Ads

‘’Sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain’’.  Mendengar kata-kata inilah yang telah merubah kehidupan Mohd Faizal Irman, 31 tahun  yang merupakan seorang pemilik kedai cendol di Limbang ,Sarawak. Suka untuk saya kongsikan kisah benar yang berlaku dalam sejarah hidup seorang usahawan yang telah memberi inspirasi kepada ramai orang di luar sana.

Faizal merupakan seorang pembantu tadbir di sebuah sekolah di daerah Limbang, Sarawak. Beliau telah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata. Kisahnya bermula apabila beliau mula dibebani dengan hutang kereta, pinjaman peribadi sehingga gagal untuk menguruskan kewangan beliau pada ketika itu. Disebabkan tekanan dan masalah yang berlaku beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan.

Hanya kerana jatuh cinta dengan ilmu perniagaan daripada Dr Azizan Osman, perniagaan pertama yang dimulakan adalah dengan menjual buku-buku daripada  Dr Azizan Osman sebanyak 10 buah buku. Satu daripada buku tersebut dijadikan rujukan untuk beliau belajar tentang perniagaan. Dari hanya membaca dan menjual buku tersebut, pada tahun 2014 beliau mula memilih perniagaan cendol sebagai sumber pendapatan sampingan di Kampung Pelita.

Beliau hanya membuka kedai pada hujung minggu dan setelah melihat permintaan terhadap cendolnya semakin tinggi dan beliau mengambil keputusan untuk mengambil pekerja dan menjalankan perniagaan cendol ini setiap hari. Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari, begitulah yang berlaku kepada perniagaannya apabila beliau terpaksa menutup kedai  pada hujung bulan Oktober 2018 disebabkan sekali lagi gagal menguruskan kewangan apabila bahan metah ketika itu semakin mahal dan permintaan semakin berkurangan.

Buntu dengan apa yang berlaku, beliau mengambil keputusan untuk hadir ke program Richworks International Sdn Bhd iaitu Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada bulan November  2018 sehari selepas kedainya ditutup. Dalam keadaan yang sedih dan serba salah beliau menyesal sehingga mengalirkan air mata kerana  terkenang akan tindakan beliau yang terburu-buru untuk menutup kedai cendol yang telah beroperasi selama tiga tahun lalu.

Pada tarikh keramat 2.2.2019 beliau telah mengorak langkah untuk menyertai program ‘’Membership Mentoring Spire’’. Program Spire adalah salah satu program mentoring yang membantu para usahawan untuk dibimbing dan membantu hala tuju sesebuah perniagaan yang sedang dibina. Program ini lebih menekankan empat prinsip dalam perniagaan iaitu jualan dan pemasaran, kepimpinan, operasi dan juga prinsip pematuhan.

Hasil usaha dan pembelajaran sebagai ahli Spire di RichWorks, belau berjaya membuka kafe pada bulan Februari 2019

Setelah diterima masuk sebagai peserta Spire,  beliau telah mewujudkan jenama cendolnya sendiri iaitu Cendol  Termendous dan membuka sebuah kedai. ‘’Sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain’’ kata-kata keramat ini juga dilekatkan di dinding kedai untuk dijadikan sebagai motivasi kepada beliau. Apa yang mengejutkan beliau adalah selepas tiga bulan belajar dalam mentoring Spire jualan cendolnya telah meningkat lebih dua kali ganda iaitu pada bulan Februari 2019 jualan cendol iaitu sebanyak RM23 ribu lebih dan peningkatan berlaku sehingga bulan April iaitu sebanyak RM 72 ribu lebih.

Katanya sejak berada dalam program Spire, beliau merasakan bahawa keadaan sekeliling dan kumpulan yang sangat positif telah banyak mengubah kehidupannya. Bukan itu sahaja , atas bimbingan dan cara berfikir yang lebih bermotivasi banyak yang telah membantu beliau untuk mencapai semua impiannya. Kesannya, beliau mula nampak perubahan itu bukan sahaja berlaku dalam dirinya dan kehidupannya sendiri malah turut terkesan oleh pekerjanya.

Sudah lapan bulan beliau berada dalam program Spire kini beliau mempunyai 12 orang pekerja dan telah mencatat rekod pelanggan paling tinggi adalah seramai lebih 10 ribu orang. Cendol  Termendous Cafe semakin terkenal bukan sahaja di Sarawak malah hingga ke Brunei dan secara tidak langsung ia telah menjadi daya tarikan pelancong di bumi Limbang, Sarawak.

Kata-kata Dr Azizan Osman menjadi salah satu kata motivasi buat dirinya yang diletakkan di dinding kafenya

Kejayaan demi kejayaan kian diraih oleh beliau rezeki beliau semakin melimpah ruah apabila menerima jemputan daripada  salah sebuah stesen televisyen sempena Hari Kebangsaan, ceritanya menghiasai dada akhbar dan juga menjadi tetamu khas untuk berkongsi resepi kejayaan beliau dalam dunia perniagaan Cendol Terendous Cafe.

Kisah kejayaan beliau turut mendapat liputan media

Cuba bayangkan di saat anda susah, siapa yang akan berada bersama anda? Kita boleh melihat kejayaan seseorang itu setelah mereka berjaya namun apa yang sering berlaku adalah kita sukar untuk menyelami apa yang telah dilalui oleh orang yang berjaya sebelum mereka berjaya.  Jika dulu beliau pernah putus asa dan pernah jatuh akibat terburu-buru namun kini beliau bangkit dengan mencari jalan penyelesaian untuk menjadikan kehidupannya lebih baik dan terus memberi manfaat kepada orang lain.

Dari kisah Tuan Faizul Irman, apa yang saya boleh gariskan adalah :

i) Tidak mudah untuk  berputus asa

  •  Ramai orang selalu nampak perkara negatif dalam diri mereka, tetapi berapa ramai yang sedar akan kekuatan dalam diri andalah yang sebenarnya membantu untuk anda bangkit.

ii) Jangan terburu-buru dengan keputusan yang dilakukan kelak nanti akan menyesal

  • Berfikir dahulu sebelum mengambil tindakan. Apa yang berlaku adalah kadang-kadang sesuatu  keputusan yang dilakukan itu adalah mengikut emosi kita pada ketika itu. Jadi apakah cara yang betul untuk memastikan setiap keputusan dilakukan dengan baik? Cuba fikirkan.

iii) Mempunyai sikap merendah diri

  • Berapa ramai antara anda yang masih menerapkan nilai-nilai murni ini? Saya terkenang kembali  semasa sekolah, guru-guru saya sentiasa ingatkan jangan jadi bodoh sombong. Kalau anda berjaya tetapi sikap anda tidak melambangkan kejayaan anda, anda bukan siapa-siapa. 

    Hafiz Jasmi
    Vice President Online Program

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>