 pek pekasam daging pertama habis terjual. Sejak itu, bermulalah perjalanan Puan Balqis sebagai usahawan part time yang tak pernah muak belajar berniaga melalui video-video percuma Dr. Azizan.

Long story short, dia buat 50 pek dan bukan sahaja habis dijual tapi tidak cukup. Dan bermulalah dia membuat dan menjual pekasam daging sambil belajar melalui video-video percuma Abang sebelum dia buat keputusan hadir ke kelas-kelas Abang dan dia sebut, MMM membantu berikan dia ilmu dan strategi melonjakkan jualan sampai cecah RM80,000 sebulan.

Abang suka dengan kisah kejayaan begini. Ramai anak didik Abang yang Abang kenal berjaya adalah begini kisah dia… Tonton video free Abang then buat tindakan then dapat result then hadir belajar then dapat lagi result then now Balkis adalah Titan. Nak jadi Titan ini bukan semua orang layak. Kena memohon, sales kena tinggi hampir RM100K sebulan konsisten dan komited nak dibimbing secara dekat. Dan dia buat keputusan untuk memohon menjadi Titan kerana dia cakap, kalau dia tonton video free pun dan kemudian hadir kelas pun dah ada kesan kepada bisnes dia, what if dia dibimbing secara dekat?

Tapi Abang percaya, mereka ini berjaya dari kosong sampai jutawan atas izinNya kerana mereka nak ubah dan bertindak komited ubah. Bukan hanya nak, cakap sahaja atau sekadar kentut macam ramai orang lain yang hidup mereka masih sama.

Faham?

#DrAzizanOsman
#NakUbahHidup2020
#ResultMatters

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>