Ads

Memang tak boleh nak dibendung, industri fesyen ni makin lama makin berkembang dan bertambah ibarat cendawan tumbuh lepas hujan..Bukan apa, pusing satu Shah Alam pun dah nampak banyak butik kan…

Itu pun ada juga butik yang tak tahan lama, susah nak kekal sebab persaingan dahsyat gila..Tapi macam mana dengan 3 orang usahawan wanita ni? Mereka pun terlibat dalam bidang fesyen, tapi boleh je siap jualan makin meningkat naik..Jom baca jap kisah mereka ni!

Kisah pertama ni tentang Puan Siti Fatimah, pengasas kepada Sabella Holding yang mengeluarkan produk baju kurung untuk muslimah. Sebabkan nak cari duit lebih, Puan Fatimah cuba jual sabun dari rumah ke rumah tapi tak berjaya…

Dalam keadaan terdesak, dia cuba kumpul duit RM200 setiap bulan dari gajinya yang ketika tu hanya RM300 sebulan. Hasil duit yang dikumpul tu, dia buat modal untuk beli mesin jahit dan ambil tempahan..

Tak menang tangan Puan Fatimah masa tu! Bayangkanlah, dia sorang je lah yang menyiapkan 100 helai baju sehari! Sudahlah masih gunakan cara manual, menggunting kain gunakan tangan je… Seksa, kan?

Suami Puan Siti Fatimah, Tuan Sufian Sulaiman terpaksa berhenti kerja sebab tak sanggup tengok isteri keadaan macam tu..Mana taknya, keadaan mereka tu sampai terpaksa belikan anak susu pekat manis je beb!

Lepas datang ke program RichWorks dan mula belajar dari mentor mereka – Dr Azizan Osman, kehidupan mereka mula berubah sedikit demi sedikit. Sehingga kini, jenama Sabella menjadi pilihan ramai wanita muslimah..

Kisah kedua ni pula tentang usahawan wanita yang menjual produk tudung. Puan Zarina Zahari yang jalankan bisnes dengan adiknya, Tuan Firdaus Zahari sejak tahun 2014.

Kedua-dua mereka ni dari latar belakang yang berbeza..Puan Zarina bengang bila orang pertikaikan kebolehan dirinya yang tak boleh berniaga bagus-bagus sampai berjuta. Jadi, dia pun mulakan langkah untuk berniaga dengan kawan baik sendiri..

Bila bisnes bertambah baik, tiba-tiba jadi perkara yang tak disangka. Rupa-rupanya, ‘best friend forever’nya tu dah berkomplot untuk jatuhkan syarikat sampaikan 300 orang ejen lari meninggalkan syarikat.

Tak fikir panjang, Puan Zarina dan adiknya sama-sama datang ke program RichWorks. Tak lama lepas tu, mereka berdua bangunkan semula syarikat yang hampir musnah..Buktinya, jenama mereka antara pilihan ramai wanita di luar sana.

Amacam? Korang ready nak baca kisah ketiga ni? Yang ni lain sikit tau, korang jangan sedih…Kisah ni tentang Puan Norajihah Shahlan. Puan Norajihah ni pengasas House of Blouse – Najmar.

Bagi Puan Norajihah, “untuk dapat dan rasa apa yang kita suka, Kita kena hadap banyak benda yang kita tak suka”. Itulah yang dia lalui selama ni sebelum mulakan jenama fesyen sendiri..

Semuanya bermula bila dulu ayahnya pernah dihina di depan matanya sendiri hanya disebabkan kereta tua je…Tak ke hancur hati tengok keadaan macam tu? Dari situ dia berjanji nak pastikan kejayaan milik ayahnya sendiri dan nak banggakan ayahnya…

Nasib dia masa tu, Tuhan je tahu..Ibunya lumpuh, abangnya meninggal akibat lemas dan ayahnya pula penghidap kanser, semuanya menjadi ramuan penting yang buatkan dia terus gigih berusaha untuk berjaya..

Walaupun tak mudah sebab pernah staffnya berhenti beramai-ramai dan buatkan bisnesnya hampir lumpuh, Norajihah tetap komited nak tambah ilmunya tentang bisnes bersama RichWorks dan Dr Azizan Osman.

Usahanya terbayar bila kejayaannya mendiamkan mulut-mulut yang mencaci dan mencerca ayahnya dulu..Bukan tu je, jualan dia untuk setakat tahun ni je dah capai sampai RM XX. Hebat, kan?

Mungkin ada orang fikir perniagaan bidang fesyen ni dah cliche dan terlalu biasa sebab ramai orang dah buat. Sebenarnya, bidang ni lah yang paling mencabar sebab terlalu ramai pesaing, cuma kena buat cara yang betul je… Berapa ramai orang setuju?

Semua orang dalam hidup ni ada kehidupan yang berbeza, ada yang hidupnya susah dan ada juga yang senang. Tapi, kalau hidup senang macam mana pun mesti ada susahnya juga…

Tapi, kalau susah..Berapa lama nak berada dalam kehidupan yang sama? Setiap perubahan tu mula dari diri sendiri dan setiap perubahan tu adalah satu peluang…Betul betul?

Anda kenal sesiapa yang patut Ubah Hidup dan sertai program ni? Ajak mereka untuk sertai lebih 11,000 orang yang lain untuk sama-sama sertai program Nak Ubah Hidup yang bakal diadakan pada 30 Ogos di SCCC, Setia City, Shah Alam.

Ada satu perkara yang kami nak ingatkan anda..Buat masa sekarang, harga ke program Nak Ubah Hidup masih kekal sama tapi akan mula meningkat pada jam 11.59 malam, 1 Ogos ni… Nak tunggu sampai bila? Dewan nak penuh dah ni….

Kalau anda nak kami bantu anda untuk tingkatkan bisnes anda yang masih berada dalam tahap biasa-biasa sampai jadi seperti 3 orang usahawan wanita tadi..PM je team kami dengan klik link di bawah ataupun layari www.NakUbahHidup.com

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>