
Puan Tina bangun seawal pagi, sama seperti hari-hari lepas. Tapi hari ni lain, dia bangun dengan harapan WhatsApp dan PMnya akan penuh dengan soalan-soalan dari pelanggan yang mahu membeli produk kecantikan yang baru beliau iklankan malam tadi.
Puan Tina yakin, copywritingnya dah cukup baik dan gambar-gambar yang digunakan dah cukup WOW! Yang paling penting dia dah ‘letakkan’ sejumlah wang yang besar untuk buat FB ADs dan Boost posting di FB malam tadi.
Puan Tina tak sabar nak tengok WhatsApp dan PMnya. “Mesti banyak ni…habislah aku! Kena fikir siapa nak bungkus, siapa nak buat delivery…kena cek bayaran yang diterima..” bisiknya dalam hati.
Sebaik sahaja Puan Tina menghidupkan handphone dan menekan simbol hijau WhatsApp, matanya terbeliak – KOSONG! Tiada WhatsApp yang masuk. “Takpe..takpe..mungkin ada PM atau yang tulis di ruangan komen,” pujuk Pn Tina kepada diri sendiri. Puan Tina tengok PM, ada 1 mesej sahaja. Pn Tina tengok pula di ruangan komen – hanya ada 3 komen sahaja yang bertanyakan tentang bisnesnya. Puan Tina terduduk. Semangatnya hilang. Cita-cita nak buat jualan yang lebih banyak di bulan itu hancur musnah. Bisik Puan Tina “Kenapa tak ada, apa yang tak kena?”
Situasi seperti ini bukan lakonan atau imaginasi penulis semata-mata. Ini adalah kenyataan yang biasa dihadapi oleh ramai usahawan. Tak kira usahawan baru atau lama, pasti pernah hadapi situasi seperti ini.
Sebenarnya, ramai usahawan membazirkan keuntungan perniagaan dengan membelanjakan sejumlah wang yang besar ke atas periklanan yang tak dirancang dengan betul dan salah sasaran. Akibatnya, ianya tak berhasil atau hasil yang diperolehi adalah tidak signifikan dengan jumlah belanja yang dikeluarkan.
Sebahagian usahawan yang lain pula, tak berani langsung untuk membuat periklanan dan pemasaran kerana mereka rasakan ia memerlukan kos yang sangat tinggi. Dan paling menakutkan – mereka tak sedar tanpa sebarang marketing, bisnes mereka susah nak hidup!
Untuk membantu ramai usahawan di luar sana yang mengalami masalah seperti ini:
- sering kecewa kerana hasil jualan yang teruk walaupun telah belanjakan kos marketing yang banyak, atau
- usahawan yang langsung tak buat marketing kerana tak tahu bagaimana dan takut untuk keluarkan kos marketing,
Dan demi nak membantu kami mencapai sasaran melahirkan 100K Usahawan, kami telah melancarkan 10,000 tiket percuma ke Program Zero Kos Marketing yang akan diadakan dari 2 hingga 3 Februari 2019.
Pelancaran 10,000 tiket Percuma ke Program Zero Kos Marketing ini telah diumumkant oleh Dr Azizan Osman pada 25 Disember 2018 ketika Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) berlangsung di MIECC, Sri Kembangan. Amat mengejutkan kami apabila hanya dalam masa 3 jam sahaja, tiket yang kami lancarkan itu telah habis. Wah! Begitu bersemangat ushawan-usahawan kita.
Tapi jangan risau, kami masih lagi membuka tawaran kerana kami mahu pastikan 10,000 peserta yang komited hadir ke Program Zero Kos Marketing nanti yang akan berlangsung di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam. Jika sebelum ini Program Zero Kos Marketing berlangsung hanya 1 hari tapi kali ini ianya dilakukan selama 2 hari.
Kami yakin dengan ilmu Zero Kos Marketing yang akan dikongsikan oleh Dr Azizan Osman, ianya dapat membantu ramai usahawan untuk membina dan membawa perniagaan ke level yang lebih tinggi. Zero Kos Marketing akan membantu anda membuat marketing tanpa kos atau dengan kos yang minima, tapi mempunyai impak yang tinggi.
Dah ramai peserta Program RichWorks yang menggunakan teknik ini dan ianya membantu mereka membuat jualan minima 3 kali ganda. Sebagai contoh, Tuan Akram Che Abdullah dari Kelantan yang memiliki perniagaan aiskrim, Icely. Konsisten menggunakan teknik Zero Kos Marketing menjadikan lebih mudah untuk beliau rekruit ejen yang dulu hanya 3 orang sehingga kini sudah mencecah 79 orang hanya dalam tempoh tak sampai setahun.
Cara anda berniaga menentukan jumlah jualan yang anda dapat. Jika anda masih menggunakan cara yang sama, jualan anda tak akan mungkin semakin meningkat. Pada tahun 2019 ini, usahawan seharusnya sedar, anda tiada masa untuk berniaga sambil lewa, dan santai-santai seperti pelancong makan angin di tepi pantai. Anda sepatutnya menggunakan konsep ‘vertical take off’ dan jadikan diri dan bisnes anda seperti roket yang terus meluncur laju ke atas membelah langit dan awan.