Ads

“Sales tak cukup ni, kena hire ramai lagi team sales supaya boleh achieve target sales syarikat!” 

Tapi lepas beberapa bulan, sales masih sama, peratusan naik sikit sangat. Duit dah invest banyak untuk bayar gaji basic pekerja. Agak-agak apa roadblock yang sebenar untuk selesaikan masalah ni?  

Anda perlu ingat yang realisasikan kerja ini adalah manusia yang ada emosi. Kadang-kadang ada hari mereka tak dapat achieve target dan paling menyedihkan bila tak ada sales langsung. Nak harapkan gaji basic tak mampu nak tampung kehidupan mereka. Jadi, mereka akan down dan tak bersemangat untuk bekerja. Ini lah realiti pekerjaan sebagai salesperson. 

Sabar! Jangan judge dulu! Nak tahu tak kalau mereka ada ilmu dan skills yang betul, silap haribulan nanti,  boleh jadi jutawan dengan commission yang mereka dapat. Kan seronok bila dapat bantu mereka. Betul? 

Jangan risau sekiranya anda tak tahu nak urus team sales supaya mereka kekal produktif dalam skop kerja yang mereka lakukan. 

Guna 3 formula yang efektif ini: 

  1. Kekalkan persekitaran yang bermotivasi 
  • Buat meeting 

Macam mana nak kekal bermotivasi? Cuba mula dengan buat meeting 

untuk team sales anda. Dari alternatif ini, anda boleh tahu roadblock yang mereka hadapi. Kerjaya sebagai sales person bukan satu kerja yang mudah. Ada masa mereka akan down bila tak dapat capai target syarikat. Jadi, ambil tahu roadblock yang mereka hadapi supaya dapat mengurangkan tekanan atau stress. 

  • Buat coaching dan training 

Bila dah dapat tahu roadblock sales team anda, kongsikan ilmu atau pengalaman supaya mereka dapat improve skills mereka. Pastikan coaching ini dilakukan secara berterusan supaya mereka sentiasa tingkatkan prestasi kerja mereka. 

  • Kongsikan report sales individu 

Perkongsian ini secara tidak langsung dapat membakar semangat antara satu sama lain supaya bersaing secara sihat. Perkongsian ini juga membolehkan pekerja yang dah berjaya  boleh membantu pekerja yang lemah untuk perbaiki skills mereka.

2. Beri commission  

  • Cipta commission plan 

Cipta commission plan yang bersesuaian dengan syarikat dan produk anda. 

Sebagai contoh, ada company yang hanya offer commission sahaja. Dan ada company yang sediakan gaji tetap dan beri commission. Pastikan commission plan anda membuatkan orang tertarik untuk bekerja dan terima tawaran yang anda berikan. 

  • Commission rate

Beri mereka pilihan untuk mereka capai target tahunan supaya commission rate dinaikkan atau sekiranya sesiapa yang tak capai target tiada kenaikan commission. Jangan letakkan commission limit. Bila ada commission limit, sekiranya sales team anda dah capai target yang ditetapkan, mereka tak ada push factor untuk buat lebih banyak sales. Beri mereka commission tinggi untuk produk yang paling mahal. Hal ini kerena, bila anda beri commission rendah untuk produk paling mahal adalah salah satu motivation killer untuk sales team anda. 

3 Tawarkan hadiah dan insentif 

Beri insentif secara harian, mingguan, bulanan atau tahunan. 

Dengan cara ini, team sales anda anda semangat bersaing secara sihat pada setiap hari untuk capai target yang dah ditetapkan. Sebagai contoh, kepada sesiapa yang dapat capai target mingguan akan dapat hadiah istimewa dari syarikat. Hal ini menjadi salah satu motivasi atau push factor untuk mereka capai sales lebih banyak setiap hari. 

  • Beri mereka award sebagai tanda penghargaan. 

Penganugerahan ini akan memberi motivasi kepada diri mereka untuk buat lebih baik dalam kerjaya mereka.

  • Beri hadiah yang berkualiti 

Kenapa perlu beri hadiah berkualiti? Sebab antara mereka tak ada masa bersama keluarga atau diri sendiri apabila sibuk buat hard selling. Jadi, dengan hadiah berkualiti akan menaikkan semangat mereka untuk bekerja. Sebagai contoh hadiah yang anda boleh berikan, dapat cuti, dapat gym membership, dapat voucher makanan, percutian, atau beri perkara yang mereka suka. 

Nak tahu betul ke tak formula ni berkesan, kena lah cuba dulu! Bertindak sekarang dan bantu team sales anda! 

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>