Ads

Muda-muda remaja ni kalau budak-budak lain rasanya tengah hangat bercinta. Ye lah darah muda ni, enjoy dululah life tu kan! Tapi lain ceritanya bagi Muhammad Ozir Zuri pemilik Krupers Global ni. Dia nekad nak membantu keluarga dan nekad memulakan bisnes trainer dan konsultan untuk bantu lebih ramai orang di luar sana.

Kadang-kadang, kita sebenarnya tidak tahu dan tidak sedar keluarga yang banyak bantu kita. Dan jika anda perasan, ramai orang buat sesuatu perkara atau tindakan adalah demi keluarga. Itulah situasi yang dihadapi Ozir.

Sebelum ini dia hanyalah seorang pelajar biasa dan penuntut universiti sama seperti orang lain. Sepanjang dia mula-mula bergelar pelajar, keluarga dia yang banyak membantunya dari segi kewangan dan sokongan.

Keluarga mana yang nak ahli keluarganya susah? Tambah-tambah pulak mak ayah. Mereka tak kan sesekali biarkan anak mereka kebulur hanya disebabkan alasan tak ada duit!

Dan disebabkan pengorbanan daripada ibu dan ayahnya, Ozir nekad untuk berbisnes selepas tamat pelajaran.

Tak pernah terlintas pun dalam fikiran Ozir untuk buat bisnes sendiri apatah lagi menjadi seorang pengajar. Tapi, itulah perkara pertama yang difikirkan Ozir bila dah berhasrat untuk bantu keluarga, berbakti dan berkongsi rezeki bersama mereka.

Sehinggalah dia bertemu dengan Mentor Dr Azizan Osman dalam program Marketing, itu pun sebab dipaksa masuk oleh ayahnya.

“Lepas 4 hari belajar, saya keluar dari program tu seperti orang baru. Pemikiran saya berubah 360 darjah. Tiba-tiba saya minat bisnes sebab bagi saya bisnes adalah cara pantas untuk bina kewangan dan bantu orang sekeliling kita.”

Jadi dia pun balik dan jadi sales person Proton. Bukan itu je, dia juga pernah jual power bank dan kain batik dari pintu ke pintu. Dalam masa yang sama dia jugak mulakan bisnes kek coklat dengan ibunya di rumah dengan oven gas bermodalkan RM300. Alhamdulillah menjadi.

Tapi lepas 2 bulan dia tukar produk kepada crunchy almond. Alhamdulillah dalam masa 3 bulan dia berjaya capai RM40,000 sebulan. Malah dia juga berjaya rekrut beratus stokis dan beribu ejen di bawahnya.

“Pada waktu tu saya selesa dan tanpa sedar, semua ejen dan semua stokis tinggalkan saya. Saya jatuh terduduk sehinggalah dalam poket hanya tinggal RM100. Pada waktu yang sama saya baru saja kahwin, rumah dan kereta belum dibayar.”

Tak ramai orang berjaya hadap kesusahan hidup macam ni. Tapi Ozir tak putus asa. Satu perkara yang dia tak pernah berhenti adalah belajar dan terus belajar. Dia konsisten follow DAO dan RichWorks. Bila kita jatuh, perkara yang boleh selamatkan kita ialah ilmu.

“Saya mula bangkit kembali dengan rekrut semula ejen dan stokis.Dalam masa yang sama ramai yang datang dan bertanya tentang sistem ejen. Saya hanya kongsikan apa yang saya tahu. Lama kelamaan makin ramai yang nak belajar.”

Ozir lepaskan bisnes crunchy almond sepenuhnya kepada ibu pada tahun 2016 dan beranikan diri untuk mulakan training company. Alhamdulillah makin ramai yang yang memerlukan dia kerana mereka menghadapi masalah dalam rekrut, urus dan training ejen.

“Saya bersyukur saya dapat bantu usahawan terutamanya yang menghadapi masalah seperti saya dulu. Dalam masa yang sama, saya juga sertai Elite Mentoring sebab saya masih perlukan bimbingan Dr Azizan Osman dan RichWorks.”.

Dalam coaching Elite, saya tonton video secara online dan ia amat memudahkan saya untuk belajar di mana saja. Kemudian saya sertai SPIRE yang bagi saya ia sangat membantu persiapan saya untuk ke Titanium.”

Ozir bersyukur dan rasa bertuah kerana dapat lalui semua journey tersebut. Ia mengajar dia erti kesabaran dan berusaha untuk achieve the next level.

“Alhamdulillah akhirnya saya beranikan diri untuk sign up Titanium walaupun saya tahu syarat dan harapan saya untuk masuk Titanium tipis tapi saya cuba. Selepas di interview oleh DAO, Alhamdulillah saya diterima masuk ke dalam Titanium. Saya mengambil masa 3 tahun dari saya mula berbisnes untuk join Titanium”.

Pada awal 2020, team dia meningkat dari 2 orang kepada 5 orang. Walaupun pada awalnya takut untuk ambil team baru sebab tidak tahu cara untuk uruskan team, tapi berada dalam persekitaran ahli Titanium membuatkan beliau lebih yakin untuk ada lebih ramai team.

Dari segi jualan Krupers Global, ia meningkat sebanyak 219.32% daripada RM400 ribu pada 2018 kepada RM1.4 juta pada 2019.

Awesome ke awesome perkongsian Tuan Ozir ni? Kami yakin ramai anak muda di luar sana nak berjaya dan capai bisnes luar biasa.

Kami di RichWorks sentiasa mahu bagi yang terbaik kepada korang. Kalau korang betul serius nak cipta sejarah, klik www.richworks.com/wasap sekarang. Kami mahu bantu anda!

#ResultMatters
#ResultIAmATitan

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>