Ads

Ramai Founder yang CheSuzz kenal mengalami satu sindrom yang dirasakan tidak sesuai dengan title Founder iaitu terlalu rendah diri, malu, tidak pandai, tidak hebat, takut, risau dan macam-macam lagi attitude yang kurang tepat untuk seorang Founder.

Doc selalu pesan ayat ini dalam mentoring dia “Allah akan menurut sangkaan hambaNya,” jadi kalau kita asyik cakap kita tidak hebat tidak bagus, lemah, maka itu la yang kita dapat.

Bagi CheSuzz , anda yang terpilih menjadi salah seorang ahli Titan adalah dikira sangat hebat. Untuk jadi lebih hebat, perlukan tindakan dan usaha untuk buktikan yang kita akan jadi lebih hebat dari diri kita sebelum ini dan bukannya bandingkan untuk lebih hebat dari orang lain.

Antara yang selalu CheSuzz dengar adalah takut untuk buat live, takut bercakap depan orang lain, rasa malu untuk suarakan pendapat, tidak berani menegur staf, tidak pandai berbahasa Inggeris, tidak ada charisma, personaliti yang tidak menarik, tidak cantik, berbadan besar dan banyak lagi. Kesemua alasan-alasan itu boleh dirangkumkan sebagai kurang jati diri atau kurang keyakinan terhadap diri sendiri.

Sebagai ahli Titanium, CheSuzz nasihatkan kepada mereka untuk buang semua perasaan itu jauh-jauh dari hari pertama lagi diterima menjadi Titan. Membawa gelaran itu adalah tanggungjawab besar untuk dipikul dan tidak ada masa lagi untuk melayan emosi tidak stabil ini.

Jangan mengukum atau menghakimi diri sendiri lagi. Fikir macam mana untuk lebih grow dari pelbagai sudut seperti diri sendiri sebagai seorang leader, team, marketing strategy, process, systems, technology, finance dan sebagainya.

Kepada yang masih kurang yakin dengan diri sendiri, mohon untuk segera beri peluang untuk terima diri sendiri seadanya dan bersyukur. Kita hanyalah manusia biasa yang ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Tiada siapa yang perfect sempurna. Yang kurang ialah hargai diri sendiri.

Hargai diri dan semua pencapaian kita tidak kira kecil atau besar. Sebab tu kita ada WIN dan GOOD NEWS dalam weekly report Titan. Untuk sedarkan diri bahawa ada banyak pencapaian sebenarnya kalau kita fokus untuk hargai setiap pencapaian itu. Kongsikan pencapaian untuk raikan bersama bagi menaikkan keyakinan diri. Bila kita down atau ada musibah, tengok balik pencapaian kita yang lepas baru kita tahu erti bersyukur.

Bila kita sedar semua orang ada kekurangan masing-masing jadi kita tidak perlu stress dengan kekurangan kita. Kekurangan adalah untuk diperbaiki bukan untuk ditangisi.

Kita akan anggap setiap pencapaian kita itu sesuatu yang bagus bila kita bandingkan percapaian itu dengan diri kita sendiri. Contohnya jika dulu kusam, kini dan makin berseri. Bukan terus bandingkan diri dengan Miss World. Contoh lain adalah sales setiap bulan naik sikit, bandingkan dengan bulan-bulan sebelum ini yang merudum. Itu adalah pencapaian bukan terus bandingkan dengan top 10 sales Titan lain. Jadikan itu sebagai pembakar semangat bukan pembakar diri hinggakan tidak mahu berusaha lagi sebab dah ‘rentung’.

Lagi satu perkara adalah, anda perlu stop fikir terlalu banyak benda-benda yang bermain dengan emosi anda. Lebih baik anda fikir step yang patut kita buat untuk capai target yang kita dah setuju nak capai. Anda perlu expect yang anda akan ada masalah dan fikirkan cara untuk atasinya sekiranya masalah itu berlaku. Masalah buat kita lebih bijak bukan buat kita mengalah.

Kita kadang-kadang bergaul dengan orang yang salah, orang yang sangat negatif sehinggakan dah boleh bau sebatu dari kita. Tidak berani nak cakap NO. Lepas tu, mula lah emosi down, kecewa, blaming orang, fikir semua benda, buang masa dan mula salahkan orang lain. Mindset yang kita dah bina mula jadi celaru. Kan kita ada Circle, semua orang dalam Circle akan ada mindset yang sama iaitu nak grow diri dan business. 

Bila ada pencapaian dan rasa berbaloi untuk rewards diri sendiri, teruskan. Itu adalah WIN dan patut diraikan. Macam CheSuzz, saya dapat makan ice cream gelato Grom di New York, yang mana ice cream ini sangat terkenal disebabkan rasanya yang unik dan luar biasa semasa Inner Circle Meeting Premier baru-baru ini. Wow itu adalah rewards terbaik dan kekal dalam memori. Thank you RichWorks! Jadi anda pun boleh celebrate WIN untuk attract more WIN to come.

Cuba cipta minat untuk experiment dan explore benda baru, tempat baru dan mingle dengan orang yang hebat. Go travel. Ia akan buka minda kita untuk pelajari sesuatu dari pengalaman itu. Belajar untuk lihat sesuatu dari sudut berbeza, terutama cara hidup, cara berfikir, lifestyle dan pelbagai perkara yang positif. Kita akan dapat fresh idea dan luaskan perspective kita tentang sesuatu perkara dalam diri dan business kita. Dalam masa yang sama boleh improve juga social skill kita.

Apapun, pokok pangkalnya tetap dari diri kita sendiri. Most of the time kita yang benarkan diri kita menjahanamkan diri kita sendiri. NUH adalah satu pilihan, bila dah ada ilmu, pilihan adalah lebih berstruktur dan lebih menyakinkan. Jadi pilihlah untuk jadi lebih yakin, letakkan kesungguhan untuk atasi masalah ini dan keyakinan diri yang sihat akan membuatkan NUH kita lebih bermakna.

#IAmATitan
#TeamRichworks
#NUH2020
#NakUbahHidup2020
#ForThingsToChangeIMustChangeFirst

CheSuzz
Vice President High Net Worth Client

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>