
Pejam celik, pejam celik lagi 79 hari je program Nak Ubah Hidup akan bermula pada 30 Ogos 2019 hingga 1 September 2019 ni di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam. Masa memang berlalu dengan pantas, sekarang pun dah masuk 8 Syawal.
Macam mana dengan raya anda kali ni?
Biasa biasa ke luar biasa?
Ada perubahan atau pun tak?
Semua orang ada pengalaman raya yang berbeza, kan… Tapi, mesti ada juga orang yang tak beraya dan serba tak lengkap macam orang lain.
Berapa ramai orang yang hidupnya susah, lalui banyak perkara yang membuatkan seseorang tu terpaksa buat macam-macam kerja untuk hidup senang. Kadang-kadang, orang yang ada bisnes pun ada banyak masalah sampai bisnes terpaksa tutup sebab rugi teruk. Hidup pun perlu ada perubahan, bukan penampilan diri semata-mata…
Adakah anda pun alami perkara macam ni atau anda kenal sesiapa yang ada masalah dengan bisnes dan sangat nekad nak ubah hidup? Kami nak kongsikan kisah dari Puan Aimi Zawiyah yang kini merupakan seorang ahli SPIRE.
Orang kata buat benda yang kita suka… Itulah yang dilakukan oleh Puan Aimi Zawiyah selepas tamat belajar dalam Diploma in Business Studies di UiTM. Pada awalnya, beliau hanyalah seorang suri rumah yang hanya buat part-time make up.

Puan Aimi sukakan bisnes kosmetik dan studio gambar dan pernah cuba untuk berniaga macam macam sejak bergelar seorang pelajar di universiti lagi. Ada terlalu banyak yang beliau cuba niagakan termasuklah tudung, pakaian, kosmetik dan banyak lagi. Beliau mula serius dalam bisnes apabila pada tahun 2012.
Macam mana dengan keadaan hidup anda sekarang? Susah atau tak puas hati dengan hidup sendiri? Anda yang hadapi masalah seperti Puan Aimi Zawiyah mesti nak hidup berubah 360 darjah, kan…
Tahniah kepada anda yang telah pun mendaftar untuk sertai program Nak Ubah Hidup! Kami percaya anda pasti dalam kalangan orang yang benar-benar nekad nak ubah hidup dan sangat bersedia untuk buat perubahan yang luar biasa dalam hidup anda.
Jangan lupa untuk set tarikh untuk sertai Program Nak Ubah Hidup akan datang pada 30 Ogos 2019 – 1 September 2019 yang akan berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam. Kami akan update anda tentang program dari masa ke semasa.