Ads

Itali menjadi negara pertama di luar China mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara itu akibat ancaman COVID-19.

Disebabkan peningkatan wabak Covid-19 menular di Malaysia, pihak kerajaan memutuskan untuk lakukan perintah kawalan pergerakan kepada seluruh rakyat Malaysia bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. 

Keadaan ini membuatkan ramai orang panik! Ada yang berpusu-pusu pergi pasaraya untuk dapatkan bekalan selama 2 minggu. Paling tak percaya! Banyak bahan kering dan basah habis dalam tempoh masa yang singkat! Memang betul-betul panik ni! 

Ada juga segelintir peniaga yang panik. 

‘Alamak! Habis lah sales 2 minggu ni menurun! Tak ada orang datang kedai’ 

‘Apa nak buat ni? Apa akan jadi dengan bisnes kita? Rugi lah nanti!’ 

Panik! Panik! Panik! Sangat panik! 

Sabar! Jangan panik kalau anda seorang peniaga yang bijak

Kata Dr Azizan Osman, di mana ada masalah di situ ada peluang. Don’t look at the problem, but find the solution! 

Ada 5 tips berniaga dalam ‘perintah berkurung’ yang saya boleh cadangkan: 

  1. Contactless delivery

Sekiranya anda menjalankan makanan atau restoran, teruskan bisnes dengan buat delivery kawasan yang berdekatan sahaja. Tapi pastikan anda buat langkah berjaga-jaga. Jaga kebersihan dan keselamatan. Sebagai contoh, ada dikalangan mereka yang perlu bekerja dari rumah. Jadi mereka masih tak ada masa untuk masak atau keluar beli makanan. 

Menurut FoodPanda, mereka akan melakukan contactless delivery dalam tempoh 

perintah berkurung. Pelanggan dan rider berhubung melalui mesej sahaja. Pelanggan perlu membayar secara online dan cashless. Kemudian, rider dan pelanggan perlu berada dalam jarak 1 meter. Selepas rider hantar makanan, perlu cuci atau sanitize tangan secepat mungkin. 

2. Pre-order 

Sekiranya produk anda limited atau dapat permintaan ramai, buat pre-order dan pelanggan anda boleh collect produk selepas perintah berkurung tamat. Pastikan promosi yang anda lalukan dapat tarik perhatian mereka untuk membeli. Ini lah masanya untuk fokus cari jualan dengan maksimum sebab anda tak perlu fokus untuk jalankan operasi bisnes anda. 

3. Grab and go

Ambil pesanan melalui media sosial, call, atau mesej. Kemudian, minta mereka ambil dalam masa yang anda tetapkan sekiranya order mereka dah siap. Sebagai contoh, kedai bunga. Sekiranya ada pelanggan perlukan produk anda. Ambil order, siapkan gubahan dan minta pelanggan anda ambil pada waktu yang dah ditetapkan. Hal ini supaya pelanggan dapat mengurangkan tempoh pergerakan di luar rumah.  Tapi pastikan anda lakukan langkah berjaga-jaga dan pencegahan

4. Berniaga dan berurusan secara online 

Sekiranya anda buat servis perkhidmatan seperti buat design, buat kerja-kerja online seperti handle media sosial, set up website, cipta content dan yang berkaitan, anda boleh teruskan perniagaan seperti biasa. Berinteraksi dengan pelanggan melalui media sosial, mesej atau email sahaja. Sekiranya anda buat institut pengajian, anda boleh lakukan online seminar.  Tapi pastikan anda ada sumber internet yang kuat macam anda berada di office. Bayaran juga boleh dibuat secara online atau cashless

5. Rancang dan bersedia dengan strategi perniagaan selepas ‘perintah berkurung’ tamat 

Ada bisnes yang terpaksa ditutup dan tak boleh beroperasi seperti kilang, sewa kereta dan sebagainya. Langkah yang anda boleh lakukan adalah rancang strategi bisnes anda selepas tempoh berkurung tamat. Apakah perkara yang anda boleh lakukan untuk naikkan bisnes? Sentiasa konsisten dalam tindakan untuk pastikan anda capai matlamat bisnes anda. 

Jangan jadikan tempoh kawalan pergerakan ini sebagai satu alasan untuk anda jatuhkan atau sabotaj bisnes anda sendiri. Cari jalan penyelesaian yang efektif dan bersesuaian dengan bisnes anda. Kekalkan momentum bisnes anda dan sentiasa konsisten

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>