Ads

Perintah kawalan pergerakan bukan bermakna bisnes anda tutup atau lingkup!

Jika minggu lepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa perhimpunan yang melibatkan orang ramai ditangguhkan, pada Isnin lepas kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.

Dengar je boleh kerja dari rumah ramai orang bersorak gembira, kelihatan seperti impian jadi kenyataan. Seronok bila tak perlu berdepan dengan kesesakan jalan raya dan paling best sebab tiada kod berpakaian. Setuju?

Tapi anda perlu ingat, penting untuk anda menetapkan sempadan antara kerja dan kehidupan rumah untuk rutin tugas harian anda tidak terjejas

Bagaimana nak lead team yang bekerja dari rumah? Ini tip untuk anda.

1) Kongsi matlamat

Ramai orang sangka kerja dari rumah adalah kerja secara santai-santai. Itu silap! Kerja adalah kerja, tak kira di mana lokasi anda dan anda kena beri yang terbaik. Sebagai leader anda kena bantu staf/team anda untuk faham apa kenapa mereka perlu bekerja dan selesaikan tugasan di rumah dengan cara kongsikan dengan mereka matlamat yang jelas. Ini penting untuk pastikan tugasan team anda sentiasa align

2) Sentiasa berhubung

Sekarang ada bermacam-macam aplikasi yang boleh menyokong setiap daripada anda untuk berhubung dengan mudah setiap masa. Salah satunya adalah aplikasi WhatsApp. Ini masa untuk anda guna dan manfaatkan teknologi ini untuk bantu bisnes anda berjalan seperti biasa walaupun dalam keadaan isu Covid-19 ini. 

Selain itu, anda juga boleh gunakan Google Drive untuk sebarang tugasan melibatkan dokumen atau update report tugasan kerana ia boleh dikongsi dengan semua orang dalam team anda. Ini memudahkan anda untuk lead mereka. Paling best, semua ini adalah percuma!

3) Ambil tahu / Be curious

Ini tak bermakna anda tak percaya dengan team anda, tapi hakikatnya sukar untuk tahu bagaimana cara team anda bekerja apabila anda tiada bersama mereka secara fizikal. Sesekali tanya mereka update tugasan, roadblock dalam selesaikan tugasan atau apa-apa yang melibatkan tugasan.

4) Respon dengan cepat

Hanya kerana anda jauh tidak bermakna team anda kurang memerlukan anda atau hanya ada sedikit permintaan penting atau urgent. Sebenarnya sebagai leader, lebih penting lagi untuk menjawab persoalan atau tanya-tanya team anda dengan lebih cepat kerana ini membantu mereka selesaikan setiap tugasan lebih cepat dan mudah. Jika anda ada tugasan lain, beritahu mereka anda akan respon dalam masa terdekat. Sekurang-kurang mereka tahu status tugasan mereka dan tahu anda sangat alert dengan pertanyaan mereka.

5) Tunjukkan semangat

Walaupun bekerja dari rumah, bukan suatu yang mustahil untuk anda tunjukkan semangat anda sebagai leader. Sebab bila anda bersemangat, team anda akan lebih bersemangat. Tambah-tambah dalam keadaan isu kesihatan sekarang, semua orang lebih berhati-hati dan juga cepat panik jika berlaku sesuatu. 

Anda mesti tahu, menjadi pemimpin bukan mengenai lokasi. Ia hanya bermakna “care” dengan siapa pun anda bekerja dan bantu mereka untuk terus grow. Dalam keadaan sekarang, anda tidak perlu bekerja di pejabat untuk memastikan ini semua berlaku. Tapi selagi anda sentiasa kekal proaktif dan berkomunikasi secara terbuka, anda boleh melakukan kerja penting seperti ini dari mana-mana sahaja.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>