Ads

John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr bukan setakat nama-nama artis yang pernah mewarnai persada muzik dunia.  Mereka juga bukan setakat jejaka kacak British yang menawan hati ramai orang seluruh dunia.

Mereka adalah sekumpulan yang berbakat besar, dan yang dah membuktikan dengan bakat yang ada anda mampu menjadi legasi dunia! Ini bukan main-main! The Beattles adalah sebab lebih ramai orang yang berbakat dalam bidang nyanyian atau bermain alat muzik mula berani untuk tampilkan diri membina legasi tersendiri.

Industri muzik adalah sebuah perniagaan. Ianya bukan setakat “dia berbakat dan dia berbeza dari orang lain..” tapi dengan proses penjenamaan dan dengan kempen permasaran yang betul, bakat yang dimiliki dapat memberikan keuntungan jangka panjang.

Bagaimana sebuah kumpulan 4 lelaki dari Liverpool ini mampu menggegarkan dunia dan sehingga kini mampu menjual 80 juta unit albumnya secara fizikal dan tidak terkira jumlah lagunya di muaturun dari internet, sehingga memiliki saluran Beatles Greatest Hits di saluran Spotify? Belum lagi tentang anugerah-anugerah yang diterima, bilangan lagunya yang bertakhta di tangga carta-carta lagu hit di seluruh dunia dan banyak lagi anugerah yang menjadikan mereka antara atris terkaya sepanjang zaman di dunia. Dan, konsert-konsert yang sentiasa ‘sold out’ bahkan ada juga yang mula mencipta aplikasi game untuk The Beatles?

Ada yang kata Beatles popular kerana lagu-lagunya, ada yang kata kerana wajah tampan mereka, ada juga yang bersepakat mengatakan kerana kontorversi yang ada dalam kumpulan itu sendiri? Apa sebenarnya yang menjadikan mereka legasi?

Bila ditanya bagaimana The Beatles boleh menjadi legasi, Michael Hsu, pengarah Pemasaran untuk Rapleaf yang mengendalikan kajian khas ke atas kepopularitian Beatles sehingga mampu menghasilkan fenomena “BattleMania” mengatakan “If you find out why, will you let us know?”

Menurut beberapa kajian lain, Beatles mampu bertahan dan menjadi legasi kerana dari awal lagi mereka jadikan diri mereka mudah dilihat dan dijumpai. Mereka yakin, lagu mereka sangat memberikan impak yang kuat sehingga orang sanggup berbelanja untuk mendapatkan apa sahaja berkaitan The Beatles.

Ramai pengkaji merumuskan, 4 perkara yang menjadikan The Betles menjadi satu jenama yang sangat terkenal sepanjang zaman:

1/ Berani melangkah keluar sempadan dan menjadi berbeza. The Beatles terkenal dengan keberanian mereka menghasilkan muzik baru yang kemudiannya menjadi ikutan ramai.

2/ Tampil gagah dan kuat.  The Beatles tak pernah dilihat tampil di hadapan khalayak tanpa kesemua ahlinya. Mereka sentiasa pastikan keempat-empat mereka ada bersama dalam apa juga situasi. Ini menjadi kekuatan kepada mereka dan jenama itu sendiri.

3/ Menjaga fan base. The Beatles sangat terkenal dengan karenah mereka yang suka melayan peminat. Samada secara berhadapan atau dengan membalas surat-surat mereka, The Beatles mendapat sokongan peminat melalui kesudian mereka untuk meluangkan masa bersama peminat.

4/ Ringkas dan mudah.  Tampil ringkas dan mudah menyebabkan The Beatles mudah digemari oleh segenap lapisan masyarakat.  Walaupun kumpulan itu telah ditubuhkan semenjak awal tahun 60-an, sehingga kini ahli yang tinggal iaitu Paul Mccartney dan Ringgo Star masih lagi tampil dengan imej ringkas.  Bagi mereka, rings menyebabkan semua lapisan masyarakat mudah untuk ‘connect’ dengan mereka.

Belajar sesuatu dari artikel ini?  Mahu membina jenama sendiri yang bakal jadi legasi?  Layari www.marketingmastery.com.my untuk pelajari strtategi pemasaran dan ilmu branding untuk menjadikan jenama dan bisnes anda lebih tahan lama dan lebih dikenali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>