Ads

Kenapa sales penting dalam perniagaan? Kalau tak ada jual beli antara pelanggan, bisnes anda tak akan berkembang. Malah, akan mengalami kerugian sebab anda dah keluarkan modal yang banyak tapi tak dapat pulangan yang menguntungkan. Agak-agak boleh ke bisnes bertahan kalau tak ada sales? 

‘Susah lah nak close sales!’, ‘dah habis berjuta-juta buat marketing, kenapa masih susah orang nak beli?’, itulah kata-kata bila kita dah give up nak tarik pelanggan beli produk kita. 

Jangan risau! Sebenarnya anda cuma perlu tahu teknik rundingan yang betul bila anda sedang berjual beli dengan pelanggan. Jangan tinggalkan pelanggan anda dengan ayat penyata, sebaliknya buat mereka ‘curious’ dengan produk dan perniagaan anda. 

Ada 5 teknik rundingan jualan berkesan yang boleh membantu gandakan sales dalam bisnes anda:

1. Sentiasa jelas dengan objektif rundingan

Anda mesti faham dan jelas dengan matlamat anda nak ‘close the deal’. Tujuan anda berniaga nak dapatkan sumber kewangan dan pendapatan. Kemudian, pelanggan anda pula nak dapat apa yang mereka mahukan dari produk atau servis yang anda tawarkan. Apabila kedua-dua pihak faham dan jelas dengan apa yang mereka mahukan, akan memudahkan proses rundingan. 

2. Set the right contact 

Sebelum memulakan perniagaan, anda mesti tahu target pasaran dan sasaran pelanggan yang anda mahukan. Sekiranya anda menjual pada orang yang salah, anda mungkin sukar untuk membuat rundingan. Lebih menyedihkan lagi, mereka akan terus tolak tawaran anda sebelum anda sempat untuk terangkan produk yang anda tawarkan. Bukan ke lebih mudah kalau anda terus dapatkan sasaran pelanggan yang lebih memerlukan produk dan servis yang anda tawarkan. 

3. Under promise and over deliver

Jangan sesekali menipu dan berjanji perkara yang tak pasti. Hal ini akan merosakkan reputasi dan nama baik brand dan bisnes anda sekiranya anda tak dapat tunaikan janji anda. Oleh itu, sekiranya anda tak nak lepaskan pelanggan anda, gunakan cara komunikasi yang betul dan berkesan. Berikan yang nilai yang terbaik sehingga pelanggan anda bersetuju dengan tawaran anda. 

4. Tunjukkan yang anda tahu

Pastikan diri anda tahu dan mahir tentang ‘product knowledge’ bisnes anda. Kalau anda tak bersedia dengan ilmu dan info produk, anda ada potensi tinggi untuk buat rundingan jual beli itu gagal. Pelanggan akan rasa tak yakin bila anda tak dapat jawab soalan mereka. Oleh itu, anda perlu faham produk dan servis yang anda jual. Anda juga perlu sentiasa update pengetahuan tentang info produk dari segi harga dan kelebihan produk. 

5. Beri ‘nilai’ lebih dari harga

Bila berniaga, lebih baik kita caj harga yang berpatutan dengan nilai yang terbaik, berbanding harga murah tapi nilai yang anda beri tak berkualiti. Sediakan servis yang yang terbaik dan pelanggan akan sukar untuk minta kurang harga. Sebagai contoh, fikirkan kelebihan yang anda boleh berikan kepada pelanggan anda. Fikirkan keunikkan produk yang berbeza dengan produk orang lain. 

Contoh: 

Mee goreng di pasar malam RM4 – bungkus dengan kertas. 

Mee goreng yang anda jual RM6 – bungkus dalam bekas siap dapat sudu mudah untuk dimakan. 

Secara konklusinya, teknik rundingan ini akan berjaya sekiranya anda betul-betul faham nilai produk yang anda boleh berikan kepada pelanggan anda. Selain daripada berniaga untuk mencari pendapatan untuk teruskan kehidupan, berniagalah untuk memberi manfaat dan faedah kepada orang lain. Anda akan mendapat pulangan yang berganda-ganda dalam bisnes anda sekiranya anda berniaga dengan niat yang baik.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>