Ads

Siapa tahan hidup dengan gaji yang tak sampai 2 hari dah boleh ‘lesap’ begitu sahaja. Berapa ramai orang yang terperangkap dengan hidup sendiri? Duit tak ada, duit tak cukup dan ada yang terpaksa mengikat perut kerana tahap kewangan yang tidak cukup.

Sakit!

Marah!

Isteri, anak, suami semuanya terpaksa menahan hidup yang dirundung malang tak habis-habis…

Jangan salahkan takdir! Salahkan diri sendiri yang terlalu suka dengan kehidupan ‘malang’ yang anda sendiri mahukan.

Kenapa tidak bertindak? Takut?

Tuan Razikin Md Ardani dah puas hidup susah. Ikan kembong 4 ekor pun disimpannya untuk makan 4 hari. Sedih! Seorang lelaki yang orang katakan gagah akhirnya tewas juga dengan titisan air mata kerana mengenangkan nasib diri dan keluarga yang susah. Susu anak pun tak dapat nak beli.

Jadi apa yang beliau lakukan? Adakah hari-hari menongkat dagu mengenang nasib? Beliau tak tunggu lama, beliau bangkit demi mengubah hidup keluarganya.

Lihat kini, apa yang beliau perolehi dari usahanya? Dari seorang pekerja kilang, kini mampu bina perniagaan. Walaupun beliau tidak berpelajaran tinggi, itu bukan penyebab untuknya terus jatuh.  

Sedih dengar cerita Tuan Razikin ni. Pernah terpaksa pinjam duit dari pekerja warga asing sebab diri sendiri tak ada duit nak makan. Tapi sekarang, alhamdulillah, Cinta Dua Sdn Bhd berjaya mengutip sales mencecah lebih dari RM3 juta setahun.

Tonton kisah benar hidup Tuan Razikin Ardani yang pasti membuatkan anda mengalirkan airmata dengan kisah beliau yang sangat menusuk di jiwa.

Dah dengar nanti, jangan hanya mengenang nasib yea..mulakan langkah kejayaan seperti Tuan Razikin. Mana tahu, anda salah seorang usahawan dan jutawan berjaya dan dikenali ramai.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>