Ads

Semalam, Facebook Azizan Osman mencapai jumlah 1 Juta Followers.

Mungkin ini tak bermakna apa-apa kepada sebahagian orang, mungkin bagi sebahagian lagi mencapai 1 juta Followers adalah perkara biasa, tapi bagi kami ianya adalah sesuatu yang besar dan bermakna. Kerana anda, kami terus aktif di Facebook Azizan Osman. Anda kekuatan kami untuk terus berkongsi ilmu dan manfaat di FB Page Azizan Osman Official ini!

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada 1 juta “keluarga” kami.

Sepanjang 10 tahun Richworks ditubuhkan, kami dah banyak mencatatkan kisah kejayaan para peserta yang hadir ke program kami, yang komited untuk belajar dan kemudian bertindak sehingga mencapai kejayaan dan peningkatan dalam kehidupan. Bagi kami, Facebook Azizan Osman adalah pintu utama untuk ramai dari anda mula kenal kami, mula tahu tentang program kami dan mula jadi peserta program kami.

Ada antara followers kami yang ceritakan tentang perubahan hidup mereka yang dulu pernah tak ada ‘seposen’ pun dalam poket, yang dulunya hidup siksa dengan hutang kredit kad sehingga terpaksa korek tabung dan bayar makan dengan duit syiling, yang dulu terpaksa menyorok dari orang kutip hutang sambil menangis ketakutan, yang terpaksa tahan sedih kerana terpaksa bagi anak kecil mereka minum susu pekat atau air sirap sebab mereka tak ada duit…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>