Ads

Apa yang menyebabkan dan buatkan Mehrun Najua ni nak sangat berniaga sedangkan dia boleh sambung belajar?

Zaman sekarang ni kita tengok makin ramai orang-orang muda yang mula berniaga dan buat bisnes sendiri. Tapi, kadang-kadang tu dengar juga berita anak-anak muda yang tak sedap didengar… sibuk nak picit roti sana sini, gaji banyak, lifestyle gempak kemain… 

Apa kata baca dulu cerita budak umur 19 tahun ni. Orang cakap darah muda ni lain macam sikit. Semua nak ikut kehendak sendiri je. Sambung belajar ke universiti tu dah jadi kebiasaan tapi macam mana pula kalau lebih memilih berniaga dan bantu ibu daripada sambung belajar?

Seperti yang dilalui oleh Mehrun Najua – Co-founder bagi Gerobok Budget… Mula-mula dulu, dia nak sangat sambung belajar macam orang lain buat. Mana taknya, fikir Mehrun kalau dah belajar tinggi-tinggi mesti boleh dapat kerja bagus-bagus…

Cita-cita Mehrun sangat tinggi. Pada tahun 2018, Mehrun dah bersedia dan betul-betul bulatkan hati untuk melanjutkan pelajaran dengan niat nak Mak bangga ada anak yang menuntut ilmu sampai ke menara gading. Walaupun pada bidang yang tidak diminati, dia turutkan juga demi Mak.

Hajatnya cuma satu, dia tak nak ada mulut-mulut yang merendahkan Mak hanya disebabkan mempunyai anak yang tidak ‘berdiploma’. Bayangkanlah, ketika surat tawaran diterima, perasaan Mehrun masa tu Tuhan je yang tahu. Terbayang-bayang wajah Mak yang bangga dan gembira.

Sebaliknya, wajah Mak hanya sayu. Rupa-rupanya, Mak Mehrun lebih berharap beliau dapat bantu Mak yang dah tak berapa nak sihat. Disebabkan impiannya, Mehrun tetap terus luahkan hasratnya untuk sambung belajar sampailah Mak sendiri yang beralah.

Walaupun lulus dalam peperiksaan, Mak masih berat hati dan tidak gembira seperti yang Mehrun harapkan. Sehinggalah pada suatu hari, Mehrun terima panggilan dari Mak untuk belikan tiket ke program RichWorks dan Mehrun ikutkan je… Tak ada satu persoalan pun yang muncul, dia nak Mak gembira je.

Pada hari program itu, Mehrun langsung tak memberontak kerana ikutkan Mak ke situ. Sebaliknya, Mehrun datang dengan harapan nak Mak senang hati. Sampailah muncul seorang lelaki yang bertubuh besar dan tegap naik ke pentas dan menggelarkan diri sebagai Dr Azizan Osman…

Setiap bait patah perkataan Dr Azizan menusuk masuk jauh ke dalam lubuk hati Mehrun. Tiba-tiba, Mehrun terus teringat Mak yang susah payah berniaga Yong Tau Foo sampai dianiaya orang. Dengan kata-kata tu juga menyedarkan yang dia patut bantu ibunya yang jana pendapatan sebab nak bagi makan pada anak-anaknya…

Baru je berusia 19 tahun, Mehrun Najua terus dapat jana pendapatan yang tinggi dengan bermentorkan Dr Azizan Osman. Baginya, program RichWorks jugalah yang berjaya membuatkan di mana beliau berada sekarang.

Sehingga kini, Mehrun dapat membanggakan mak dengan membantunya berniaga sampaikan boleh ubah nasib keluarga 360 darjah. Berbekalkan ilmu dari program RichWorks dan Dr Azizan Osman, jualannya mencecah sehingga RM200,000 sebulan.

Ibu tu keramat hidup… Mehrun dah buktikan walaupun tak dapat capai impian sendiri, hatinya lega melihat ibu yang tersenyum gembira melihat kejayaannya dengan hanya berniaga dan membantunya.

Kami yakin setiap daripada anda ada sebab yang tersendiri untuk UBAH HIDUP. Dengan program Nak Ubah Hidup ni, akan dapat bantu lebih ramai orang yang nak kuasai potensi diri, kewangan dan bisnes. Kami berharap anda pun tak sabar untuk rasai pengalaman di Nak Ubah Hidup.

Pastikan anda tonton siaran ulang Talkshow Nak Ubah Hidup bersama tetamu undangan, Cikpuan Wan Nor Syafikah sepanjang minggu ni, jam 9 malam di Facebook Page Azizan Osman. Ingatkan rakan-rakan anda untuk sama-sama tonton supaya dapat terinspirasi dari perkongsian sesi ni.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>