
Walaupun dah ada ijazah dalam bidang bisnes korporat, walaupun dah pernah berniaga sebelum ini..dan walaupun dah ada cawangan..tanpa mentor yang betul, bisnes yang dah dirasakan berjaya boleh runtuh dipertengahan jalan. Tiba-tiba je.
Tuan Amran Abd Hamid merupakan pengarah Resipi Arena Sdn Bhd yang menguruskan rangkaian kedai makan Dapur Penyet yang kini mempunyai 15 cawangan. Perniagaan ini dimulakan pada tahun 2010 dan cawangan pertama terletak di Food Court Maju Junction Mall, Kuala Lumpur dan semenjak itu Tuan Amran dah mampu membuka 14 cawangan Dapur Penyet.
Tapi, bisnes yang sebelum ini berjalan lancar mula menunjukan tanda-tanda tak sihat dengan sales yang stuck dan beliau mula merasakan tekanan dan struggle dalam menguruskan dan membesarkan bisnes. Sehingga akhirnya dia terpaksa tutup 4 cawangan, berhutang dengan bank sehingga mencecah RM2 juta sehingga menjejaskan cashflow bisnes.
Apa yang lagi berat ialah bila masalah dalam bisnes menyebabkan ianya juga memberikan tekanan kepada keluarga, dan pelabur-pelabur perniagaannya. Tuan Amran rasakan intergriti dan kepercayaan yang diberikan kepadanya telah hilang. Tekanan dari pihak bank dan pembekal yang menagih hutang membuatkan beliau rasa dah tak boleh nak teruskan bisnes ini.
Dalam keadaan tertekan, beliau mula belek-belek buku marketing yang ada dan terpandang buku Dr Azizan Osman yang dibeli pada 2013 ketika beliau hadir ke program preview yang diadakan ketika itu. Bagi Tuan Amran, “he is just another typical speaker anda trainer like others.” Tak ada yang special nya…
Sehinggalah dalam keadaan yang sangat terdesak, beliau bangun awal pagi dan terfikir hendak larikan diri dari masalah. Dalam hati dia berdoa supaya tunjukkan siapa yang boleh bantu beliau untuk pulihkan bisnesnya. Dan dia mula teringat, Dr Azizan Osman pernah cerita dalam 1 event yang dia pernah hadiri bahawa Dr Azizan selalu bersolat subuh di sebuah masjid di Shah Alam.
Terus terlintas di fikiran Tuan Amran untuk mencari Dr Azizan. Doanya “jika dia terjumpa Dr Azizan pagi itu, itulah mentornya nanti.” Dan Allah tak pernah tak membantu hambaNya, Tuan Amran tiba di masjid tersebut dan dia dapat solat subuh di belakang Dr Azizan yang berada di saf hadapan. Beliau sangat bersyukur kerana bagi beliau itulah petunjuk yang dia perlukan dalam keadaan beliau yang terdesak tu.
Dari situlah beliau mula menyertai program RichWorks dan alhamdulillah dengan ilmu dan bimbingan yang diperolehi, bisnes beliau yang dah jatuh teruk sekarang dah boleh bernafas kembali. Beliau dah mula betulkan semua perkara dalam bisnes dan kini telah memiliki 15 cawangan. Apa yang best lagi, Tuan Amran lebih jelas hala tuju perniagaannya. Bisnesnya perlu semakin membesar, bukan sahaja untuk kaya dan demi duit tapi demi nak membantu kakitangannya yang semakin bertambah. Dengan jualan 2018 mencecah RM16 juta, beliau kini sangat yakin untuk melatih kakitangannya supaya mereka dapat sama-sama berganding bahu untuk membesarkan bisnes Dapur Penyet dan menguasi lebih banyak pasaran di luar sana.
Pesan Tuan Amran – Business yang Grow adalah business Yang Kaya .. Business Yang Paling Kaya adalah Business Yang Paling Bermanafaat Ramai Orang
…………….
Setiap perjalanan kejayaan dalam bisnes pasti ada jatuh bangunnya. Tapi, dengan mentor yang betul anda dapat capai matlamat bisnes anda dengan lebih jelas dan boleh elakkan dari melakukan kesilapan dan kerugian yang besar.
Ramai usahawan nak besarkan bisnes berkali ganda, tapi mereka tak bersedia untuk hadapi cabaran di masa akan datang, dan mereka tak tau what to expect.
Sebab itu kami adakan Program 10X Grow Your Business pada 4-5 Mei 2019 di Menara PGRM Cheras, di mana dalam program ini, kami akan menghimpunkan usahawan-usahawan seluruh Malaysia yang serius nak besarkan bisnes ke tahap 10 kali ganda dari tahap sekarang tanpa perlu tunggu 10 tahun!
Jarang usahawan-usahawan seluruh Malaysia dapat bergabung dalam satu tenpat dan belajar macam mana nak tingkatkan ekonomi bisnes masing-masing! Kami pasti ini akan jadi satu tepat perhimpunan yang menarik.
Layari www.richworks.com/10xgrowth untuk dapatkan seat anda, dan kami akan berikan tawaran 1 tiket percuma dengan setiap pembelian supaya anda dapat hadir bersama sahabat anda.
Hanya 8 hari saja lagi sebelum Program 10X Grow Your Business. Pastikan anda ada di program itu nanti.
#TeamRichWorks
#10XGrowYourBusiness