Ads

Kenapa berkerut sangat muka tu? Anda kan usahawan, perlulah sentiasa senyum dan ceria.

Oh! Risau sebab sales tak masuk? Orang PM tunjukkan minat tapi tetap lepas tu krik-krik,  tak buat bayaran anda tetap tak dapat buat sales. Macam mana tu?

Kami faham, usahawan yang bagus akan risau bila tiada jualan masuk kerana mereka telah meletakkan jumlah target jualan sasaran yang perlu mereka capai setiap bulan, setiap suku tahunan dan setiap tahun.

Jangan susah hati! Kami senarai 5 idea yang boleh anda guna untuk tingkatkan sales anda menggunakan platform Media Sosial.

1) Promosi ‘penghantaran percuma’

Apa yang anda perlu buat ialah tingkatkan perasaan ingin membeli dengan membuat promosi penghantaran percuma. Promosi penghantaran percuma bermakna anda tidak mengenakan kos penghantaran kepada pelanggan. Ini boleh membantu meningkatkan jualan tapi anda perlu bijak untuk kira kembali kos dan macam mana anda perlu menanggungnya.

2) FB Live Video

Kadang-kadang, bukan orang tak mahu membeli dari anda di tengah bulan, tapi mereka tak ‘nampak’ anda langsung, mereka tak tahu anda berniaga apa, mereka tak tahu bagaimana bisnes anda boleh bantu mereka. FB Live adalah satu cara yang anda boleh buatkan pelanggan nampak anda. Anda boleh buat FB Live dan pilih topik menarik seperti kongsi tips, buat demo menggunakan produk anda, buat pertandingan, dan macam-macam lagi. Lagi pun FB Live percuma, tanpa kos, jadi kenapa tak nak gunakannya?

3) Tawaran hadiah percuma

Hadiah percuma yang menarik kadang-kadang dapat bantu manusia membuat keputusan drastik dan cepat. Mereka akan rasa takut bahawa hadiah tersebut akan jatuh ke tangan orang lain. Mereka juga akan rasa bimbang sekiranya orang lain yang terlebih dahulu memilikinya daripada dia yang akan ketinggalan.

Satu masa dahulu, McDonalds seluruh Malaysia pernah diserbu oleh orang ramai kerana mereka mahu mendapatkan patung Hello Kitty yang boleh didapati percuma dengan pembelian Hidangan Meals. Patung Hello Kitty yang bertukar tema pakaiannya setiap minggu, menyebabkan ramai orang beratur panjang semenjak awal pagi semata-mata nak mendapatkan patung berkenaan dan bukannya set hidangan Meals.

Jika anda menggunakan media sosial, pastinya lebih mudah untuk viralkan atau sebarkan tawaran hadiah percuma seperti ini kepada pelanggan.

4) Buat Pertandingan

Sekitar awal tahun 2000, Petronas pernah mengadakan pertandingan yang menawarkan hadiah kereta Proton Waja. Penuh stesen minyak Petronas diserbu oleh pelanggan yang nak menyertai pertandingan. Untuk menyertainya, mereka perlulah mengisi sejumlah petrol di dalam kenderaan masing-masing. Anda rasa? Takkan tak meningkat jualan mereka?

Dengan adanya media sosial, lagi mudah untuk anda adakan pertandingan menggunakan saluran media sosial, yang penting hadiahnya mesti menarik.

5) Kumpulkan Kupon

Dumex, susu tepung untuk kanak-kanak sangat ‘lejen’ dalam menggunakan aktiviti pemasaran sistem kupon. Ibu-ibu era 80-an dan 90-an sangat komited membeli susu Dumex dan mengumpul kupon.

Begitu juga dengan Power Root yang menawarkan hadiah sejumlah wang dan hadiah-hadiah lain yang tertulis di belakang klip pembuka tin Kopi Tongkat Ali Power Root. Dengan media sosial, kami yakin cara ini akan lebih mudah. Anda boleh meminta mereka yang membeli secara online untuk kumpulkan kupon yang diberikan secara online juga.

Bila tengah bulan, dan sales agak jatuh, pastikan mood dan idea bisnes anda tidak turut tenggelam ye.  Bangkit, cari idea promosi baru dan ‘make it happen.’

Dengan adanya kesemua list ini, ia dapat membantu anda dalam meningkatkan sales produk anda. Dengan ini, jenama anda akan sentiasa diingati. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>