
Penganjuran buat kali ke-3 The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2018 kali ini sekali lagi mengiktiraf 100 individu paling berpengaruh di Malaysia dalam bidang mereka masing-masing. Kemeriahan majlis gala makan malam yang berlangsung pada 5 Oktober 2018 di Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre ini dianjurkan oleh Armani Media Sdn Bhd.
Antara penerima kehormat anugerah ini adalah Pengasas Bersama dan Pengarah Serantau Richworks International, Tuan Jerry Rizal yang merangkul anugerah ini di bawah kategori ‘Driven By Passion’ pastinya dibuat atas dasar penilaian yang rapi, melihat pada kredibiliti, usaha keras, ketabahan dan kreativiti dalam memacu industri yang diceburi.
Antara nama besar yang turut menerima anugerah ini bagi kategori Anugerah Pencapaian Usahawan Sepanjang Hayat diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
Menteri Pembangunan Usahawan, Yang Berhormat, Mohd Redzuan Md Yusof turut hadir sebagai tetamu kehormat yang menyampaikan anugerah kepada 100 individu yang layak menerima anugerah tersebut.
Kejayaan Tuan Jerry Rizal menerima anugerah ini adalah mengikut jejak langkah Pengasas Richworks International, Dr Azizan Osman yang menerima anugerah yang sama pada tahun 2017.
Tuan Jerry Rizal merupakan seorang perunding kewangan dan perakaunan yang berpengalaman lebih 20 tahun di dalam dan di luar negara. Beliau pernah berkhidmat sebagai konsultan perniagaan di Singapura dan London untuk beberapa tahun sebelum pulang ke Malaysia.
Hari ini, beliau adalah Pengasas Bersama dan Pengarah Serantau Richworks International yang merupakan penganjur program keusahawanan terbesar di Asia. Sepanjang kerjayanya beliau banyak terlibat dengan pengurusan portfolio syarikat-syarikat besar, sehingga ke akaun syarikat yang tersenarai di Bursa Saham.
Kepakaran beliau adalah memperkukuhkan dan membuat penambahbaikan asas sesebuah organisasi dari segi pematuhan dan perihal pengurusan perniagaan, kewangan dan pelaburan.
Beliau kini menumpukan usahanya untuk memberi nilai dan membantu usahawan tempatan di Malaysia terutamanya Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) untuk berkembang menjadi syarikat mampan bernilai jutaan ringgit dalam masa 3 hingga 5 tahun.
The 100 Most Influential Young Entrepreneurs mengiktiraf usahawan yang berani, kreatif dan inovatif yang menetapkan standard semangat berdaya usaha yang tinggi di Malaysia. Personaliti yang luar biasa ini menjadi perintis dalam industri bisnes mereka yang menjalankan usaha yang luar biasa.
Ini membuktikan untuk berjaya ke tahap mereka hari ini tidak ada jalan lain selain dari kerja keras, ketabahan dan kepintaran. Kesemua usahawan yang menerima anugerah pada hari ini, mereka adalah individu yang berani mengambil risiko, inovatif dan mahir dalam menyelesaikan masalah.
The 100 Most Influential Young Entrepreneurs dianugerahkan penganjurnya sebagai inisiatif untuk memberi inspirasi kepada usahawan Malaysia dengan kualiti dan karisma sebagai peneraju industri. 100 Icons, 100 Ideas, 100 Innovations, 100 Inspirations. Anugerah ini menjadi satu lagi lambang kejayaan buat Richworks dalam terus membantu lebih ramai usahawan di Malaysia.
Tahniah daripada seluruh warga Richworks buat Tuan Jerry Rizal di atas pencapaian yang membuktikan segala usaha yang dilakukan selama ini bukanlah satu usaha yang sia-sia.