
Ada yang berpendapat sambung bisnes legasi keluarga sangat mudah. Tak perlu memikirkan macam mana nak memulakan bisnes… Tak perlu rasa struggle nak bermula dari bawah… Produk dan kedai dah ada, cuma sambung bisnes dan pastikan bisnes berjalan lancar. Tapi betul ke?
Malam ini kami bawakan anda satu kisah legasi bisnes Restoran Ayub yang terletak di Taman Pelangi Johor Bharu. Restoran ini telah diasaskan oleh ayah kepada ahli Titanium Circle kami, Puan Noorul Aini Ayub Khan, yang kini merupakan penyambung legasi Restoran Ayub. Ketika restoran ini dibuka, Puan Noorul Aini masih kanak-kanak lagi.
Puan Noorul Aini merupakan lulusan kulinari dari Amerika Syarikat dan pernah bekerja di sebuah restoran terbaik di Boston. Dia kemudiannya terpaksa pulang ke Malaysia atas sebab masalah keluarga yang perlu diselesaikan.
Kerja di Boston, pasti seronok kan..tapi betul ke ada orang yang sanggup tinggalkan kerjaya demi bisnes keluarga? Anda kenal tak sesiapa yang mengalami situasi yang sama?
Dari kecil, beliau biasa melihat bagaimana ayahnya membangunkan restoran milik keluarga mereka sehingga berjaya, dan sehingga mampu membimbing keluarga serta rakan-rakannya membuka perniagaan restoran.
Tapi tak pernah terlintas difikiran beliau yang suatu hari beliau perlu mengambil alih perniagaan legasi yang telah berusia lebih dari 30 tahun ini di mana perniagaan ini telah wujud ketika beliau masih kecil lagi. Tambahan lagi, beliau sendiri tidak ada minat terhadap bisnes.
Berapa ramai antara anda yang rasa buat bisnes ni perlukan minat atau adakah minat tu boleh dipupuk?
Restoran Ayub bermula dari sebuah bangunan kedai dan perlahan-lahan mula membuka cawangan satu persatu sehingga pada satu masa pernah bergelar restoran ternama di Johor. Pernah pada satu masa mereka mempunyai hampir 40 cawangan dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia.
Tapi memang dah jadi resam dalam bisnes, ada pasang surut dan jatuh bangun terutamanya bisnes legasi ni. Untuk pastikan bisnes yang diterajuinya kini berjalan dengan baik Puan Noorul mengambil inisiatif untuk betulkan bisnes keluarganya. Dah bisnes lama pun masih banyak kesilapan. Korang rasa bisnes korang yang setahun jagung tu dah selamat ke?
Pada tahun 2008, pernah terlihat iklan Dr Azizan Osman di surat khabar, dan pernah terfikir nak belajar tapi tak pernah berkesempatan untuk hadir ke program RichWorks. Kerana desakan dan tanggungjawab mengambil alih perniagaan, beliau akhirnya hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada tahun 2018 dan perjalanan beliau sebagai Titanium Circle bermula di IMKK.
Restoran sudah beroperasi lebih 3 tahun dan tak selamanya stabil. Keputusan beliau untuk cari MenThor dan belajar adalah apabila beliau sedar nak ambil alih bisnes legasi bukan mudah dan perlukan ilmu untuk selamatkan bisnes keluarga beliau. Kata-kata Dr Azizan Osman yang beliau pegang sampai sekarang, kalau kita tiada ilmu, memang susah nak sustain bisnes. Boleh jalan bisnes, tapi tak lama.
Dengan menjadikan RichWorks sebagai ‘role model’, beliau mengaku bahawa RichWorks ada acuan yang kita boleh lihat dan jadikan contoh, cuma perlu olah dengan kesesuaian bisnes masing-masing.
Menurut Puan Noorul Aini juga, RichWorks telah berikan sokongan yang kuat kepada beliau. Tambahan pula apabila beliau berada dalam Circle Titanium dan dapat berkongsi pengalaman yang sama dari ahli titanium yang lain. Dari situ, beliau faham tentang ‘roadblock’ dalam bisnes beliau dan tingkatkan ‘medium of understanding’ dalam menjayakan misi syarikat. Amacam? Korang dah faham tak misi bisnes korang? Ke langgar je?
Puan Noorul Aini sangat hargai dan ‘amaze’ dengan RichWorks kerana beliau susah nak dapat pengalaman berharga bersama RichWorks di luar sana. “Bila buat bisnes dengan kawan atau keluarga, belum tentu lagi kita boleh tahu 100% apa kita boleh buat tanpa tunjuk ajar dari MenThor yang betul.” jelas Puan Noorul Aini.
Berpegang dengan kata-kata Dr. Azizan Osman, ‘kalau simpan ilmu, tak akan bawa kita ke mana-mana, tapi kalau kita turunkan ilmu dan kongsikan, insyaAllah tuhan akan limpahkan lagi rezeki, malah team pun akan berkembang dan bisnes akan lebih maju. Semangat beliau terbakar apabila melihat bisnes legasi lain yang berada dalam Titanium dah ada result yang menakjubkan dengan berMenThorkan Dr Azizan Osman.
Beliau bangkit menjadi penyambung legasi generasi kedua bisnes keluarga beliau dan masih nak belajar walaupun dah ada pengalaman yang luas. Berapa ramai yang terinspirasi dengan kisah Puan Noorul Aini?
#TeamRichWorks
#ResultMatters
#ICMDesaru2019