Ads

Orang kata wanita elok duduk kat rumah buat kerja-kerja memasak, mengemas dan menjaga anak je. Katanya berniaga dan cari rezeki ni tugas si suami, tugas lelaki. Tapi, apa yang kita nampak sekarang wanita dengan bisnes dah makin sebati, kan?

Mana-mana pergi ada je orang perempuan yang berniaga dan makin berjaya dengan bisnes mereka. Ada juga yang sampai jadi usahawan dengan menjual produk kesihatan dan kecantikan, produk tudung, makanan dan banyak lagi…

Mana taknya…Menjelang tahun 2020 penglibatan wanita dalam bidang bisnes akan meningkat sehingga 23%. Fakta, pada tahun 2018 je dah 20.6% wanita di negara ni yang terlibat dalam bidang keusahawanan. Itupun dah ramai, kan?

Mungkin ada sesetengah wanita yang berniaga dan berbisnes sebabkan mereka ada anak-anak dan keluarga yang nak ditanggung. Tapi tak dinafikan, usahawan wanita banyak yang dijadikan contoh dan inspirasi kepada ramai orang terutamanya anak muda di luar sana.

Kami nak kongsikan kisah usahawan wanita yang dah berjaya menjadi seorang usahawan, dapat ubah hidup mereka sehingga 360 darjah dan dah bantu ramai orang melalui bisnes mereka sendiri.

Kisah Puan Emma (Weddings by Emma)

Bisnes kahwin-kahwin ni tak boleh maju? bisnes kampung? hello tolong sikit… Bisnes ni lah yang semakin banyak persaingan sekarang macam cendawan tumbuh lepas hujan! Tapi, apa yang bezanya, tak semua bisnes kahwin ni sama, ye kan…

Dulu, beliau ni hanyalah seorang pekerja biasa yang sekadar makan gaji di bandar. Namun, walaupun beliau meraih gaji setiap bulan ketika itu, masih tak cukup untuk perbelanjaan harian malah tak dapat nak berikan sedikit kepada ibunya. Tinggal pula 7 sekeluarga dalam sebuah flat yang sangat sempit.

Puan Emma buat keputusan untuk buka bisnes dengan berbekalkan modal sebanyak RM1000 sedangkan bisnesnya ialah wedding planner yang perlukan banyak duit. Selepas dapat ilmu daripada program RichWorks, Puan Emma kembangkan bisnes sampaikan dikenali kerabat DiRaja dan selebriti.

Kehidupannya mula berubah 360 darjah selepas bisnes semakin meningkat dan jualannya pernah mencecah jutaan ringgit sebulan. Percaya atau tak percaya, itulah yang terjadi pada Puan Emma Zuraida…

Ramai lagi wanita di luar sana yang dah pun berjaya menjadi seorang usahawan seperti Puan Emma ni sendiri… Ia adalah satu perkara yang bagus untuk seorang wanita memulakan empayar sendiri dengan menjalankan perniagaan. Tonton video perkongsian Puan Emma Zuraida baru-baru ini…

Amacam? Wanita ni memang hebat kan? Kuat dan cekal, lebih-lebih dalam mencapai apa je yang diimpikan. Kalau anda ada impian nak ubah hidup seperti yang Puan Emma Zuraida buat, sertai program Nak Ubah Hidup dengan hanya layari www.NakUbahHidup.com sekarang.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>