Ads

Nekad nak ubah hidup menjadi lebih baik menyebabkan mereka tukar kerjaya menjadi peniaga baju kurung – Tapi boleh hidup ke?

Berapa ramai dari kita yang berselindung di sebalik perniagaan yang ala kadar, dan rasa macam hidup dah sempurna tapi hakikatnya, masih banyak masalah kewangan dan hidup terbeban dengan hutang?

Ramai orang masih fikir, berjawatan tinggi dengan pendidikan tinggi boleh tolong kita nak miliki pendapatan yang lebih tinggi. Betul, tak salah pun. Tapi, adakah peningkatan pendapatan yang kita terima, dapat bantu kita untuk hidup lebih baik dan bebas dari beban hutang?

Ini apa yang berlaku kepada Puan Noor Faeizah Bt Tumari dan Tuan Ruhil Amal B Razali. Kalau dulu orang kata, semakin tinggi kita belajar, semakin besar pangkat yang kita terima, semakin besar pendapatan kita..tapi kenapa masih lagi tak cukup?

Dulu, Tuan Ruhil dan Puan Noor Faeizah adalah seorang pensyarah, tetapi selepas mereka berpindah ke Perlis, Puan Noor Faeizah terpaksa melepaskan jawatannya sebagai pensyarah. Di Perlis, Puan Noor Faeizah memulakan perniagaan bermodalkan RM2,000 yang suaminya berikan.

Dalam masa yang sama beliau juga, mula melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, dan keluarga mereka bertambah bila dikurniakan pasangan anak kembar. Dan ketika inilah mereka mula rasakan keperitan hidup. Keluarga makin besar, perbelanjaan pun makin besar. Tapi peningkatan gajinya tak sebesar mana.

Walaupun suaminya bergelar pensyarah, pendapatan suaminya tak cukup nak menampung kehidupan mereka. Hakikatnya, hidup mereka hanya cukup-cukup makan je.

Paling mereka tak boleh lupa ialah saat peristiwa sehari sebelum raya bila mereka hantar kereta untuk diservis dan malangnya mereka tak ada duit untuk bayar servis kereta, akibatnya mereka terpaksa pinjam duit kakaknya..dan hampir-hampir tak dapat beraya bersama keluarga.

Kisah silam inilah yang buatkan pasangan ini lagi kuat nak berniaga. Bermula dengan suka-suka, mereka mula fokus untuk berniaga pada tahun 2015. Ketika itu perniagaannya suam-suam kuku sahaja, ada kalanya bagus ada kalanya tak. Awal-awal bisnes nak jual kain pasang sehelai pun susah sangat…

Bisnes ketika itu sangat bergantung kepada usaha mereka. Kalau mereka tak buka kedai, tak ade lah sales. Kalau rajin ade lah sales tinggi, kalau malas..tak ade lah. Dan mereka tak tahu pun macam mana nak buat untuk pastikan bisnes mereka terus berkembang dan menjadi semakin baik. Sehinggalah mereka mula mengenali RichWorks pada tahun 2018. Dari situ, mereka mula belajar macam mana nak menjadi usahawan sebaiknya, yang mampu mengembangkan bisnes dan membawa bisnes ke jalan yang betul.

Alhamdulillah, kata mereka dengan mentor yang betul dan ilmu yang dah terbukti berjaya, mereka dah mampu mengembangkan bisnes mereka – Baju Kurung ByReefa. Mereka sangat bersyukur, dengan jumlah sales yang dah mencecah RM1.8 juta pada tahun 2018 dan untuk tahun 2019 yang baru sehingga April ini, sales mereka dah cecah RM 1 juta.

Sebenarnya, bisnes ini sangat mudah untuk dijalankan jika anda tahu apa matlamat yang anda nak capai dan anda ada ilmu untuk memacu bisnes anda sebaiknya.

Malangnya, tak ramai usahawan sedar perkara ini. Kebiasaannya ramai orang kita berniaga pada tahap biasa-biasa saja. Sepanjang beniaga, sentiasa stuck dengan masalah dan tak nampak jlan bagaimana nak kembangkan bisnes sehingga 10 kali ganda.

Kami nak maklumkan kepada anda pada 4-5 Mei 2019 ini, akan berlangsung perhimpunan usahawan dan founder bisnes tempatan di Program 10X Grow Your Business di mana para usahawan yang hadir akan lebih jelas tentang bagaimana mereka boleh besarkan bisnes sehingga 10 kali ganda tanpa perlu tunggu 10 tahun.

Hampir 2000 usahawan dan founder telah mendaftar. Pastikan anda tak ketinggalan. Layari >> www.richworks.com/10xgrowth untuk mendaftar.

#TeamRichWorks #10XGrowYourBusiness

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>