
Fasa Pertama – Penalti 10% – Pengakuan Sukarela (SVDP) Cukai LHDN dilanjutkan!
Hello guys. Pekabar semua? Lama betul rasanya I tak menulis di media sosial ni. Al-maklumlah, dah di dalam fasa semi-retired ni, sibuk jaga anak aje sekarang ni. Memang takda masa nak menulis panjang-panjang.
TETAPI!!! Bukan bermaksud I tak membaca ok. Dan semalam time weekend I tengah rileks terkeluar pulak berita tentang para pembayar cukai di Malaysia ‘dimanjakan’. Apa maksudnya ni?
Baca ni dulu >>> https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/549874/kadar-penalti-10-peratus-dilanjut-hingga-30-jun
Iqra’ Iqra’ Iqra’… Haip! Jangan malas baca…
Kalau u all dah baca, Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng, berkata fasa kedua SVDP dengan pengenaan kadar penalti 15 peratus HANYA akan bermula pada 1 Julai dan tamat pada 30 September depan.
Bagi yang tak perasan. Sebelum ni kadar penalti 10% di bawah SVDP ni hanya sehingga 31 Mac 2019. Tapi bak kata tajuk bebelan I hari ini. Manja betul pembayar cukai kat Malaysia ni. So lanjutlah lagi tempoh ‘kemanjaan’ penalti HANYA 10% ini sehingga 30 Jun.
Adakah tindakan melanjutkan tempoh untuk pembayar-pembayar cukai yang terlepas fasa pertama SVDP ni nak beri peluang atau sebenarnya telalu dimanjakan? Hanya pihak berwajib yang ada jawapannya.
Tapi untuk orang ramai, sepatutnya u alls kena lihat perkara ni sebagai satu peluang dan betapa prihatinnya pihak berkuasa untuk tidak membebankan korang. Kita sebagai rakyat yang hidup di negara berdaulat sepatutnya ambil inisiatif untuk jadi rakyat yang bertanggungjawab.
Ni I nak bagitau lagi, sehingga 31 Mac lepas, sejumlah 381,979 pengakuan sukarela diterima LHDN dan Jemaah Menteri bersetuju melanjutkan tempoh SVDP berikutan sambutan yang sangat menggalakkan daripada pembayar cukai.
Manakala mulai 1 Oktober depan, kadar penalti 45 peratus ke atas akan dikenakan bagi mana-mana kesalahan tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan juga kesalahan kurang melaporkan cukai pendapatan.
Haa.. so jangan u alls ingat penangguhan ni macam honeymoon period pulak. Manja tu manja jugak, kalau dah degil sangat tanggunglah akibatnya. Koyak Cashflow u alls sebab nak bayar penalti Cukai Kebodohan diri sendiri.
Dah tengah-tengah rajin I nak menulis ni, I nak share sikit 4 fakta tentang cukai yang mungkin ramai u alls tak tahu..
✔ LHDN dah tak cetak dan pos Borang Nyata: Ini bermakna LHDN menggalakkan pembayar cukai supaya gunakan kemudahan sistem e-Filing yang dah disediakan.
✔ Kerajaan tawar penyelesaian untuk u alls yang ada akaun bank luar negara tapi masih tak mengaku: Konteks akaun bank luar negara kat sini adalah korang ada pendapatan yang dijana dalam negara, tapi korang simpan hasil pendapatan tu dalam akaun bank luar negara supaya korang tak payah declare. Kerajaan tahu pasal isu ni dan instead diorang dedahkan salah laku ni kepada umum, kerajaan tawar satu program untuk pelaku-pelaku untuk membuat pengakuan melalui Program Pengakuan Khas Sukarela (SVDP)
✔ Denda sehingga 300% nilai cukai yang korang elak untuk bayar: Tolonglah jadi seorang rakyat yang bertanggungjawab dan setelkan bayaran cukai pendapatan korang. Kalau kerajaan dapat tahu korang mengelat dari bayar, korang boleh didenda sehingga 300% nilai cukai yang terkurang lapor tu.
✔ Korang boleh claim macam-macam pelepasan cukai kalau korang layak: Sebagai contoh, kalau korang bagi duit kat mak ayah setiap bulan, korang boleh claim pelepasan cukai untuk kategori tersebut. Walaupun ada limit terhadap jumlah yang korang boleh claim, tapi ianya sangat membantu sebab banyak sangat perbelanjaan yang korang boleh claim untuk pelepasan cukai! Yang penting korang simpan resit atau penyata bank mengenai perbelanjaan tu sume.
So, I tahu korang ni kadang-kadang membaca pun kurang, ni kan pulak nak fahamkan apa yang I tulis. Jadi ambiklah inisiatif untuk pergi belajar atau ringankan mulut tu bertanya pada orang atau pihak yang lebih arif.