Ads

Saksikan pengalaman berharga bagaimana wanita ini menjalankan bisnes

Ada yang berpendapat sambung bisnes legasi keluarga tak perlu memikirkan asas perniagaan lagi… Tak perlu rasa struggle nak bermula dari bawah… Produk dan kedai dah ada, cuma sambung bisnes dan pastikan bisnes berjalan lancar. Tapi betul ke?

Malam ini kami bawakan anda satu kisah legasi bisnes Restoran Ayub yang terletak di Taman Pelangi Johor Bharu. Restoran ini telah diasaskan oleh ayah kepada ahli Titanium Circle kami, Puan Noorul Aini Ayub Khan, yang kini merupakan penyambung legasi Restoran Ayub. Ketika restoran ini dibuka, Puan Noorul Aini masih kanak-kanak lagi.

Puan Noorul Aini merupakan lulusan kulinari dari Amerika Syarikat dan pernah bekerja di sebuah restoran terbaik di Boston. Dia kemudiannya terpaksa pulang ke Malaysia atas sebab masalah keluarga yang perlu diselesaikan.

Kerja di Boston, pasti seronok kan..tapi betul ke ada orang yang sanggup tinggalkan kerjaya demi bisnes keluarga? Anda kenal tak sesiapa yang mengalami situasi yang sama? Dari kecil, beliau biasa melihat bagaimana ayahnya membangunkan restoran milik keluarga mereka sehingga berjaya, dan sehingga mampu membawa keluarga serta rakan-rakannya membuka perniagaan restoran.

Nak tahu apa jadi kepada bisnes beliau selepas dia balik dari New York? Mampukah dia ambil alih dan uruskan bisnes yang dah lama wujud ni? Mampukah Puan Noorul Aini bangkit menjadi penyambung legasi generasi kedua bisnes keluarga beliau?

Baca kisah menarik sepenuhnya di https://richworksnow.com/takut-musnahk…/ atau tonton video ini sehingga habis.

Ada tak antara anda memiliki restoran atau gerai makanan yang risau tentang masa hadapan bisnes anda di tahun 2020? Apa next step yang anda akan lakukan? Sharekan dengan kami.

#TeamRichWorks
#ResultMatters

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>