
Pada kali ini, Inner Circle meeting ahli Titanium diadakan di Shenzhen, China. Inner Circle Meeting adalah perhimpunan usahawan Titanium Premier bersama Dr Azizan Osman. Perhimpunan ini adalah sesi pembelajaran secara eksklusif secara tertutup. Ada banyak ilmu yang Dr Azizan kongsikan. Selain itu, ahli-ahli Titanium juga boleh menimba ilmu secara praktikal dengan menjadikan bandar Shenzhen sebagai contoh bandar perniagaan yang berkembang pesat dengan kemajuan teknologi dan inovasi. Salah seorang ahli Titanium Premier, Puan Husnorleyda bersama suaminya Tuan Salimin tidak melepaskan peluang untuk dapatkan ilmu dari Dr Azizan Osman di bandar Shenzhen.
Kisah pasangan juatawan ini bermula di kala rakan lain pulang ke kampung menceritakan keseronokan bergaji besar di ibu kota beliau yang ketika itu sudah mengendong anak rasa malu kerana tidak bekerja dan tiada punca pendapatan dan hanya bergantung kepada gaji suaminya, Tuan Salimin Salleh. Juga rasa malu apabila dah berkeluarga tapi masih menumpang di rumah ibu bapa.
Berapa ramai di antara anda yang pernah hadapi atau sedang hadapi masalah macam Puan Husnorleyda ini?
Beliau pernah bekerja kilang dengan gaji hanya RM300 sebulan. Kemudian, pernah juga jadi pembantu bapanya yang bekerja sebagai kontraktor. Hinggalah pada satu hari, sebelas tahun yang lalu, suaminya Tuan Salimin terpaksa berpindah dan duduk berjauhan atas desakan kerja.
Perkara itu menjadi pencetus pasangan ini ingin berniaga. Puan Husnorleyda tidak sanggup berenggang dengan keluarganya. Maka terbinalah Husmat Furniture yang dah 10 tahun bertapak sebagai satu-satunya penjual perabot Melayu di Perlis. 36 kedai perabot lain di negeri itu dimonopoli oleh bangsa lain. Tambah membanggakan Husmat Furniture akan membuka cawangan yang ketiga mereka tahun 2020 ni.
Tersenyum bangga Team RichWorks apabila Puan Husnorleyda tunjuk dan ceritakan hutan di seberang jalan kedai perabotnya telah pun beliau beli ketika kunjungan ke kedainya baru-baru ini. Bukan itu sahaja, tanah berhektar-hektar di belakang kedainya juga turut dibeli untuk pelbagai rancangan bagi mengembangkan bisnes.
Puan Husnorleyda yang dari dahulunya seakan ‘alergik’ apabila lihat keadaan kedai tidak berubah setiap tahun sedikit sebanyak bantu beliau bina bisnes berjaya. Beliau akan sentiasa menambah baik keadaan kedai dan sentiasa dahagakan perubahan di dalam perkembangan bisnes setelah melangkah ke tahun baru. Pendek cerita, Puan Husnorleyda memang dah ada growth mindset sedari dulu. Inilah ciri-ciri usahawan berjaya!
Jika anda melihat Husmat Furniture kini gah dan berjaya, tak ramai yang tahu dahulu pasangan ini berniaga, jualan perabot mereka hanya RM15 ribu sebulan. Bisnes perabot jumlah sebanyak itu, beliau akui tidak pasti bagaimana mereka berbisnes. Malah, gaji mereka sendiri pun tidak pernah ambil.
Tekad nak keluar dari jadi mangsa bisnes sendiri dan dek kerana kerap ‘merompak’ duit bisnes sendiri, pasangan ini keluar mencari ilmu dengan mengikuti seminar RichWorks- Berani Berniaga di Alor Setar pada tahun 2012. Amat menghargai usaha Dr Azizan Osman, pasangan ini masih mengingati hanya dengan bayaran RM15 seorang, banyak barangan yang dibekalkan seperti t-shirt, buku malah makanan juga. Kesan daripada seminar itu, mindset mereka tak lagi rasa nak capai RM1 juta itu susah seperti disangka.
Terbukti kini, pada tahun 2019 Husmat Furniture sudah mampu membuat jualan mencapai RM425 ribu sebulan, tahun sebelumnya jualan mereka mencapai RM250k sebulan dan sebelum menjadi ahli Titanium telahpun mencapai RM150k sebulan. Pasangan ini juga sudah menginjak tahun ketiga berada dalam ahli Titanium RichWorks.
Kemudian, pasangan ini sempat bercerita bagaimana program RichWorks – Advance Marketing Power yang mereka hadiri pada tahun yang sama turut mengubah hidup mereka. Masakan tidak, selama ini hanya boleh buat jualan RM15k sebulan tapi dengan mempraktikkan ilmu yang diamalkan semasa program itu, mereka boleh mencapai jualan RM10k dalam masa sehari apabila menganjurkan ‘Husmat Furniture Launching Day’.
Dahulu keluasan kedai perabot Husmat Furniture hanyalah 20 X 60 kaki persegi dan ada seorang team sahaja tapi kini kedai Husmat Furniture di Kuala Perlis makin luas. Seluas 80 X 140 kaki persegi dan team nya dah berkembang menjadi seramai 23 orang. Tambah Puan Husnorleyda, koleksi perabot di cawangan Kuala Perlis lebih menyasarkan kepada kegunaan awam dan di cawangan Kangar.
Kini, Puan Husnorleyda tidak lagi berasa rendah diri apabila rakan-rakannya balik ke kampung lagi. Beliau boleh bina bisnes berjaya meskipun tak ikut trend anak muda yang berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki. Hebat kan?
“Tapi jika anda nak mengusahakan bisnes di desa, strategi anda perlulah tepat. Tak boleh buat keputusan sesuka hati. Anda perlu mencari ilmu dan bimbingan MenThor untuk cepat mencapai kejayaan. Sebab selalu bisnes orang Melayu ni bertahan maksimum 3 tahun sahaja,” tambah Puan Husnorleyda.
Tambahnya lagi, selepas hadiri program Entrepreneur Foundation Programme (EFP) https://richworks.com/efp/ yang dikendalikan Tuan Jerry ketika itu, beliau yang dahulunya rekod jualan perabot di buku ‘lejer’ kini sudah mempunyai sistem yang teratur.
“Dulu, kira gaji staf ikut suka, tapi lepas hadir EFP https://richworks.com/efp/ baru mula kira duit. Dah pandai bayar cukai, dah pandai asingkan duit, dulu risau bulan 12 je nak kena bayar supplier sampai kena top-up duit sendiri hingga pokai. Walaupun sales RM2 juta tapi tak tahu duit tu duduk kat mana,” terangnya panjang lebar.
Impian wanita ini besar. Beliau ingin menyediakan peluang pekerjaan kepada anak Perlis untuk berbakti di negeri sendiri dan memberi lebih banyak manfaat kepada ramai orang. Akui pasangan ini mereka tidak pernah terfikir untuk membuka cawangan. Tapi bila dah berada di dalam Circle Titanium dan melihat ahli Titanium lain dah capai apa yang mereka belum capai, ianya lebih membuka minda mereka untuk kembangkan bisnes. Alhamdulillah, tahun pertama pasangan ini berada di dalam Titanium Circle, mereka dah mampu gapai impian mereka.
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan program EFP anda boleh layari https://richworks.com/efp/